Tajuk : 1.5 Institusi khalifah
1.5.1 Pemilihan khalifah
1.5.2 Sumbangan khalifah/tokoh
Masa/Kawasan Kajian :
Khalifah al-Rasyidin,
Khalifah Umayyah dan Khalifah Abbasiyah
Hasil Pembelajaran : a)
menghuraikan konsep dan ciri-ciri khalifah
b) Membincangkan kaedah pemilihan khalifah
c) Menilai sumbangan khalifah/tokoh
(i) Khalifah Abu Bakar
(ii) Khalifah Umar al-Khattab
(iii) Khalifah Umar Abdul Aziz
(iv) Khalifah Harun al-Rasyid
a) Pemilihan Khalifah
Pengenalan
Institusi khalifah adalah amat
penting dalam sejarah pemerintahan umat Islam. Ini kerana institusi khalifah
adalah lambang pembinaan sebuah negara Islam sebenar yang berpandukan kepada
al-Quran dan sunnah. Selain itu, institusi khalifah juga merupakan model
pemerintahan terbaik sebagai panduan untuk seseorang pemimpin atau pemerintah
bagi membentuk sebuah negara yang bertamadun. Sejarah institusi khalifah adalah
bermula selepas wafatnya Rasullullah SAW iaitu apabila Abu Bakar dilantik
menjadi khalifah yang pertama pada tahun 632M/10H dan diikuti dengan Umar
al-Khattab, Uthman al-Affan dan Ali bin Abu Talib dengan gelaran khalifah
al-Rasyidin kerana menjalankan pemerintahan seperti yang diamalkan oleh
Rasulullah SAW. Di bawah kepemimpinan Khalifah Umar bin Abd Aziz (Bani Umayyah)
dan Khalifah Harun al-Rasyid (Bani Abbasiyah), pemerintahan kerajaan Islam
telah mencapai puncak kegemilangan sebelum mengalami zaman kejatuhan selepas
pemerintahan kerajaan Uthmaniyah.
1. Konsep dan Ciri-Ciri
Khalifah
Konsep
Khalifah
Perkataan khalifah berasal daripada
perkataan Arab yang bererti pengganti
Rasulullah SAW. Manakala kata jamaknya ialah khilafah yang bermaksud institusi
atau jawatan. Konsep khalifah merujuk kepada jawatan sebagai ketua negara Islam
bagi menggantikan kepemimpinan Rasulullah selepas kewafatan baginda pada tahun
632M. Semua mazhab dalam Islam
mewajibkan institusi khalifah sebagai institusi tunggal pemerintahan Islam bagi
meneruskan legasi pimpinan Rasulullah kecuali mazhab Khawarij dan muktazilah
serta cabang-cabangnya. Syarat-syarat menjadi khalifah sepertimana yang
dituntut dalam Islam ialah mestilah seorang lelaki, beragama Islam, mempunyai
istiqamah dalam akidah dan mengeluarkan pendapat, tidak cacat anggota tubuh
badan, mempunyai ilmu yang tinggi sama ada dalam bidang agama mahupun siasah.
Proses pelantikan khalifah mesti melalui majlis syura dan ba’ah.
Menurut
Afzalur Rahman dalam bukunya, Ensiklopedia Sirah, perkataan
khalifah terdiri daripada tiga maksud yang berbeza. Pertama, ia merujuk kepada
tanggungjawab terhadap kuasa yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. Dalam hal ini
seluruh keturunan nabi Adam a.s. merupakan khalifah di muka bumi. Kedua, ia
merujuk kepada orang yang mengetuai kerajaan Allah s.w.t. dan menggunakan
segala kuasa khalifah di bawah syariat yang diturunkan oleh Allah s.w.t.
melalui RasulNya. Dalam hubungan ini hanya orang yang benar-benar beriman
yang dapat dipanggil sebagai khalifah Allah di bumi ini. Ketiga, makna khalifah
merujuk kepada penggantian seseorang atau umat yang mempunyai kuasa oleh
seseorang atau umat lain.
