Tajuk : 1.6 Bentuk
pemerintahan
1.6.1 Pemerintahan pusat dan wilayah (Khalifah
al-Rasyidin (7M) dan Khalifah Utmaniyah 16-17)
1.6.2 Pemerintahan pusat dan wilayah (Andalus
(13M) dan India (16-17M)
Hasil Pembelajaran : a) Membincangkan
struktur pemerintahan dan pentadbiran pusat dan wilayah
b) Menjelaskan
sistem pemerintahan raja/sultan dan amir
1. Khalifah al-Rasyidin (abad ke-7M)
- Selepas pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w., umat
Islam diperintah oleh para khalifah yang digelar Khulafa al Rasyidin yang
meneruskan dasar pemerintahan dan pentadbiran baginda. Namun, terdapat
juga penambahan dasar ekoran negara dan wilayah Islam yang semakin luas.
Misalnya, pemerintahan terbahagi kepada kerajaan pusat dan kerajaan
wilayah. Kerajaan Khulafa al Rasyidin terbentuk secara rasmi
pada 632M setelah Khalifah Abu Bakar al Siddiq dipilih oleh umat Islam
sebagai khalifah pertama.
- Pada zaman Khulafa al Rasyidin, pentadbiran
pusat berpusat di kota Madinah. Semasa pentadbiran
Khalifah Abu Bakar, Negara Islam telah dibahagikan kepada 10 buah wilayah
iaitu Makkah, Taif, Yaman, Hadhramaut, Khakwan, al-Jund, Najran, Zabid ,
Bahrain dan Jarsh. Manakala pada zaman Khalifah Umar pula Negara Islam
dibahagikan kepada lapan buah wilayah dan diantaranya ialah Madinah,
Makkah, Syam dan Iraq.
- Kuasa tertinggi kerajaan pusat zaman
Khulafa al Rasyidin ialah khalifah manakala ‘Amir’ mengetuai
kerajaan wilayah. Khalifah dipilih melalui syura dan mereka memerintah
berdasarkan hukum syariah berpandukan al Quran dan Sunnah. Walaupun begitu
Khalifah boleh membuat ijtihad sekiranya ada perkara penting yang perlu
diputuskan yang tidak terdapat dalam al-Quran mahupun hadis.
- Sesuatu dasar yang akan
diputuskan perlu melalui kaedah musyawarah iaitu keputusan dibuat
berdasarkan pandangan pelbagai pihak
dan menjadi dasar yang perlu
dilaksanakan dalam pentadbiran. Ketika pemerintahan Khalifah Umar,
Majlis Syura telah ditubuhkan secara rasmi dan berfungsi secara formal.
Anggotanya adalah dilantik dalam kalangan para sahabat yang berpengalaman
dan berperanan sebagai badan penasihat kepada khalifah.
- Dalam bidang ekonomi
pula, ibupejabat Baitulmal juga diwujudkan. Segala sumber pendapatan
Negara dan laporan kewangan daripada semua wilayah dalam Negara Islam akan
dilaporkan oleh setiap Gabenor Wilayah kepada khalifah setiap tahun
- Kerajaan pusat bertanggungjawab dalam segala
aspek pentadbiran termasuk pentadbiran wilayah. Kerajaan pusat akan
membantu perbelanjaan kerajaan wilayah dan sebagai balasannya, kerajaan
wilayah akan memberi pelbagai bentuk bantuan yang diperlukan kerajaan
pusat. Misalnya, urusan berkaitan cukai dan bekalan tentera semasa
peperangan.
- Kerajaan pusat akan memberi arahan kepada
kerajaan wilayah seperti pembayaran cukai serta bantuan ketenteraan.
Kerajaan wilayah tidak boleh bertindak sendirian tetapi harus mematuhi
segala arahan kerajaan pusat.
- Pentadbiran wilayah semasa pemerintahan Khulafa
al-Rasyidin pula mempunyai ibunegeri atau pusat pentadbiran masing-masing.
