Tajuk : 1.7 Pertahanan
dan Pembukaan Wilayah
Sub-Tajuk
: 1.7.1
Jihad
1.7.2 Peperangan
1.7.3 Kepemimpinan
Hasil Pembelajaran :
a) Menjelaskan pengertian jihad
b) Menghuraikan etika dan strategi peperangan
pada zaman Nabi Muhammad SAW dan Khulafa
al- Rasyidin
c) menilai kepemimpinan dan sumbangan tokoh :
*
Salehuddin al-Ayyubi (1138-1193M)
*
Sultan Muhammad al-Fatih
1.7.1 Jihad
a) Pengertian Jihad
Definisi dari segi
bahasa – perkataan jihad berasal daripada kalimah arab ‘jahada’ yang
bermaksud ”keberatan dan kesusahan”
Dari segi istilah –
jihad bermaksud “mencurahkan daya dan tenaga kekuatan dalam usaha mencapai sesuatu
matlamat atau cita-cita mulia dalam
bentuk kata-kata atau perbuatan. Ia mencakupi usaha
bersungguh-sungguh untuk mencapai satu-satu
tujuan yang diingini atau
mempertahankan sesuatu yang tidak diingini dengan berbagai cara”.
Kesimpulannya jihad
meliputi pelbagai aspek iaitu melibatkan perlawanan dan peperangan secara
fizikal dan juga perlawanan secara
mental dan spiritual.
Pada zaman awal
kebangkitan Islam, semangat jihad telah
memperkukuhkan ketahanan dan pertahanan para pejuang Islam. Mengikut mazhab
Shafie, jihad ialah berperang di jalan Allah SWT (fisabilillah) dan mengerahkan
segala kemampuan untuk memerangi orang-orang kafir (zimmi). Allah
berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud:
"Perangilah orang-orang yang tidak beriman dengan Allah dan Hari
Kemudian, yang tidak mengharamkan apa yang
telah diharamkan Allah dan rasulNya dan tidak pula beragama dengan agama yang
benar (iaitu) di antara ahli kitab kecuali mereka membayar jizyah
dengan kepatuhan yang rela dan merasa diri mereka ditawan."
(At-Taubah:29)
"Perangilah
orang-orang musyrik semuanya, sebagaimana mereka memerangi kamu semua"
(At-Taubah: 36)
Jihad
menurut al-Quran dan al-Sunnah
Surah an-Nisaa’
ayat 95
bermaksud “ tidaklah sama keadaan orang2 yang
duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang2 yang
beriman selain daripada orang2
yang ada keuzuran dengan orang2
yang berjihad dijalan Allah
(untuk membela Islam) dengan harta dan nyawanya. Allah melebihkan orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa
mereka atas orang2 yang duduk (tidak berperang disebabkan uzur)
dengankelebihan satu darjat” maksudnya di dalam ayat ini mengerahkan
tenaga dan usaha untuk berperang pada
jalan Allah sama ada secara langsung (bertempur di medan perang) ataupun dengan
harta, akal fikiran, membekalkan tentera tambahan, logistik dan bantuan perubatan bagi tentera.
Surah At-Taubah
ayat 41
bermaksud “Pergilah kamu beramai-ramai untuk
berperang pada jalan Allah, sama ada
dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat
(disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) danberjihadlah dengan harta benda dan
jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian itu amatlah
baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.” – ini menjelaskan bahawa
berjihad pada jalan Allah pada kebiasaannya ialah dengan harta dan nyawa. Kenapa Allah sentiasa
mendahulukan frasa ‘jihad dengan harta’ – bertujuan memberi semangat dan
mendorong mereka berjihad kerana jihad dengan harta adalah lebih mudah
dilakukan berbanding jihad dengan nyawa.
Surah Al-Baqarah
ayat 190 yang bermaksud “ Dan perangilah kerana (menegakkan
dan mempertahankan) agama Allah akan orang
yang memerangi kamu, dan jangan
kamu menceroboh (denganmemulakanpeperangan) kerana sesungguhnya Allah tidak
suka kepada orang2 yang menceroboh”. – ayat ini menjelaskan bahawa agama
Islam menganjurkan jihad untuk mempertahankan agama sekiranya kedudukan
Islam terancam walaubagaimanapun Islam juga melarang umatnya daripada memulakan
pencerobohan dan menitikberatkan keamanan.
Hadith diriwayatkan
oleh Abu Hurairah bermaksud “Seorang lelaki berkata kepada Rasulullah
s.a.w. Wahai Rasulullah! Beritahulah aku
amalan apakah yang setanding dengan
jihad? Rasulullah menjawab: Aku tidak
memperolehnya. Lelaki tersebut berkata: Beritahu dan terangkanlah kepadaku.
Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: Apabila mujahid berangkat untuk berjihad,
sanggupkah kamu masuk ke masjid, lalu berdiri sembahyang dan tidak berhenti,
adakah kamu terdaya untuk berpuasa terus menerus tanpa berbuka walau sehari?
Baginda bersabda lagi: Siapakah yang
sanggup melakukan sedemikian?”
Hadith sahih di mana
Rasulullah s.a.w. pernah ditanya: Wahai
Rasulullah! ada orang berperang dengan gagah berani, ada yang berperang dengan
penuh semangat, dan ada pula yang berperang agar dikenal kedudukannya maka siapakah yang
disebut berperang dijalan Allah?
Rasulullahs.a.w. menjawab sesiapa yang berperang untuk menegakkan
Kalimatullah, maka dialah yang berperang dijalan Allah”
Kepentingan
jihad dalam Islam
- Jihad adalah alat yang digunakan oleh pejuang Islam untuk menyebarkan serta
menyampaikan syi'ar Islam. Ianya digunakan sebagai tindakan fizikal
menghapuskan segala halangan kepada dakwah Islam dan dengan cara inilah
Islam dibawa ke seluruh kawasan baik pada zaman Rasulullah mahupun zaman
para sahabat dan begitu juga di zaman khulafa' yang seterusnya.