Dua makna yang pertama berasal
daripada perkataan khalifah yang bererti wakil, manakala yang ketiga adalah
digunakan dalam erti kata mengambil alih atau mewarisi daripada seseorang atau
satu-satu umat. Tegasnya, pengertian khalifah yang dinyatakan di dalam ayat
yang telah dicatatkan di atas merujuk kepada kekuasaan kerajaan yang ikhlas dan
benar-benar percaya kepada kerajaan Allah s.w.t. serta mengendalikan urusan
Negara selaras dengan syariat yang ditentukan oleh Allah s.w.t. Orang yang
memahami istilah khalifah yang dinyatakan dengan maksud kekuasaan semata mata
mungkin akan membuat kesimpulan yang salah tentang institusi khalifah. Prinsip
khalifah seperti yang dijelaskan ini sebenarnya telah dijelaskan oleh Allah
s.w.t. di dalam al-Quran yang bermaksud;
‘Allah s.w.t. menjanjikan orang yang beriman dan beramal salih daripada
kalangan kamu (wahai umat Nabi Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka
khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia
telah menjadikan orang yang sebelum mereka khalifah-khalifah yang
berkuasa……….’ (al-Quran. Al-Nur. 24 :55)
Ayat di atas
menjelaskan tentang tiga asas utama khalifah dalam Islam;
a. Negara Islam diketuai oleh
orang yang bergelar Khalifah.
b. Gelaran khalifah diberi kepada
seluruh masyarakat Islam bukan kepada mana-mana individu, kumpulan atau
keluarga.
c. Prinsip khalifah hanyalah untuk
orang yang beriman kepada Allah s.w.t. dan mengerjakan amalan kebajikan. Dalam
perkataan yang lain orang yang benar-benar baik dan bertakwa. Golongan ini
benar-benar bebas daripada tuhan-tuhan yang lain serta mengabdikan diri kepada
Allah s.w.t. dengan penuh keikhlasan dan mengakuiNya sebagai Tuan, Raja dan
Pemilik kerajaan. Orang seperti ini adalah khalifah yang sebenarnya seperti
yang dijanjikan di muka bumi ini dan bukannya orang yang mengabdikan dirinya
dibibir mulut sahaja sedangkan amalan kebajikannya kosong. Orang yang seperti
ini tidak layak menjadi khalifah dan janji Allah s.w.t. itu tidak sesuai
untuknya.
Ciri-Ciri Khalifah
Konsep khalifah menurut Islam adalah
berasaskan kepada tiga prinsip yang utama iaitu Tauhid (Keesaan Allah), Risalah
(Kenabian) dan Khalifah (wakil atau pengganti). Ia mengakui realiti alam yang
kekal iaitu ia dicipta, dipelihara dan ditadbirkan oleh Allah s.w.t. Yang Satu,
Yang merupakan Pencipta, Pengawal serta Raja kepada seluruh makhluk. Pada masa
yang sama hukum-hukum dan kehendakNya disampaikan melalui Rasul-rasulNya di
dalam bentuk Kitab yang menerangkan hukum dengan interpretasi serta
contoh-contoh yang disampaikan oleh Rasul-rasul melalui contoh-contoh mereka
daripada segi kata-kata dan perbuatan, yang akhirnya membentuk satu model
sistem kerja. Khalifah bererti wakil manusia bertindak sebagai seorang wakil
Allah di dunia dan menjalankan perintah Allah melalui kuasa yang diamanahkan
oleh Allah kepadanya dalam batas-batas yang ditentukan olehNya.
Khalifah menggambarkan empat syarat
penting sebagai fungsi wakil. Pertama, kuasa yang sebenarnya berada di tangan
Allah; kedua, manusia hanyalah semata-mata pentadbir hukumNya; ketiga,
pentadbiran hukum-hukumNya mestilah selaras dengan batas-batas yang telah
ditetapkaNya; keempat, dalam mentadbir hukumNya manusia akan melaksanakan
kehendakNya dan memenuhi tujuanNya. Oleh itu perlantikan manusia sebagai
khalifah yang diwujudkan dalam kerajaan Allah adalah untuk memenuhi tujuan dan
objektifNya di dalam batas-batas yang telah ditentukanNya. Menurut Abul A’la Maududi, seluruh manusia
diberi kuasa sebagai khalifah, bukan hanya satu kelas atau kumpulan manusia
yang tertentu sahaja. Sesiapa sahaja yang bersediauntuk menerima syarat-syarat
khalifah , akan memikul tanggungjawab khalifah untuk seluruh masyarakat. Ini
merupakan titik permulaan demokrasi Islam yang setiap ahlinya menikmati hak-hak
dan kuasa sebagai khalifah Allah s.w.t. Pada masa yang sama semua rakyat akan
menikmati hak ini secara saksama, tanpa sebarang perbezaan. Agensi yang
bertanggungjawab untuk menyelesaikan urusan-urusan Negara akan dibentuk melalui
persetujuan rakyat.