Setiap wilayah akan diketuai oleh seorang Gabenor yang akan dibantu oleh
pegawai-pegawai lain yang mengetuai sesebuah jabatan. Contohnya Setiausaha
Tentera, Pegawai Cukai, Pegawai Polis, Pegawai Perbendaharaan dan seorang
Kadi.
- Bagi memastikan pentadbiran di wilayah Islam yang
semakin luas, Khalifah Umar telah membentuk sistem birokrasi yang
sistematik. Individu atau pegawai yang dilantik akan bertanggungjawab
kepada pegawai yang berada di atas dan setiap pegawai diwajibkan
melaporkan jumlah harta sebelum dan selepas selesai menjalankan
tanggungjawab. Setiap pegawai juga akan dijelaskan bidang kuasa
masing-masing bagi mengelakkan kekeliruan.
- Bagi melancarkan sistem pengurusan kewangan negara,
di setiap wilayah didirikan baitulmal bagi memudahkan urusan pendapatan
dan perbelanjaan negara.
2. Khalifah Uthmaniyah
(abad ke-16-17M)
- Kerajaan Uthmaniyah pula diasaskan Uthman
bin Ertughrul Sulaiman Shah pada 1281M. Pada tahun 1453M,
pemerintahannya telah berpusat di Istanbul . Pentadbiran kerajaan pusat
mendominasikan kuasa pemerintahan dan pentadbiran manakala kerajaan
wilayah miliki kuasa autonomi yang terbatas . Antara kerajaan wilayah
yang wujud ketika itu ialah Madinah, Makkah, Baghdad, Damsyik,
Andalus dan Mamluk.
- Kuasa tertinggi kerajaan pusat dipegang
oleh Sultan manakala Gabenor atau Wazir mengetuai
kerajaan wilayah. Sultan dipilih secara warisan manakala Gabenor wilayah
dilantik oleh Sultan tanpa berdasarkan keturunan. Seperti khalifah, sultan
memerintah berlandaskan syariah Islam manakala Gabenor
memerintah berasaskan panduan yang ditentukan oleh sultan.
- Bagi kedua-dua kerajaan ini, kerajaan pusat
bertanggungjawab dalam segala aspek pentadbiran termasuk pentadbiran wilayah.
Kerajaan pusat akan membantu perbelanjaan kerajaan wilayah dan sebagai
balasannya, kerajaan wilayah akan memberi pelbagai bentuk bantuan yang
diperlukan kerajaan pusat. Misalnya, urusan
berkaitan cukai dan bekalan tentera semasa peperangan.
- Kerajaan pusat akan memberi arahan kepada
kerajaan wilayah seperti pembayaran cukai serta bantuan ketenteraan.
Kerajaan wilayah tidak boleh bertindak sendirian tetapi harus mematuhi
segala arahan kerajaan pusat. Khalifah dan Sultan berkuasa melantik
dan memecat Amir dan Gabenor/Wazir. Khalifah dan Sultan akan
memerintah sehingga meninggal dunia.
- Sultan dibantu oleh Wazir Agung yang bertindak
sebagai ketua pentadbir dan penasihat sultan. Dalam menjalankan
pemerintahan beliau akan dibantu pula oleh pegawai-pegawai seperti hakim
tentera, Beylerbey, Defterdar, Agha dan Nishanji.
- Pada zaman Sultan Salim 1, jawatan mufti telah
diwujudkan. Tugas utamanya ialah mengeluarkan fatwa dalam semua aspek yang
berkaitan dengan agama.
- Aspek ekonomi, politik dan sosial diuruskan oleh
kerajaan pusat. Walau bagaimanapun, kerajaan wilayah yang merupakan
bandar-bandar kecil perlu berganding bahu dengan kerajaan pusat demi
menjamin keamanan, kemajuan dan keharmonian rakyat serta negara.
- Dalam usaha memantapkan ketenteraan, sistem
pemerintahan turut diperkuatkan dengan golongan fief yang merupakan
tentera asasi kerajaan Uthmaniyah.