- Jihad dilaksanakan dalam tiga peringkat. Yang pertama, penduduk
disesuatu kawasan itu akan diajak memeluk Islam, dan mereka akan diberi
tempoh untuk mengkaji dan memahami Islam; sekiranya mereka menolak mereka
akan dipelawa menjadi rakyat Daulah Islam dengan membayar `jizyah' dan
Islam akan diimplimentasikan ke atas mereka, dan mereka akan diberikan hak
-hak yang sama seperti mana-mana umat Islam. Sekiranya pelawaan ini
ditolak juga, maka tatkala itu barulah tentera Islam akan berjihad.
- Perlulah difahami bahawa jihad hanyalah untuk menghapuskan rintangan terhadap dakwah kepada Islam; bukan untuk menakluk atau memperhambakan mana-mana kaum dan bukan untuk membina empayar dan tidak sekali untuk memaksa seseorang itu memeluk Islam. Allah SWT berfirman:"Tidak ada paksaan dalam beragama..." (Al-Baqarah: 256)
- Walaupun Islam tidak menggalakkan peperangan namun demi menyelamatkan
umat manusia daripada kekufuran, melenyapkan fitnah dan menghancurkan para
taghut (orang yang zalim) maka umat Islam dituntut agar berjihad.
Jenis-jenis Jihad
1. Fisabilillah
iaitu jihad yang paling agung dalam
Islam yang dilaksanakan melalui pengorbanan jiwa untuk kepentingan agama Islam
sebagaimana maksud firman Allah dalam surah al-Taubah ayat 123, yang bermaksud,
“wahai orang-orang yang beriman ;
Perangilah orang-orang kafir yang disekitar kamu itu dan hendaklah mereka
menemui kekerasan daripada kamu dan ketahuilah bahawa Allah berserta
orang-orang yang bertakwa”. Lazimnya jihad sebegini adalah jihad di medan perang
dan mereka yang terkorban adalah mati syahid.
2. Jihad
harta benda – Bagi golongan yang kaya dan berkemampuan mereka boleh berjihad
dengan cara menyumbang dalam bentuk kewangan bagi menyokong mereka yang sedang
berjuang di medan perang. Contohnya, Abu Bakar al-Siddiq telah menyerahkan
segala harta bendanya demi menegakkan agama Allah.
3. Jihad
akal fikiran – Bagi golongan yang mempunyai kebijaksanaan dan ketajaman akal
fikiran, mereka boleh
memberi sumbangan dari segi idea mahupun buah fikiran untuk memantapkan
strategi perjuangan umat Islam. Contohnya Salman al Farisi telah memberi
pandangan yang bernas dalam menghadapi musuh ketika Perang Khandak.
4. Jihad
ilmu – mereka yang sedang menuntut ilmu yang mendapat keredaan Allah SWT juga
sedang berjihad di jalan Allah.
5. Jihad
menghadapi golongan munafik – Golongan munafik merupakan suatu golongan musuh
Islam yang berselindung di sebalik gerakan Islam. Golongan ini mula muncul
selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW dan telah diperangi pada permulaan zaman
Khalifah ar-Rasyidin
6. Jihad
menentang kemungkaran – iaitu segala kemungkaran dalam masyarakat mestilah
ditentang sama ada melalui perbuatan, perkataan dan dengan hati.
7. Jihad
memerangi hawa nafsu – iaitu memerangi sifat-sifat yang bertentangan dengan
syariat Islam yang wujud dalam diri
seseorang bagi tujuan membersihkan jiwa hati
Pelaksanaan jihad pada zaman Rasulullah dan Khulafa al-Rasyidin
Pada peringkat awal
dakwah Rasulullah di era Makkah, jihad memerangi musuh belum disyari’atkan oleh
Islam. Walaupun turun beberapa ayat di era tersebut tentang jihad seperti di
dalamsurah al-’Ankabut ayat 6,8 & 69 serta surah Luqman ayat 15, namun
jihad dalam konteks tersebut lebih kepada makna jihad ma’nawi bukannya jihad
melibatkan pertempuran dan peperangan.
Manakala semasa proses
hijrah ke Madinah, kaum muslimin mendapat keizinan untuk berjihad dan berperang
daripada Allah Taala. Namun pada tahap ini, Allah Taala membenarkan orang2
Islam berperang tetapi bukan mewajibkannya.
Selepas hijrah ke
Madinah, kaum muslimin diwajibkan berjihad memerangi mereka yang memusuhi dan
memerangi Islam dan kaum muslimin. Terdapat hampir 26 istilah jihad yang
disebut dalam surah2 madaniyyah. Kebanyakannya denganjelas membawa maksud
berperang pada jalan Allah atau kerana Allah.
Kajian tentang kronogi
pensyari’atan jihad mendapati bahawa tuntutan dan hukum jihad diturunkan secara
beransur2, berperingkat dan mengikut kesesuaian masa, kepelbagaian dan
keperluan situasi serta persediaan mental dan fizikal kaum muslimin. Ini
membuktikan keistimewaan Islam sebagai agama fitrah manusia yang tidak
membebankan serta relevan dengan keadaan semasa.
Secara perbandingan,
keadaan kaum muslimin di Makkah sebelum hijrah agak lemah, memandangkan
pengikut nabi Muhammad s.a.w. masih sedikit dan mereka merupakan golongan
minoriti yang sering ditindas. Oleh itu, Allah Taala Yang Maha Mengetahui
ketidakupayaan mereka untuk bertempur tidak mensyari’atkan kaum muslimin di
Makkah utk berjihad. Sebaliknya setelah wujud kerajaan dan semasa pemerintahan
Islam kukuh dibawah pimpinan Rasulullah di Madinah, jihad telah disyari’atkan.