Berdasarkan kepada fakta inilah
bolehlah disimpulkan bahawa kuasa seorang khalifah akan menjadi kuasa yang
diamanahkan kepada orang yang memegang sesuatu tampuk pemerintahan atau
kekuasaan. Berdasarkan perbincangan di atas jelaslah menggambarkan bahawa
seorang khalifah itu mestilah seorang yang memiliki perwatakan dan personaliti
yang sangat tinggi dan menarik. Contoh yang paling agung bagi menggambarkan
seorang khalifah yang tiada tolok bandingnya ialah Junjungan besar Nabi
Muhammad s.a.w. Baginda adalah merupakan seorang negarawan yang sempurna samada
sebagai seorang pemimpin masyarakat, pemimpin angkatan tentera, pemimpin
politik, pendidik (guru), perancang ekonomi, ketua rumahtangga mahupun sebagai
seorang sahabat. Tuntasnya seseorang khalifah dalam Islam harus mempunyai kelayakan berikut :
a) Beragama Islam
b) Lelaki yang mukallaf dan merdeka
c) Bersifat adil
d) Berilu pengetahuan tang tinggi dalam agama
Islam (warak)
e) Sempurna pancaindera/ sihat tubuh badan
f) Luas pengalaman dan bijak dalam pentadbiran
politik (siasah) dan negara
g) Berani dan berwibawa di dalam mempertahankan
taraf ummah dan agama Islam (fisabilillah)
Peranan
Khalifah
- Imamah atau menjalankan tugas pemerintahan mengikut
al-Quran dan al-Hadis untuk menjaga kepentingan agama dan masyarakat
Islam. Mengikut Ibn Khaldun. tugas seorang khalifah ialah menegakkan agama
dan mentadbir dunia dengan berpandukan kepada al-Quran dan al-Sunnah bagi
membawa kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
- Melaksanakan undang-undang mengikut hukum-hukum yang
terdapat di dalam al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW seperti hudud, qisas
dan takzir secara adil dan saksama.
- Menjalankan kegiatan ekonomi yang selaras dengan
syariat Islam tanpa berlaku penindasan dan kezaliman. Punca ekonomi Islam seperti
zakat, baitul mal dan harta wakaf diuruskan tanpa penyelewengan dan
terkawal berdasarkan ajaran Islam. Contohnya, Khalifah Umar al-Khattab
telahmengemas kini sistem baitul mal seperti memperkenalkan buku
kira-kira, melantik pegawai khas, membina bangunan baitul mal yang
khususnya dan sebagainya untuk memajukan ekonomi umat Islam.
- Memastikan keselamatan negara dan rakyat terjamin
daripada ancaman musuh-musuh Islam. Contohnya Khalifah Umar al-Khattab
telah menyusun semula tentera Islam bagi menjaga keselamatan kota Madinah
dengan membina kem-kem tentera di sempadan Rom dan Farsi serta membina
bandar tentera di kawasan yang
dirampas daripada pihak musuh
- Bertanggungjawab menyediakan kemudahan-kemudahan
awam dan infrastruktur kepada raktyat. Contohnya, Khalifah Umar telah
membina jalan raya bagi menghubungkan bandar-bandar utama, menyediakan
perigi dan rumah tumpangan untuk kemudahan pengembara dan pedagang,
membina penjara yang selesa dan membina empangan bagi kemudahan bekalan
air.