- Dalam pentadbiran wilayah, Gabenor bertanggungjawab
menjalankan pentadbiran dan mentadbir tanah yang berada di bawah
jagaannya.
- Kadi pula merupakan ketua agama bagi setiap daerah.
Tugas utamanya adalah mengendalikan hukum jenayah dan sivil yang
berdasarkan syariah Islam yang berpandukan al-Quran dan hadis.Multezim
pula ialah pegawai kewangan daerah yang bertanggungjawab memungut cukai
dalam daerah dan menyerahkannya kepada perbendaharaan negara. Dalam waktu
yang sama, pegawai kerajaan diberikan kuasa untuk mengutip bayaran yang
dikenali sebagai bakshish daripada rakyat.
3. Kerajaan Islam Andalus
(Sepanyol) 13M
- Pada
abad ke-13M menyaksikan kemunculan kerajaan Nasriyyah yang merupakan
kerajaan Islam terakhir yang memerintah Andalus (635-897 H/1238-1492 M).Kerajaan ini
juga dikenali dengan nama bani al-Ahmar sempena nama pemimpinnya iaitu Ibn
al- Ahmar.
- Sebelum
kemunculan kerajaan ini , Andalus menjadi rebutan dalam kalangan
pemerintah Islam. Antaranya ialah Abu Jamil Zayyan bin Maddanish dengan
Abu Abd Allah Muhammad bin Yusuf bin Hud al-Judhami atau dikenali sebagai
Ibn Hud.
- Sebelum
pengasasan kerajaan Nasriyyah , Andalus berada di bawah pemerintahan
kerajaan al-Muwahhidun.
- Kerajaan
al-Muwahhidun telah memerintah Andalus sehingga kerajaan ini dikalahkan
oleh tentera – tentera Kristian pada tahun 1212 M
- Sewaktu
pemerintahan kerajaan al-Muwahhidun, pemerintah kerajaan ini telah berjaya
menguasai beberapa buah wilayah di Sepanyol seperti Granada dan
Toledo.Namun demikian,ketika pemerintahan Muhammad al-Nasir, kerajaan ini
menjadi lemah . Pemerintahannya yang terakhir ,iaitu al-Mustansir tidak
berupaya mengembalikan semula kedaulatan wilayah-wilayah kerajaan al-Muwahhidun
yang ditawan oleh Kristian.
- Berkaitan
dengan pemerintah, para pemimpin al-Muwahhidun menggunakan gelaran yang
mempunyai unsur-unsur Syiah seperti al-Mahdi, al-Nasir dan al-Mansur
.Walau bagaimanapun ,penggunaan gelaran ini menimbulkan rasa kurang senang
dalam kalangan bangsa Arab yang mengharapkan kewujudan sistem demokrasi
Islam.
- Pentadbiran
kerajaan al-Muwahhidun di peringkat pusat dan wilayah diperintah
berasaskan sumber perundangan daripada mazhab Maliki .Hal ini secara tidak
langsung telah melemahkan golongan yang tidak berpegangterhadap fahaman
Syiah .
- Bagi
mewujudkan iklim politik yang stabil ,pemimpin kerajaan pernah mengadakan
perjanjian damai dengan pihak Kristian seperti dengan Raja Leon dan
Castile .Namun ,perjanjian damai ini hanya mampu berkekalan selama 10
tahun sahaja .Semasa pemerintahan al-Nasir ,baginda terpaksa melepaskan
wilayah kekuasaan kepada tentera Kristian .
- Abu
Abd Allah Muhammad bin Yusuf bin Hud al-Judhami atau Ibn Hud berusaha
menerajui pemerintahan Andalus dengan menjadikan Murcia sebagai pusat
pemerintahannya.
- Pada
tahun 1228 M ,Ibn Hud yang dikenali juga dengan gelaran Amir al-Mukminin
Sayf al-Dawlah al-Mutawakkil Ala Allah berjaya menawan Murcia daripada
wakil kerajaan al-Muwahhidun . Kerajaan ini membolehkan Ibn Hud bertapak
di Cordova ,Seville,Grenada,Almeria,Ceuta ,Algeciras,Jean,Merida, dan
Badajoz.
