Tajuk : 1.4 Kepemimpinan Nabi Muhammad SAW
Masa/Kawasan Kajian :
Nabi Muhammad SAW (abad
ke-7)
Hasil Pembelajaran : a)
menghuraikan ciri-ciri kepemimpinan Nabi Muhammad SAW
a) Ciri-ciri kepemimpinan Nabi Muhammad SAW
Pengenalan
Nabi Muhammad SAW dilahirkan
pada 12 Rabiulawal bersamaan 20 April Tahun Gajah. Menerima
wahyu yang pertama pada 17 Ramadhan (16
Ogos 610 M) iaitu Surah Al-Alaq dan dilantik secara rasmi sebagai nabi ketika
berusia 40 tahun 6 bulan. Baginda
telah menjalankan dakwah melalui 2 cara iaitu berdakwah secara sulit selama
kira-kira 3 tahun dan kemudian dilakukan secara terbuka tetapi mendapat
tentangan yang sangat hebat daripada orang musyrikin sehingga baginda berhijrah ke kota Madinah serta berjaya
membina sebuah negara yang berdaulat dan disegani. Baginda memiliki ciri-ciri
kepemimpinan yang unggul dan disifatkan sebagai
contoh yang terbaik, berakhlak sepertimana dalam al Quran. Baginda bukan sahaja
seorang Nabi dan Rasul malahan seorang pemimpin masyarakat dan negara yang
disegani.
1. Ciri-Ciri Kepemimpinan Nabi Muhammad
sebagai Ketua Negara Islam di Madinah
a) Siddiq
(benar dalam percakapan dan perbuatan) :
Contoh : Patuh kepada Piagam
Madinah, Nilai
kepimpinan Nabi Muhammad SAW berteraskan akidah dan tauhid. Baginda menyeru
manusia supaya beriman kepada Allah dan mematuhi syariatnya. Selagi manusia
melakukan suruhannya-Nya, maka mereka akan mencapai kebahagiaan di dunia dan
akhirat. Buktinya, dalam usaha menegakkan Islam, Nabi Muhammad SAW menanam semangat
jihad. Keimananan mereka membawa kejayaan dalam medan peperangan, Orang Islam
di bawah pimpinan Nabi Muhammad SAW berjaya mengalahkan musuh-musuh Islam. Nabi
Muhammad SAW membina kekuatan orang Islam berlandaskan akidah, tauhid dan
berpaksi kepada al-Quran dan sunah.
b) Amanah
(menjalankan tanggungjawab yang diberikan) :
Contoh : Menjalankan tugas
sebagai Ketua Negara
c) Tabligh (menyampaikan dakwah / hubungan
diplomatik) :
Contoh : Berdakwah kepada
penduduk Madinah dan memperluaskan hubungan negara negara-negara lain (Habshah)
d) Fatanah
(memperlihatkan kebijaksanaan dalam melakukan sesuatu) :
Contoh :
Menggariskan isi kandungan Piagam Madinah, pintar mengatur taktik dan strategi
peperangan, menerima pakai nasihat para sahabat, menghantar perutusan ke Rom,
Parsi dan Habshah
e) Adil :
- Baginda telah menghapuskan diskriminasi kaum dengan menghapuskan semangat assabiyah. Baginda juga membela kaum wanita serta memperkenalkan sistem ekonomi yang adil. Amalan riba dan penipuan yang selama ini menjadi kebiasaan para pedagang Arab telah diharamkan dan digantikan dengan ekonomi Islam. Baginda berjaya menghapuskan semangat assabiyah dan diskriminasi kabilah. Dgn mengamalkan keadilan, baginda berjaya mewujudkan perpaduan dan keharmosian dlm kalangan masyarakat.
f) Berani dan tegas :
- Baginda mengetuai
setiap ekspedisi perang walaupun jumlah tenteranya kecil malah
baginda berasa bertanggungjawab meniupkan semangat jihad dalam kalangan
tentera Islam. Ketegasan baginda pula terserlah dengan menyingkirkan
kaum Yahudi Bani Qainuqa’, Bani Nadhir dan Bani Quraizah dari bumi Madinah setelah
melanggar Piagam Madinah. Mereka telah cuba menimbulkan keadaan huru-hara
serta memecahbelahkan penduduk Madinah. Kesannya, penduduk Madinah kini
Cuma terbatas kepada orang Islam sahaja.
g) Berakhlak Mulia :
- Nabi Muhammad s.a.w. juga
seorang yang berakhlak mulia.
Akhlak mulia mampu menarik hati tidak kira kawan ataupun lawan. Dalam
aspek kekeluargaan, baginda merupakan seorang ketua yang patut dicontohi
ekoran sifat pengasih dan
penyayang.