- Menjaga kesucian akidah Islam daripada digugat oleh pengaruh-pengaruh asing seperti murtad,nabi palsu, ajaran sesat dan sebagainya. Contohnya Khalifah Abu Bakar telah menjalankan gerakan al-Riddah demi mengembangkan syiar Islam
2. Kaedah Pemilihan Khalifah
(Secara syura)
Secara umumnya pemilihan khalifah
dalam Islam adalah dilaksanakan secara syura. Kaedah pemilihan khalifah dalam
Islam dapat dibahagikan kepada empat. Kaedah yang pertama adalah
berdasarkan cara perundingan dan
persetujuan semua pihak seperti yang
berlaku dalam pemilihan Abu Bakar al-Siddiq sebagai khalifah yang pertama pada
632 M. Dalam peristiwa di Saqifah Bani
Saidah, golongan Ansar daripada Bani Saidah, hampir melantik Saad bin Ubaidah
sebagai khalifah menggantikan Nabi Muhammad SAW tanpa kehadiran
pemimpin-pemimpin daripada golongan Muhajirin. Namun pelantikan tidak dapat
dijalankan kerana mendapat bantahan daripada suku Aus. Apabila Abu Bakar dan
Umar menyertai mesyuarat tersebut, Abu Bakar telah menyeru agar khalifah
mestilah daripada kalangan golongan Muhajirin. Kemudian apabila keadaan menjadi
semakin genting, Umar telah membai’ah Abu Bakar dan kemudian diikuti oleh para
sahabat yang lain. Abu Bakar telah dipilih kerana sumbangan besarnya terhadap
perkembangan dakwah Islam sejak daripada era Nabi Muhammad SAW.
Kaedah kedua adalah dengan cadangan
satu nama sahaja atau wasiat daripada khalifah terdahulu seperti
perlantikan Umar al-Khattab pada 634 M. Sebelum Khalifah Abu Bakar
menghembuskan nafasnya yang terakhir, beliau telah mencalonkan Umar sebagai
penggantinya. Sebelum itu, beliau telah berbincang dengan para sahabat seperti
Abdul Rahman bin Auf dan Uthman bin Affan serta golongan Ansar termasuk Usayd
bin Hudayr. Pencalonan Umar adalah disebabkan kebijaksanaan, kebolehan dan
kualiti kepemimpinan tinggi yang
dimiliki oleh Umar al-Khattab dan bukannya disebabkan hubungan peribadi dengan
khalifah terdahulu.
Kaedah ketiga adalah melalui pemilihan daripada beberapa orang
calon. Ini berlaku semasa perlantikan Saidina Uthman bin Affan. Sebelum
meninggal dunia, Khalifah Umar al-Khattab telah mengusulkan enam nama untuk
dicadangkan sebagai khalifah iaitu Uthman bin Affan, Ali bin Abu Talib, Saad
bin Abi Waqqas, Zubayr bin Awwam, Abdul Rahman bin Auf dan Talhah bin
Ubaidillah. Tindakan ini adalah untuk mengelakkan perebutan kuasa dalam
kalangan umat Islam. Justeru selepas khalifah Umar dimakamkan, mereka berkumpul
dan bermesyuarat di rumah al-Miswar bin Makhramah untuk memilih pengganti
khalifah. Dalam perjumpaan tersebut, tiga orang calon (Saad bin Abi Waqqas,
Zubayr bin Awwam, Abdul Rahman bin Auf) telah menarik diri manakala Talhah bin
Ubaidillah tidak hadir. Maka tinggallah dua nama iaitu Uthman dan Ali untuk
dilantik. Sehubungan dengan itu, Abd Rahman bin Auf telah diamanahkan untuk
mengendalikan pemilihan. Dalam proses tersebut, Uthman bin Affan telah dipilih
berdasarkan kesediaan, ketegasan dan kesungguhan Uthman untuk melaksanakan
pentadbiran dua orang khalifah yang terdahulu.
Kaedah keempat ialah melalui pencalonan
satu nama dan desakan daripada sekumpulan masyarakat yang mahukan seorang calon
dilantik sebagai khalifah, yang mana dalam kaedah ini Ali bin Abu Talib
telah dilantik bagi memikul amanah sebagai khalifah al-Rasyidin yang terakhir
pada 23 Jun 656 M. Nama Ali telah dicalonkan oleh masyarakat Islam Madinah,
termasuk golongan Ansar dan pemberontak Kufah. Ali dalam keadaan serba salah
terpaksa menerimanya atas dua sebab iaitu untuk memenuhi jawatan khalifah yang
kosong selepas kematian Khalifah Uthman, kedua, kerana adanya sokongan yang
kuat daripada penduduk Madinah.