Pada masa itu, Rasulullah telah mempersiapkan barisan pejuang Islam yang
beriman & sanggup berkorban segala2nya demi Islam.
b) Etika
dan strategi peperangan pada zaman Nabi Muhammad SAW dan Khulafa al- Rasyidin
Konsep peperangan dalam Islam
Pada
dasarnya agama Islam tidak menggalakkan umatnya berperang apatah lagi melakukan
pencerobohan ke atas negara atau wilayah lain. Ini kerana Islam adalah agama
yang mementingkan keamanan tanpa berlakunya persengketaan atau perbalahan
kerana perkataan Islam itu sendiri membawa erti salam atau perdamaian. Matlamat
utama peperangan dalam Islam ialah untuk menegakkan ajaran Allah SWT dan
menjadi tanggungjawab kepada setiap orang Islam untuk mempertahankan kesucian agama
daripada ditindas atau diperlekehkan oleh pihak yang secara terang-terangan mencabar agama Allah.
Namun demikian Allah tidak mengizinkan setiap orang-orang Islam berperang melainkan setelah mereka
diancam di dalam negaranya sendiri. Atas dasar mempertahankan agama dan akidah
umat Islam, peperangan dibenarkan dalam Islam. Tentera Islam lebih bersifat
defensif dalam peperangan dan justeru itu mereka tidak berasa gentar untuk menghadapi musuh kerana sedang berjihad ke
jalan Allah. Peperangan dalam Islam
dapat dikaji berdasarkan aspek etika dan
strategi peperangan khususnya pada zaman Rasulullah dan khalifah al-Rasyidin.
Etika-etika Peperangan Dalam Islam :
- Harus mengajak manusia kepada Islam sebelum
memeranginya. Contohnya pada zaman Abu Bakar al-Siddiq, sewaktu menggempur
wilayah Hirah, baginda telah memberikan 3 pilihan kepada musuh Islam iaitu
menganut Islam, berdamai atau berperang.
- Islam hanya membenarkan umatnya berperang seandainya
mereka diperangi terlebih dahulu. Contohnya, dalam Perang Badar.
- Dalam ekspedisi peperangan tentera Islam tidak boleh
memerangi orang kafir yang tidak memiliki kekuatan dan daya usaha seperti
kanak-kanak, kaum wanita, orang cacat, lumpuh, paderi atau pendeta.
- Tentera Islam dilarang merosakkan harta benda,
memotong pokok atau membakar rumah kecuali dalam keadaa darurat. Ini
membuktikan Islam mementingkan keamanan dan kesejahteraan.
- Islam menetapkan etika peperangan tidak boleh
memerangi orang yang sudah menyerah atau kafir dhimmi atau mereka yang
sudah mengikat perjanjian damai serta mengaku taat setia kepada pemerintah
Islam.
- Islam melarang sebarang perbuatan yang boleh
mengaibkan musuh, antaranya ialah tentera tidak boleh mencincang mayat
atau musuh yang terbunuh.
- Sebarang perjanjian damai yang dimeterai wajib ditaati.
Contohnya, ketika Perjanjian Hudaibiyah meskipun fasa-fasa dalam
perjanjian itu seolah-olah memberikan kelebihan kepada musuh Islam namun
Rasulullah mempunyai misi tersendiri.
- Etika terakhir ialah tawanan perang akan dilayan
dengan baik. Ia merupakan salah satu kaedah berdakwah yang diajar oleh
Rasulullah. Dalam Perang Badar, Baginda menggunakan kaedah diplomasi,
iaitu tawanan perang harus menebus diri dengan ilmu pengetahuan serta
sejumlah wang tertentu.
- Cara pengagihan harta rampasan perang. Harta-harta
yang diperolehi akan diagihkan secara sama rata di kalangan para pejuang.
Selepas kewujudan Baitulmal, harta-harta berkenaan diuruskan dengan lebih
baik dan digunakan untuk pembangunan negara khususnya pada zaman
pemerintahan khalifah Umar al-Khattab.
Strategi Peperangan pada zaman Rasulullah SAW (Perang
Badar, Perang Uhud dan Perang Khandak)
i. Menyusun
kedudukan tentera dalam dua barisan atau
al-Saf digunakan didalam Perang Badar (2H) yang mana pasukan
tentera Islam dibentuk dalam bentuk formasi barisan yang tersusun rapi bagi
membentuk dinding yang teguh dan padu sehingga musuh sukar untuk menyerang
mereka. Setiap barisan mengandungi antara 10-1000 orang tentera bergantung
kepada jumlah keseluruhan tentera dalam sesuatu pertempuran. Dalam perang
Badar, tentera Islam yang hanya sejumlah 313 orang disusun dalam dua barisan.
Barisan hadapan bersenjatakan tombak dan perisai manakala barisan kedua
(belakang) pula bersenjatakan panah dan perisai.
ii. Menunggu dan menyerang musuh
secara serentak. Dalam Perang Badar, Rasulullah menggunakan strategi
ini sehingga pihak musuh dating menghampiri kedudukan tentera Islam. Apabila
tentera musuh telah hampir, pada ketika itu barulah mereka bertindak balas
dengan menyerang secara sepontan. Taktik tersebut telah berjaya menjadikan
barisan tentera musuh kucar-kacir dan akhirnya tewas walaupun bilangan tentera
Islam lebih kecil.
iii. Menguasai tempat strategik dan mempunyai sumber air. Strategi
ini digunakan dalam Perang Badar (2H). Dalam perang tersebut, Rasulullah telah
menempatkan pasukan tentera Islam di kawasan yang rendah dan mempunyai sumber
air. Baginda juga mengarahkan dibina kolam-kolam air untuk menampung bekalan.