- Ibn
Hud bertekad melaksanakan syariah Islamiyah di setiap kawasan yang
dikuasai .Beliau juga telah memaklumkan kepada khalifah kerajaan Abbasiyah
di Baghdad tentang kejayaan penguasaannya terhadap bandar – bandar
tersebut.
- Walau
bagaimanapun ,cabaran yang terpaksa dihadapi oleh Ibn Hud amat getir
.Akibat tekanan dan serangan daripada tentera-tentera Kristian ,beliau
mengalami kekalahan demi kekalahkan termasuk di Cordova.
- Selain
Ibn Hud ,kerajaan al-Muwahhidun juga terpaksa hadapi saingan daripada Ibn
al-Ahmar yang kemudiannya berjaya membentuk kerajaan termasuk di Cordova.
- Sebagaimana
Ibn Hud , Ibn al-Ahmar juga berusaha mendapatkan pengiktirafan daripada
kerajaan Abbasiyah di Baghdad.
- Implikasinya
,pada tahun 1231 M ,beliau berjaya memperluaskan pemerintahannya dengan menduduki wilayah-wilayah seperti
Carmona , Cordova ,dan Seville .Beliau juga telah berkerjasama dengan di
Seville,iaitu al-Bajji bagi menewaskan Ibn Hud.
- Sebagai
seorang yang bijak berpolitik ,beliau kemudiannya berjaya menyingkirkan
al-Bajji dengan melakukan pembunuhan secara rahsia .Bermula pada tahun
1232 M ,beliau berjaya memperoleh kesetiaan penduduk Jerez ,Malaga dan
kawasan sekitarnya.
- Disebabkan
pentadbiran kota Seville serta kota –kota lain di bahagian barat Andalus
dipegang oleh pemimpin tempatan yang sedia memberikan ketaatan
kepadanya,maka Ibn al-Ahmar telah membentuk kuasa ketenteraan di kawasan
–kawasan tersebut.
- Ibn
al-Ahmar terlibat secara langsung di Granada bermula pada tahun 1238 M
,iaitu apabila beliau berjaya
menguasai kota tersebut daripada bekas gabenor Ibn Hud yang mengamalkan
pentadbiran yang zalim. Disebabkan kezaliman itu penduduk Granada bersedia
memberikan kesetiaan kepada Ibn al-Ahmar.
- Pada tahun 1246 M ,Ibn al-Ahmar telah menandatangani
perjanjian dengan pihak Kristian .Menurut perjanjian tersebut, Ibn
al-Ahmar sanggup membayar ufti dan bersetuju menyerahkan wilayah Jean ,
Arjona,Porcuna,Priego,Higuera,dan La Frontera,kepada Castille yang ketika
itu berkhidmat dibawah pemerintahan Ferdinand 3.
- Beliau menandatangani perjanjian damai dengan pihak
Kristian bagi menyelamatkan kedudukannya sebagai pemerintah tunggal di
Granada dan menjamin penerusan pemerintahan kerajaan Nasriyyah berkekalan
di Andalus.
- Kesimpulannya ,sepanjang penguasaan Ibn al-Ahmar
,beliau telah berjaya menguasai Granada dan wilayah-wilayah di
sekitarnya.Namun, disebabkan tentangan – tentangan tentera Kristian
,kekuasaan beliau hanya terhad di Granada .Pemerintahan kerajaan Nasriyyah
diteruskan oleh 21 orang sultan berikutnya sehinggalah kerajaan ini
berakhir pada tahun 1492 M.
4. Kerajaan Islam India
(abad ke-16-17M)
- Kerajaan
Islam yang memerintah India pada abad ke-16 hingga 17M ialah Kesultanan
Moghul yang diasaskan oleh Baber atau Zahiruddin Muhammad yang mengambil
alih kuasa daripada Kesultanan
Delhi sejurus berakhirnya pertempuran Panipat pada 1526M.