- Akhlak baginda dapat
mempersaudarakan masyarakat Arab yang berpecah-belah. Baginda juga
memperkenalkan etika peperangan yg dpt menarik hati pihak kawan dan lawan.
2. Bukti kepemimpinan Nabi Muhammad SAW
a) Nabi Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul
-
diakui sebagai nabi dan rasul menerusi kitab-kitab suci iaitu Al- Quran,Injil,
Zabur dan Taurat dan juga menerusi fakta sejarah.
-
mempunyai
4 sifat terpuji siddiq, amanah,
tabligh dan fatanah.
-
menyampaikan aajran Islam pada umat manusia. Berakhlak mengikut
ajaran yang diajar dalam al-Quran
-
selaku pendakwah. menunjukkan sifat-sifat sebenar iaitu
lemah lembut toleransi, tegas dan berpegang teguh kepada ajaran yang dibawanya khususnya aspek
akidah
-
berdakwah dengan penuh dedikasi dan tidak pernah cuba
menunjukkkan kuasa luar biasa walaupun dianugerahi pelbagai mukjizat.
-
menentukan beberapa bidang disipin bagi menjamin
kesejahteraan masyarakat
iaitu ibadat, nikah kahwin, jenayah dan ketatanegaraan serta hubungan
antara bangsa yang bersumberkan al-Quran dan Hadis - berpesan agar umat manusia
berpegang kepada Al-Quran dan Hadis.
b) Sebagai pemimpin Politik
-
mengasaskan
perlembagaan bertulis yang pertama di dunia iaitu Sahifah Madinah
-
diiktiraf
sebagai ketua negara Islam Madinah melalui Sahifah Madinah
-
mengadakan hubungan diplomatik dengan Habsyah dan Mesir
-
memperkenalkan sisten Syura untuk membuat keputusan
secara kolektif sebagai Ketua Hakim bertindak sebagai ketua hakim yang adil dan
saksama
-
menunjukkan etika yang perlu dipatuhi hakim contoh
ketegasan baginda akan menjatuhkan hukuman menjatuhkan hukuman potong tangan
walaupun sekiranya Fatimah anaknya yang
mencuri
c) Sebagai pemimpin tentera
-
menunjukkan mutu kepimpinan yang tinggi dalam bidang
ketenteraan
-
memimpin
27 ekspedisi ketenteraan
-
kejayaan terbesar dalam perang Badar, Perang Khandak dan
pembukaan Kota Makkah.
-
menjadikan akidah, syariah dan akhlah sebagai asas
kepimpinan dalam bidang ketenteraan
-
bertindak mengikut peraturan yang disyariaatkan oleh
Alllah
-
bersifat amanah dan tidak mudah lemah sengat dalam
menghadapi musuh
-
sentiasa adil samada kepada kawan atau musuh contohnya
pembahagian harta rampasan perang secara adil kepada kawan-kawan yang menyertai
peperangan dan tidak menceroboh terhadap musuh yang lari dari medan perang atau
kaum yang lemah
-
bijak merangka taktik dan sterategi peperangan
-
memperkenalkan
etika peperangan dalam Islam berdasarkan syarak
d) Sebagai pemimpin masyarakat
-
berjaya menyatukan masyarakat Madinah yang berbilang
agama dan keturunan
-
mempersaudarakan golongan muhajirin dan ansar berdasarkan
konsep ukhuwah Islamiah
-
mengekalkan perpaduan masyarakat Madinah seperti
mana yang terkandung dalam piagam Madinah
-
persamaaan
taraf antara manusia
-
menaikkan
taraf wanita
-
menghapuskan batas-batas perbezaan kaum melalui konsep
ummah
-
kebebasan beragama kepada penduduk Madinah dan
mengamalkan adat masing-masing
-
ketua-ketua suku berperanan menyelesaikan masalah anggota
suku masing-masing
e) Sebagai perancang
ekonomi
-
memperkenalkan dasar ekonomi Islam menggantikan dasar
ekonomi jahiliah
-
menggalakkkan
umat Islam bekerja keras
-
menggalakkkan umat Islam dalam bidang perniagan dan
pertanian
-
berusaha membangunkan ekonomi umat Islam yang tergadai
kepada orang Yahudi
Soalan-soalan
STPM
1.
Huraikan empat ciri kepemimpinan Nabi Muhammad SAW
sebagai ketua negara di Madinah. (STPM
2016)
assalamualaikum cikgu, saya minta izin untuk menggunakannya dalam tugasan saya. halalkan ya cikgu hehe terima kasih
ReplyDelete