Sumber-sumber air itu telah dikawal dengan ketat untuk mengelakkannya jatuh ke
tangan musuh. Kolam-kolam itu kemudiannya ditimbus untuk mengelakkan jatuh ke
tangan musuh. Dengan menguasai sumber air, membolehkan tentera Islam berhadapan
dengan tentera musuh yang berperang dalam kehausan dan dahaga yang amat sangat.
iv. Meletakkan pasukan pemanah di tempat yang tinggi dan memanah ke
kedudukan musuh. Taktik ini telah digunakan secara berkesan pada
peringkat awal Perang Uhud. Pasukan tentera musuh yang mara terpaksa berhadapan
dengan pasukan pemanah Islam seramai 50 orang yang di tempatkan di puncak Jabal
Rahmah. Ramai tentera musuh telah terbunuh dan berundur dan meninggalkan harta
di tengah-tengah medan perang. Namun demikian disebabkan menyangka tentera
musuh mula mengalami kekalahan mereka telah meninggalkan kedudukan
masing-masing untuk mendapatkan ganjaran, namun sebenarnya kesempatan ini
dinantikan oleh tentera berkuda musuh untuk menyerang dan menewaskan tentera
Islam dari belakang.
v. Mengelirukan musuh dengan menyalakan unggun api. Rasulullah
telah mengarahkan tentera Islam supaya membuat unggun api di padang pasir
semasa Perang Uhud (3H). Tujuannya agar dapat mengelak serangan tentera Quraisy
yang menyangka api-api tersebut datangnya daripada khemah-khemah tentera Islam
dan mereka tertipu kerana menyangka bilangan tentera Islam masih ramai. Dengan
itu tentera musuh menjadi gentar dan membatalkan rancangan mereka untuk
menyerang tentera Islam dan sebaliknya pulang ke Makkah dengan kehampaan kerana
gagal menghapuskan saki baki tentera Islam.
vi. Menggali parit sebagai benteng pertahanan untuk menyekat kemaraan musuh.
Dalam Perang Khandak seorang sahabat, Salman al-Farisi telah mencadangkan
menggali parit bagi melindungi kota Madinah daripada serangan musuh
Dengan ini, pihak musuh tidak dapat
memasuki Kota Makkah & meninggalkan medan perang. Tentera Islam mencapai
kemenangan tanpa perperangan.
vii. Penyamaran untuk memecah belahkan perpaduan musuh. Semasa
Perang Ahzab, seorang sahabat, Nu’aim b. Mas’ud diarahkan memecahbelahkan
benteng pertahanan Quraisy & Yahudi
yg akhirnya menyebabkan berlaku pertelagahan sesama mereka. Ini memberi
keuntungan kpd pihak Islam. Begitu juga dengan tindakan baginda yang hanya
memakai pakaian biasa menunjukkan baginda ingin kelihatan seperti tentera
biasa.
viii. Mengadakan perjanjian damai dengan pihak musuh yang meminta pendamaian. Nabi telah mengadakan perjanjian Hudaibiyah
& baginda menerima syarat2 perjanjian
yg ditetapkan oleh kaum Quraisy
walaupun kelihatan berat sebelah,kerana menjangkakan kemenangan akan berpihak
kepada Islam. Apabila pihak Quraisy mencabuli
syarat perjanjian memberi peluang kepada Nabi & tentera Islam untuk
bertindakbalas & berjaya membuka semula kota Makkah tanpa pertumpahan darah
ix. Tidak mengejar musuh yang melarikan diri dari medan perang. Ini kerana orang yang melarikan diri adalah
orang yang lemah & tentera Islam tidak bertindak ke atas orang yang lemah. Lagipun jika mengejar musuh yg lari akan menjejaskan
barisan pertahanan & memberi ruang kepada musuh untuk bertindak balas.
x. Mengepung dan menyerang musuh dengan menggunakan senjata berat
seperti al-manjanik, ad-dabbur dan ad-dabbabah digunakan dalam Perang Taif
(8H). Dalam taktik tersebut, senjata dan peralatan berat digunakan untuk
merobohkan kota pertahanan puak Thaqif.
Apabila kedudukan musuh mulai goyah, tentera Islam menyerang secara
bertubi-tubi sehingga menyebabkan pihak musuh tidak sempat untuk melakukan
serangan balas.
Strategi Peperangan pada zaman Khulafa al-Rasyidin
1. Meneruskan tentera Usamah (Khalifah Abu Bakar al-Siddiq)
2. Memerangi gerakan al-Riddah (Khalifah Abu Bakar a-Siddiq)
3. Melancarkan ekspedisi ketenteraan bagi
memperluaskan wilayah Islam (Khalifah
Umar al-Khattab)
4. Mewujudkan bandar-bandar tentera (Khalifah Umar al-Khattab)
5. Mewujudkan ketumbukan tentera secara
berpasukan / taktik kurdis (Khalifah
Ali bin Abu Talib)
Kepimpinan
dan Sumbangan Tokoh
a) Salehuddin al-Ayyubi (1138-1193M)
Salahuddin Yusof bin Najmuddin
Ayub atau Salahuddin al-Ayubi dilahirkan pada tahun 1138M di wilayah Tikrit,
Iran dan meninggal dunia di Damsyik pada tahun 1193M. Berketurunan Kurdi dari
kaum Quraisy suku Ruwaidhah merupakan seorang panglima tentera, pemimpin dan
pentadbir negara yang berbakat besar pada zaman Perang Salib. Kepemimpinan
Salahuddin atau Saladin dalam bidang ketenteraan begitu terserlah apabila
berjaya menumpaskan tentera Salib dan membebaskan Baitulmuqaddis dan Palestin
daripada penguasaan tentera Kristian pada abad ke 12M.
Sumbangan
Salahuddin al-Ayyubi
i. Menentang tentera Salib
- Salahuddin mula
menonjolkan kepemimpinan dalam bidang ketenteraan pada 1164 apabila
menyertai ekspedisi ketenteraan Syria bersama bapa saudaranya, Shirkuh
yang dihantar oleh Khalifah Nur al-Din ke Mesir untuk membantu kerajaan
Fatimiyah memerangi tentera Kristian pimpinan Amaury 1. Tentera Kristian yang
ditewaskan telah menganjurkan satu perjanjian damai pada 1167M.