- Di
bawah pemerintahan Baber sehingga tahun 1530, wilayah India telah
berkembang dengan pesat meliputi wilayah Agra, Rajput, Bihar, Benggala,
Punjab dan Gwalior.
- Selepas
kemangkatan Baber, pemerintahan Kesultanan Moghul telah diambil alih oleh
Humayun, Akbar, Shah Jehan dan kemudian Aurangzeb yang
mencapai kecemerlangan semasa pentadbiran kerajaan Moghul sehingga
kedatangan British ke India pada penghujung abad ke 19.
- Pemerintah
Kesultanan Moghul yang terkenal ialah Maharaja Akbar (1542-1605M) dan
Aurangzeb (1658-1707M). Kedua-dua orang raja ini, telah menjadikan agama
Islam sebagai bukan sahaja sebagai agama yang dianuti ramai tetapi juga
mengembangkan empayar dan
ketamadunan Islam di negara tersebut.
Dasar Pentadbiran Akbar 1556-1605M
- Nama
sebenar beliau ialah Jalaludin Mohamad Akbar dilahirkan pada tahun 1542 di
Umarkot, sebuah bandar di utara Sind. Beliau merupakan pemerintah kerajaan
Moghul, India yang ketiga menggantikan bapanya Humayun. Beliau menjadi
pemerintah pada usia 15 tahun pada 1556M. Pada usia 19 tahun beliau mula
menjalankan pentadbiran sendiri dengan melantik Pir Mohamad sebagai orang
kanannya.
- Beliau
menerima didikan agama daripada beberapa orang guru dan di antaranya
Sheikh Mubarak dan Mir Ab. Latif yang merupakan sarjana Farsi. Namun
begitu, Akbar tidak begitu meminati bidang akademik dan agama sebaliknya
lebih gemar bersukan seperti memburu, menembak dan menunggang kuda.
- Akbar
telah memerintah kerajaan Moghul sehingga 1605 dengan menggunakan gelaran
Sultan dan sepanjang pemerintahannya beliau berjaya menyelamatkan empayar
tersebut daripada berpecah belah terutamanya selepas kematian bapanya
Humayun. Apabila pemerintahan di tangan Akbar, beliau telah memulih dan
mengembalikan semula kekuasaan Moghul di India.
- Dalam
menjalankan pemerintahannya, Akbar telah memainkan peranan penting dalam
menyusun atur sistem pentadbiran yang berasaskan pemerintahan pusat dan
wilayah demi menegakkan kerajaan Moghul sebagai sebuah empayar yang
teragung dalam sejarah pemerintahan Islam di India.
- Dalam
pentadbiran di peringkat pusat, Akbar mempunyai kabinetnya sendiri.
Baginda melantik seorang perdana menteri yang dipanggil wakil dan barisan
menteri yang dipanggil wazir. Menteri yang paling kanan ialah yang
menjawat jawatan menteri kewangan. Ketua turus tentera juga sebahagian
daripada anggota kabinet yang dipanggil Khan Qanan yang terdiri daripada
keluarga diraja. Beliau bertanggungjawab ke atas semua mansabdar yang
menjadi pemerintah di peringkat wilayah. Ketika itu Akbar mempunyai
kekuatan seramai 140 ribu orang anggota tentera tetap.
- Selain
itu, Akbar telah mewujudkan satu sistem pentadbiran yang dikenali sebagai
mansabdari. Melalui sistem ini, Akbar telah mewujudkan sebuah birokrasi
yang berbentuk separuh awam dan separuh tentera. Sistem ini dijalankan
oleh seorang mansabdar iaitu seorang pegawai yang ditugaskan memerintah
dan melengkapkan satu pasukan tentera diraja dibawahnya. Di samping itu
mansabdar juga melaksanakan tugasan pentadbiran awam.