- Kemudian pada
tahun 1168M, beliau sekali lagi telah mara ke Mesir dan menumpaskan
tentera Salib yang melanggar perjanjian damai selepas 14 bulan
ditandatangani. Pada tahun 1169M tentera Salib berundur dari Mesir dan
Shirkuh telah dilantik sebagai wazir di Mesir. Setelah kematian
Shirkuh, tempatnya telah digantikan
oleh Salahuddin dan pada masa yang sama beliau dilantik sebagai panglima
angkatan tentera Syria.
- Sebaik sahaja
dilantik sebagai wazir Mesir, Salahuddin telah mengambil langkah segera
memecat pegawai-pegawai tentera kerajaan Mesir yang tidak jujur dan khianat.
- Pada masa yang
sama api permusuhan antara Salahuddin dengan tentera-tentera Salib semakin
memuncak apabila timbul kebimbangan dalam kalangan penganut Kristian di
Mesir tentang kewibawaan Salahuddin sebagai seorang pemimpin dan panglima
perang yang hebat.
- Pada tahun 1172M,
Khalifah Nur al-Din telah mengisytiharkan Mesir sebagai sebagai wilayah
pemerintahan Abbasiyah dan menyerahkan kuasa kepada Salahuddin untuk
memerangi tentera Salib yang mula mencabar pemerintahan Islam khususnya di
Palestin.
ii. Membebaskan kota Baitulmuqaddis
- Sumbangan
terbesar Salahuddin ialah membebaskan kota Baitulmuqaddis daripada pemerintahan Kristian. Dalam
pertempuran di Hittin merupakan suatu pertempuran yang benar-benar telah
menghapuskan kekuatan kaum salib. Demikian pula dari kesan-kesan
pertempuran ini bahawa nama Salahuddin menjadi sangat ditakuti orang.
Seolah-olahnya nama itu ada membawa pengertian maut yang segera bagi kaum
salib.
- Seterusnya beliau
menuju pula ke Baitulmuqaddis untuk memahkotakan kemenangan-kemenangannya
dengan penaklukan kota itu. Mula-mulanya Salahuddin ingin memasuki kota
itu secara damai disebabkan kedudukan kerohanian dan kesucian kata itu
dalam pandangan kaum muslimin dan supaya kota itu terselamat dari bencana
kerosakan perang, andainya nanti berlaku peperangan di dalamnya.
- Akan tetapi
kota al-Qudus itu kini merupakan benteng-benteng kaum Latin yang paling
kukuh sekali. Tambahan pula, ketua kota ar-Ramlah (Palian De Ibaline)
telah jatuh ke dalam tawanan Salahuddin, bila bandar itu ditakluki. Dan
keluarganya pula berada dalam benteng-benteng al-Qudus itu. Palian lalu
meminta pergi ke al-Qudus untuk membawa kembali keluarganya. Beliau
bersumpah akan menepati janjinya untuk kembali semula. Apabila Palian tiba
di al-Qudus, beliau telah disambut secara besar-besaran oleh askar-askar
Latin. Orang-orang Latin itu lalu menggalakkan Palian supaya memungkiri
janjinya dengan Salahuddin dan akhirnya Palian bersetuju. Maka kota
al-Qudus pun terdedah untuk serangan-serangan kaum muslimin.
- Salahuddin pun
mula mengepung kota al-Qudus, dan beliau memilih bukit Zaitun sebagai
markas tenteranya. Beliau memerintahkan manjanik-manjanik ditempatkan
diatas bukit itu. Ketika itulah tentera muslimin mula maju ke haluan
pagar-pagar itu tanpa mempedulikan hujan panah antara pihak-pihak yang
menyerang dan bertahan itu. Akhirnya orang-orang latin itu yakinlah bahawa
kemenangan kali itu memihak kepada kaum muslimin. Oleh itu mereka
cenderung sekali lagi untuk berdamai. Kedua pihak bersetuju agar
orang-orang latin itu keluar meninggalkan kota al-Qudus itu dengan jaminan
keamanan dari kaum muslimin dalam masa 40 hari. Kaum muslimin telah
berdiri dengan janjinya dan sanggup melupakan darah-darah yang telah
mengalir serta jiwa-jiwa yang telah berkorban.
- Apabila kota ini
kembali kepada pemerintahan Islam semula, suara azan pun mula berkumandang
semula dalam Masjid al-Aqsa, manakala loceng Gereja Masehi berhenti
berbunyi. Dan orang-orang Salahuddin lalu menurunkan Salib emas dari atas
Kubbah Sakhrah (The Ailing Stone). Dengan kejatuhan Baitul Maqdis ke dalam
tangan kaum Muslimin, maka kembalilah keadaannya kepada masa sebelum kota
itu menempuh peperangan Salib.
iii. Dasar tolak ansur terhadap penganut
Kristian
- Meskipun tentera
Islam berjaya menguasai Baitulmuqaddis, orang Kristian tetap diberi
peluang mengunjungi kota suci tersebut. Kenyataan ini dapat dibuktikan
apabila termeterai perjanjian damai antara Salahuddin dengan Richard The
Lion Heart di Ramallah pada 2 November 1192M, pihak Islam bersedia
memberikan kelonggaran kepada penganut Kristian mengunjungi dan beribadat
di kota suci tersebut.
- Dalam perjanjian
tersebut, Richard telah berutus kepada Salahuddin , katanya: “ Sesungguhnya
kaum Muslimin dan orang Latin telah banyak yang binasa , sementara
rumah-rumah mereka banyak yang musnah. Dan banyak jugalah harta dan nyawa
yang telah terkorban. Dan tiadalah ada perbicaraan lagi selain di kota
al-Qudus dan Salib saja. Al-Qudus adalah tempat beribadat kami yang tak
akan kami mengalah kerananya sampai bila-bila masa pun. Manakala Salib
pula, pada anggapan tuan tiada lain melainkan sebatang kayu yang tak punya
apa-apa harga. Tetapi pada kami, dia adalah sangat-sangat dimuliakan.
Tidakkah boleh Sultan menganugerahkan untuk kami dan kita pun sama-sama
akan terlepas dari kepayahan ini. ”
- Maka dijawab oleh
Salahuddin, bunyinya : ” Al-Qudus itu untuk kami dan juga untuk
kamu. Sesungguhnya ia tempat pengisraan Nabi kami dan perkumpulan para
mailakat. Oleh itu tak masuk akal bahawa kami akan beralah kerananya.
Adapun negeri ini, dia adalah negeri dan penaklukan tuan-tuan keatasnya
adalah sementara saja disebabkan kelemahan keadaan kaum Muslimin. Dan
adapun Salib itu, pada kami penghancurannya adalah suatu kebajikan yang
besar yang tidak boleh kami lalaikan melainkan jika ada sesuatu maslahat
yang lebih penting dari itu. ”
- Perutusan itu berjalan selama beberapa masa yang panjang, sehingga akhirnya menghasilkan perjanjian damai ar-Ramlah pada Tasyrin Thani(November) 1192, dimana perjanjian itu menentukan sebidang tanah yang kecil untuk orang-orang Kristian di pantai yang berdekatan dengan Akka memanjang dari Sur hingga ke Haifa. Salahuddin tetap memelihara tempat-tempat yang ditaklukinya itu di Ludd, ar-Ramlah dan Asqalan, sebagaimana beliau menjaga keamanan seluruh negeri yang berada dalam kekuasaannya. Dan dengan itu selesailah peperangan Salib yang ketiga. Tidak berapa lama sesudah tercapainya perdamaian ini, Salahuddin pun mangkat dan umurnya ketika itu 55 tahun.
iv. Memulih dan membangunkan negara
- Sebagai wazir di
Mesir, Salahuddin memberi tumpuan kepada pemulihan benteng kota Kaherah.
Usaha pemulihan diawasi oleh al-Tawasyi Bahauddin, seorang jurutera
bangunan.
- Tujuan pembinaan
ini adalah untuk mengawal negara daripada pencerobohan musuh. Selain itu,
Salahuddin juga membina kubu Qal’ah al-Jabal yang terletak di atas sebuah
bukit bagi membendung saki baki musuh yang masih berada di sekitar kota
Kaherah
- Beliau juga mewujudkan
pasar minggu yang besar di Pulau al-Raudah dan al-Gizah pada setiap hari
ahad untuk memberikan kemudahan kepada rakyat Mesir. Selain itu,
petempatan di bandar juga disediakan kemudahan infrastuktur serta tempat
untuk beriadah
- Beliau juga
menubuhkan Diwan Armada yang bertanggungjawab menyelia urusan pembinaan
kapal-kapal perang yang besar. Kota Iskandariah telah diperkuatkan bagi
mengelakkan pencerobohan musuh
- Selain itu juga
beliau membina hospital, bangunan gedung ubat dan membahagikan hospital kepada
beberapa ruangan khas mengikut jenis penyakit dan jantina
v. Memajukan aspek pendidikan
- Memperkenalkan
sistem pendidikan prasekolah yang dikenali dengan nama sistem al-Khatib.
Kanak-kanak diajar mempelajari al-Quran, menghafal hadis, seni khat, matematik,
syair dan beribadat.
- Beliau juga
meningkatkan peranan masjid sebagai pusat pembelajaran khususnya ilmu
keagamaan seperti ilmu tafsir. Antara masjid yang terkenal sebagai pusat
pemelajaran ialah Masjid al-Azhar.
- Mewakafkan 32
buah kedai untuk dijadikan sekolah, menjemput golongan agama dan cerdik
pandai sebagai guru serta membiayai gaji guru-guru yang menagajar di
sekolah-sekolah yang didirikan
- Mengutamakan
pendidikan yang berasaskan mazhab sunni di samping menyemarakkan semangat
jihad dalam kalangan rakyatnya
vi. Memajukan bidang ekonomi
- Negara pada zaman
pemerintahannya mendapat pelbagai sumber seperti jizyah yang dikenakan
kepada golongan bukan Islam, fidyah yang dibayar oleh tawanan perang untuk
menebus diri, harta rampasan perang dan cukai tanah (kharaj)
- Beliau menumpukan
perhatian terhadap sektor pertanian dengan memajukan sistem pengairan dan
teknik-teknik pertanian untuk meningkatkan produktiviti pengeluaran
makanan
- Di samping itu
beliau menggalakkan aktiviti perdagangan dalam negeri seperti membina
lebih banyak pasar dan membaik pulih dan meluaskan pasar yang sedia ada.
Kesimpulan
“Sebenarnya
peperangan Salahuddin melawan tentera Salib itu telah meletakkan dirinya
sebagai seorang pemimpin yang termasyhur bukan sahaja dalam kalangan umat Islam
tetapi juga kepada masyarakat Barat. Dan tiada syak lagi bahawa sangat sedikit
sekali dari pemimpin-pemimpin kaum Muslimin yang dapat menandinginya dari segi
kebersihan, usahanya dari mencari apa-apa kepentingan untuk diri sendiri, dan
dari segi ketekunannya dalam mengkhidmatkan diri untuk maslahat kerajaannya dan
rakyat umum. Dan tiada jalan lain bagi musuh-musuhnya sendiri, melainkan
memberikan pengakuan baginya tentang sifat budi pekerti yang mulia dan
kebijaksanaan dalam perlakuannya terhadap musuh-musuhnya yang tewas. Bukan ini
saja, bahkan disamping itu Salahuddin selalu menjadi penggalak utama kepada
usaha memperkembangkan ilmu pengetahuan. Sumbangan beliau telah diakui oleh
sarjana-sarjana Islam, umpama Ibnul Imad al-Isfahani yang telah mencatatkan
sejarah bagi penaklukan Baitul Maqdis, dan juga a- Qadhi Bahauddin bin Syaddad
yang telah menulis sejarah Sejarah Salahuddin sendiri dan juga seperti al-Qadhi
al-Fadhil. Sesungguhnya beliau adalah seorang pemimpin yang ulung, telah
terkumpul dalam dirinya segala cita-cita besar yang sering bermain-main dalam
impian orang-orang Arab dan Muslimin, dan beliau telah berjaya melahirkan
sekaligus segala cita-cita itu atas nama kaum Arab dan Muslimin.
b) Sultan Muhammad al-Fatih (1432-1481M)
- Sultan Muhammad al-Fatih dilahirkan pada 1432H di Adrianapolis
(sempadan Turki-Bulgaria). Ayahnya,
Sultan Murad II merupakan salah seorang pemimpin yang hebat dan tokoh
pemerintah kerajaan Othmaniyah yang masyhur. Ibunya dikatakan seorang
puteri raja berketurunan Nasrani.