- Di
bawah pemerintahan Akbar, India dibahagikan kepada 18 wilayah atau subas.
Di setiap wilayah itu ditempatkan seorang gabenor yang dipanggil subadar
yang juga merangkap ketua tentera. Mereka ini secara rasmi dipanggil
nizam.
- Di
setiap subas itu terdapat sebuah diwan (perbendaharaan negara) bagi
mengawal kegiatan para subadar itu. Diwan ini juga bertanggungjawab
membantu semua jabatan kerajaan wilayah.
- Setiap
subas pula dibahagikan kepada beberapa daerah yang dipanggil sarkar.
Sarkar ditadbir oleh pegawai daerah yang dipanggil faujdar. Di samping
pegawai eksekutif, faujdar juga berperanan sebagai pemungut cukai. Sarkar
pula dipecahkan kepada beberapa parganah (mukim) dan mahal (kampung)
- Dalam
memastikan pemerintahan berjalan lancar, Akbar telah melaksanakan beberapa
polisi dalam pentadbiran. Di antaranya ialah :-
- mengasingkan politik daripada agama dan menghapuskan perbezaan berasaskan agama dan bangsa
- menggalakkan perkahwinan campur di antara orang Islam dengan Hindu
- layanan sama kepada semua rakyat tanpa mengira agama dan keturunan
- kebebasan beragama kepada semua rakyat. Contohnya menghapuskan cukai kepada penganut Hindu yang mengunjungi Banares
- menghapuskan jizyah kepada orang-orang Hindu
- mengharamkan adat sutee dan menetapkan umur berkahwin (lelaki 16/ perempuan 13)
- dasar pencukaian yang liberal dan bertolak ansur. Contohnya, cukai dibayar untuk tanah yang dikerjakan dan mengikit kemampuan. Kekerasan ditegah sama sekali semasa memungut cukai.
- menyediakan pinjaman kepada petani untuk mengembangkan aktiviti pertanian
- menyediakan subsidi kepada petani yang menghadapi musibah seperti kemarau, banjir dan sebagainya.
- dalam medium perhubungan, kepelbagaian bahasa telah digunakan. Contohnya bahasa arab (agama), bahasa Turki (bangsawan), bahasa Parsi (kesusasteraan), Urdu, Hindi dan Tamil digunakan dalam kalangan rakyat jelata.
Dasar Pentadbiran Aurangzeb
1658-1707
- Nama
sebenar Aurangzeb ialah Muhyidin Muhamad Aurangzeb iaitu putera Shah Jehan
bersama isterinya Mumtaz Mahal. Sejak kecil beliau telah menerima didikan
agama yang secukupnya sehingga menjadikan beliau seorang pentadbir yang bijak dan warak
- Beliau
menaiki takhta setelah berjaya menyingkirkan bapanya, Shah Jehan pada
tahun 1658. Memerintah sehingga tahun 1707 dan dikenali sebagai
Alamgir yang bermaksud Pemegang Alam. Sebelum memerintah
India, baginda pernah dilantik sebagai Gabenor di Deccan, Gujerat
dan Multa.
- Beliau
merupakan pemerintah Moghul yang paling kuat berpegang kepada agama Islam.
Beliau bercita-cita menjadikan seluruh India sebuah negara Islam (Dar
al-Islam) dari mazhab ahl-Sunnah wal-Jamaah.
- Aurangzeb
melaksanakan dasar perluasan wilayah yang paling luas. Ia meliputi
14 wilayah di Utara India, 6 wilayah di Deccan dan 1 wilayah di
Kabul. Beliau berjaya mengalahkan semua pemberontakan kaum Hindu dan
Sind seperti pemberontakan kaum Pathan, kaum Jat dan Satnawi.
Semua pentadbiran wilayah tersebut diselaraskan dibawah pentadbiran pusat
dan wilayah.