- Sultan Muhammad al-Fateh ialah sultan ketujuh Khilafah Islamiah
Othmaniyah. Beliaulah pembuka kota Constantinople atau yang dikenali hari
ini sebagai Istanbul. Ketika itu beliau baru menjangkau usia 26 tahun.
Peperangan yang maha hebat itu memakan masa selama 54 hari. Keadaan inilah
yang pernah dibayangkan oleh baginda s.a.w. ketika dalam perang Khandak.
Antara lain baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Constantinople
itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik pemimpin ialah ketuanya dan sebaik-baik
tentera ialah tenteranya.”
- Sultan Muhammad al-Fateh ialah salah seorang daripada tokoh pemimpin
kerajaan Islam yang masyhur tercatat dalam sejarah dunia. Beliau bukan
sahaja hebat sebagai pemimpin malah nama beliau sebagai panglima perang,
dikenali di benua Eropah. Mendengar namanya sahaja sudah mengundang
gementar di hati musuh-musuhnya walaupun ketika itu beliau sudah 10 tahun
meninggal dunia. Beliaulah pemerintah Islam pertama mendapat gelaran yang
diberikan oleh Barat sebagai “Grand Seigneur” yang bermaksud pemimpin
agung.
- Kekuatan Sultan Muhammad al-Fateh banyak terletak pada ketinggian
peribadinya. Hal ini demikian kerana ketika usianya kecil lagi sudah
diajar menunggang kuda, memanah, dan menggunakan pedang. Namun didikan
rohani mendapat perhatian serius dan dorongan penuh daripada ayahnya.
Beliau telah ditarbiah secara intensif oleh para ulama terulung antaranya
ialah al-Syeikh Muhammad bin Ismail al-Kurani. Beliau mengajar Sultan
Muhammad al-Fateh ilmu-ilmu asas iaitu al-Quran, al-Hadith, fiqh, linguistik
(bahasa Arab, Parsi, dan Turki), dan juga ilmu kemahiran yang lain.
Melalui tarbiah yang teliti dan penuh terhormat, tidak hairanlah lahir
peribadi yang unggul seperti Sultan Muhammad al-Fateh.
Sumbangan dan Pembaharuan Sultan
Muhammad al-Fatih
- Setelah berjaya
menawan Constantinople, Muhammad II al-Fateh mula melakukan beberapa
pembaharuan di dalam pentadbiran baginda yang baru. Pembaharuan dalam
pentadbirannya adalah sangat penting dalam usaha untuk mewujudkan sebuah
kerajaan yang cekap dan stabil. Setelah berjaya menawan Kota
Constantinople, pembaharuan yang pertama yang dilakukan oleh Sultan
Muhammad al-Fateh ialah menukar Gereja St. Sofia kepada Masjid Ain
Sofia. Hari
pertama kejayaannya menawan Constantinople, beaginda telah pergi ke Gereja
Aya Sofia. Beliau kemudiannya telah mengarahkan gereja itu ditukar kepada
Masjid Ain Sofia supaya tentera Islam nanti dapat bersembahyang Jumaat di
masjid berkenaan. Hal ini juga kerana masjid merupakan institusi penting
dalam perkembangan tamadun Islam khususnya untuk pembinaan Kota
Constantinople mengikut acuan Islam.
Para pekerjanya kemudian telah bekerja keras menanggalkan lambang
salib, patung-patung dan gambar-gambar di gereja itu bagi menyempurnakan arahan
beliau. Penukaran ini dilakukan sebagai tanda kemenangan besar umat Islam
kerana berjaya menawan Constantinople daripada kerajaan Byzantine.
Walaubagaimanapun, gereja-gereja lain masih dibiarkan beroperasi seperti
biasa kerana Islam bukan datang ke Constantinople untuk memaksa penduduk memeluk
agama Islam. Islam disebarkan melalui dakwah yang berhikmah dan penduduk
boleh menerima Islam melalui hati yang ikhlas.
- Pembaharuan kedua yang dibuat oleh Sultan Muhammad al-Fateh ialah
menambah bilangan penduduk kota Constantinople. Penambahan ini berlaku apabila baginda
melalui dasar yang membenarkan penduduk asal kota itu mengamalkan
kebudayaan masing-masing berjaya menarik minat penduduk asal kota yang
melarikan diri semasa perang untuk kembali semula ke kampung halaman
mereka. Penambahan bilangan penduduk kota juga berlaku apabila
negara-negara di bawah takluknya menghantar wakil ke Kota Constantinople.
Selain itu, kedatangan orang-orang Islam dari Asia ke kota ini juga telah
menambahkan lagi bilangan penduduk kota itu.
- Pembaharuan ketiga yang dibuat oleh beliau ialah menukar nama
Constantinople kepada Istanbul serta menjadikannya sebagai pusat
pentadbiran Islam. Nama
Constantinople yang diambil sempena nama Maharaja Constantine telah
ditukar kepada ”Islam Bol” (Istanbul) bagi menandakan kota itu sudah
menjadi milik umat Islam. Istanbul menjadi pilihan sebagai kota
pentadbiran adalah disebabkan oleh kehebatan kotanya yang pernah
disebut-sebut dalam sebuah hadis nabi. Ini menandakan bahawa kota ini
bukanlah sebarangan kota. Kota ini juga agak strategik dengan kedudukan
geografinya sebagai pertahanan yang baik.
- Seterusnya, baginda juga telah menyusun pentadbiran kota itu tanpa
mengganggu hak-hak dan kepentingan bekas-bekas musuhnya. Baginda telah membawa masuk sistem
pentadbiran Islam ke kota ini iaitu sistem khalifah, sistem syura,
pelaksanaan undang-undang Islam dan lain-lain lagi. Atas arahan Sultan
Muhammad al-Fateh, mana-mana gereja dan rumah ibadat orang bukan Islam
tidak dimusnahkan. Penduduk asal
kota itu juga dibenarkan mengamalkan agama dan kebudayaan masing-masing.
Contohnya, penganut agama Kristian masih dibenarkan pergi ke gereja
seperti mana kebiasaan mereka. Walaupun begitu, mereka masih tetap
tertakluk kepada undang-undang dan pentadbiran negara. Sultan Muhammad
al-Fateh turut mengizinkan pemimpin
utama masyarakat Ortodoks Greek, Armenia dan Yahudi menubuhkan institusi
pendidikan agama dan kebudayaan mereka sendiri serta mengizinkan mereka
menggunakan bahasa mereka sendiri kecuali dalam hal melibatkan orang
Islam, keselamatan negara, dan jenayah.
Masyarakat bukan Islam ini juga diberikan hak untuk bernaung di
bawah penguatkuasaan mahkamah agama mereka sendiri.
- Beliau turut melakukan pembaharuan apabila telah berusaha menjadikan
Istanbul sebagai pusat kegiatan keilmuwan dan keintelektualan Islam. Bagi mencapai hasrat ini, beliau telah
membina beberapa buah perpustakaan dan institusi-institusi pendidikan
iaitu madrasah. Tempat-tempat ini menjadi tempat pengajian pelbagai bidang
ilmu seperti sains, matematik, astronomi dan pelbagai bidang ilmu lain.
Hal ini menjadikan Istanbul di waktu itu merupakan antara kota yang
menjadi tumpuan umat Islam dan juga bukan Islam dari seluruh dunia.
- Sultan Muhammad al-Fateh digambarkan sebagai pemimpin berjiwa
rakyat. Beliau lebih mengutamakan urusan negara dan masyarakat mengatasi
kepentingan diri. Pada masa yang sama, beliau sering mendampingi
ulama-ulama dan ilmuwan. Kedudukannya sebagai Sultan tidak menghalang
minatnya untuk terus menimba ilmu dan pengalaman. Kehidupan beliau sebagai
pemimpin digambarkan cukup sederhana. Malah beliau sangat memusuhi
pembaziran. Oleh sebab itu, hidangan makanan dan cara berpakaiannya tidak
terikat dengan peraturan-peraturan istana.
- Dr. Abd. Salam bin Abd Aziz dalam bukunya yang bertajuk Sultan
Muhammad al-Fateh Pembuka Constantinople Menundukkan Rom, menjelaskan
bahawa Sultan Muhammad al-Fateh memiliki keyakinan diri yang kuat. Selain
itu, dia juga mempunyai pandangan jauh serta kepintaran yang tinggi. Malah
Sultan Muhammad al-Fateh mampu menghadapi tekanan, keperitan, dan bebanan
yang dihadapinya. Beliau seorang pemuda yang warak. Malah, jarang sekali
beliau menunaikan solat, melainkan di masjid.
- Selain kejayaan dalam bidang ketenteraan dan penaklukan wilayah,
Sultan Muhammad al-Fateh juga berjasa dalam mengembangkan dakwah Islam ke
benua Eropah. Melalui akhlak dan keperibadian beliau, ramai yang tertarik
dan memeluk Islam. Hal ini berlaku pada hari kemenangan tenteranya, iaitu
apabila beliau telah mengampunkan penduduk Kristian Kota Constantinople.
Dengan sikap toleransi yang ditunjukkan itu, menyebabkan ada dalam
kalangan paderi terus menyatakan keislaman mereka.
- Sepanjang pemerintahannya, beliau tidak lupa membangunkan aspek
fizikal dan rohani rakyatnya. Beliau telah membina Masjid al-Fath yang
terkenal dengan gelaran Blue Mosque. Selain itu, beliau juga telah
memulihkan semula peranan Masjid Aya Sofia sebagai mercu dan syiar Islam
di Turki. Sultan Muhammad al-Fath meninggal dunia pada bulan Mei 1481 dan
jenazahnya dikebumikan di Kota Constantinople.
Kesimpulannya, baginda merupakan
seorang negarawan yang ulung dan seorang panglima tentera yang agung. Sepanjang
pemerintahannya baginda telah memimpin sebanyak 25 kempen peperangan dan yang
paling termasyhur ialah kejayaannya membuka kota Constantinople. Sultan Muhammad II Al- Fatih juga digelar sebagai Muhammad Fatih ataupun Muhammad Penakluk kerana baginda hebat
dalam ketenteraan. Kejayaan terbesar
yang ditempa oleh baginda adalah penaklukan kota Constantinople ( ibu kota kerajaan Byzantine) pada bulan Jamadil
Awal tahun 857 H bersamaan dengan bulan Mei tahun 1453 M setelah berlakunya
pengepungan selama Sembilan bulan dan juga pertempuran yang hebat. Manakala
Sultan Sulaiman II Al-Qanuni pula telah menempa beberapa kejayaan seperti,
penawanan Belgrade pada tahun 1521 M dan berjaya menakluk sebahagian besar
negeri-negeri Afrika Utara seperti Algaria dan Tunisia. Sebenarnya, sewaktu era
pemerintahan Sultan Sulaiman II, bibit-bibit kelemahan sudah bercambah
sehinggalah titik kelemahan bermula sewaktu pemerintahan Sultan Salim II
(1566-1574 M) yang membawa kepada kejatuhan Turki Uthmaniyah.
tankh you
ReplyDelete