- Aurangzeb
melaksanakan dasar Islam yang jelas dalam pentadbirannya
Beliau melaksanakan perundangan Islam berpandukan buku perundangan
yang terkenal iaitu Fatwa Alamgir. Para ulama dilantik sebagai penasihat
dalam pentadbirannya. Lembaga Penapis ditubuhkan untuk melahirkan
masyarakat yang berakhlak dan tidak melanggar peraturan Islam.
- Dalam
bidang pentadbiran Aurangzeb
tidak membenarkan orang bukan Islam memegang jawatan penting dalam
pentadbiran negara terutama yang berkaitan dengan perkhidmatan awam
dan ketenteraan. Walau bagaimanapun beliau membenarkan orang Hindu
memegang jawatan lain. Beliau telah melantik ramai orang Hindu
memegang jawatan di peringkat rendah.
- Beliau
merupakan pengikut sunni yang tidak bertolak ansur kepada mazhab dan
agama lain. Beliau sangat tegas dalam melaksanakan hukum
Islam. Beliau telah melarang kanak-kanak Islam belajar di kuil Hindu
dan menghapuskan peraturan istana yang bertentangan dengan Islam.
- Pemerintahan
beliau mempunyai keadilan yang tinggi dan undang-undang yang digunakan
antara orang Islam dan bukan Islam adalah sama. Perundangan dijalankan
oleh kadi dan mufti serta diawasi oleh Hakim Besar.
- Dalam
bidang ekonomi, beliau memperkenalkan bayaran jizyah kepada orang bukan
Islam dengan kadar yang rendah. Walau bagaimanapun beliau telah
menghapuskan 80 jenis cukai yang membebankan rakyat dan tidak dibenarkan
dalam Islam. Aurangzeb berjaya meningkatkan pendapatan negara sekali
ganda sekiranya dibandingkan di zaman Akbar.
Perkembangan ekonomi telah meningkatkan taraf hidup rakyat.
- Beliau
juga telah bertindak menegakkan sistem sosial Islam. Beliau
mengharamkan judi dan penjualan arak. Amalan tradisi menghadiahkan
emas dan perak oleh pembesar kepada Sultan turut dihapuskan.
- Dalam
bidang sosial, dalam usaha untuk mewujudkan sebuah negara Islam yang
kuat beliau telah cuba menggalakkan orang-orang Hindu dan bukan Islam yang
lain agar memeluk agama Islam. Keadaan ini menyebabkan wujudnya
penentangan dalam kalangan orang bukan Islam terhadap Aurangzeb.
- Beliau
juga mengamalkan dasar yang keras ke atas orang Hindu dan Sikh.
Beliau tidak berkompromi dengan masyarakat bukan Islam. Tindakannya
mengenakan cukai jizyah, meruntuh dan menghalang pembinaan kuil dan
menghalang perkembangan agama Hindu telah membangkitkan kemarahan dan
penentangan dalam kalangan orang bukan Islam dan juga dalam kalangan
penganut syiah.
- Dalam
pemerintahannya, jelas menunjukkan
Aurangzeb seorang pemerintah yang tegas mempertahankan maruah agama dan
umat Islam di India. Beliau berjaya
dalam dasar perluasan kuasa dan membentuk sistem pemerintahan dan
pentadbiran sama ada di peringkat pusat mahupun wilayah yang menyerlahkan
kerajaan ini sehingga kedatangan British pada awal abad ke 19.
Soalan-Soalan STPM
1. Bincangkan
langkah-langkah yang diambil oleh Maharaja Akbar bagi memantapkan sistem
pemerintahannya. (STPM 2014 U)
2. Jelaskan
sistem politik dan pentadbiran Akbar dalam mengukuhkan pemerintahan kerajaan Moghul
di India (STPM 2016)
that site sex toys,dildo,dildo,sex chair,vibrators,dildo,bulk sex dolls,dog dildo,realistic sex dolls from this source
ReplyDeleter805d4hsgko266 Butterfly Vibrator,huge sex toys,anal toys,horse dildos,horse dildo,dildos,double dildos,Butterfly Vibrator,glass dildos f601x5honfb079
ReplyDelete