Kesemua kaedah yang disebutkan ini
melalui proses syura atau musyawarah di kalangan umat Islam dan diperkukuh
dengan upacara angkat sumpah atau lafaz taat setia atau baiah semasa
calon itu dilantik sebagai khalifah. Proses syura dan baiah ini dapat menjamin
pelantikan bakal pentadbir yang tepat, berkelayakan dan hemah tinggi. Dengan
itu pentadbiran kerajaan atau negara menjadi lebih lancar. Setiap pemerintah
yang dipilih pulahendaklah berusaha untuk menjadi pemimpin yang cemerlang dan
berkemampuan untuk membawa kebahiaan umat Islam di dunia dan di akhirat.Syura bermaksud sebagai
pemuafakatan atau konsensus. Di negara kita para pemimpin kita memang telah
sentiasa mengamalkan prinsip ini malah prinsip ini telah diamalkan semenjak
pemimpin kita menuntut kemerdekaan daripada British hinggalah kepada masa kini.
Warak bermaksud seseorang yang taat dan patuh kepada hukum Allah
dan menjauhi segala larangan-Nya. Musyawarah atau syura ialah
permesyuaratan atau perundingan untuk mengambil keputusan tentang sesuatu
perkara. Baiah bermaksud perakuan sumpah taat setia yang diberikan
kepada seseorang yang diberikan kepada kepada seseorang yang telah dilantik
sebagai pemimpin. Terdapat juga baiah yang disertai dengan nama Allh sebagai
sokongan.
b. Sumbangan Khalifah
1. Khalifah Abu Bakar al-Siddiq
(632-634 M)
Pengenalan
Nama
sebenar ialah Abu Bakar al-Siddiq ialah Abdullah bin Uthman, berasal dari
bangsa Ouraisy Bani Taim. Beliau
merupakan seorang yang terkenal dengan sifat pemurah jujur dan baik hati.
Mempunyai hubungan yang akrab dengan Rasulullah SAW dan dilantik menjadi
khalifah antara tahun 632-634M. Beliau merupakan pengasas kerajaan khalifah
al-Rasyidin yang meneruskan pemerintahan diasaskan Rasulullah SAW berdasarkan
al-Quran dan al-Hadis. Khalifah Abu Bakar As-Siddiq memerintah selama dua
tahun iaitu dari 11 hingga 13 Hijrah atau 632 hingga 634M.
Sumbangan Khalifah Abu Bakar
a) Langkah pertama yang dijalankan oleh Khalifah Abu Bakar
selepas diangkat menjadi khalifah ialah mengerah
dan meneruskan perjalanan tentera yang dipimpin oleh Usamah bin Zaid.
Pasukan Usamah ialah pasukan yang telah disiapkan Rasulullah untuk menggempur
barisan tentera Rum di sempadan Syam.
Walaupun terdapat tentangan daripada para sahabat, namun angkatan ini
tetap diteruskan kerana ia diasaskan oleh Rasulullah. Setelah berperang selama
40 hari, tentera Islam memperoleh kejayaan dan kemenangan ini menyedarkan pihak
musuh bahawa tentera Islam adalah kuat dan tidak mudah dikalahkan. Tentera di
bawah pimpinan Usamah ini juga telah ditugaskan untuk menjaga kota Madinah
daripada ancaman musuh
b) Memerangi golongan al-Riddah.
Golongan
al-Riddah terdiri daripada :
i.
Golongan Nabi-nabi Palsu :
Tulaihah al-Khuwailid ( Bani
Asad di Najed / Tengah Arab )
Ajarannya :
- Menghapuskan
amalan sujud dalam setiap sembahyang. Menurutnya wajah yang dicipta Tuhan
bukanlah untuk dihina sebanyak lima
kali.
- menghapuskan
amalan
zakat.
- Beliau
pergi ke Madinah bersemuka dengan Khalifah Abu Bakar menuntut supaya
mengakui kenabiannya, tetapi gagal.
Al-Aswad al- Ansi ( dari Yaman
)
- Nama
sebenarnya Ailat b. Ka’ab b. Auff al- Ansi ( dari Bani Mazhaj )
- Digelar
‘aswad’ kerana kulitnya gelap dan gemar memakai purdah.
- Berkebolehan
dalam ilmu hitam dan sihir. Mempunyai pengikut seramai 700 orang-berjaya
menguasai kota San’a daripada pemerintahan Islam
Ajarannya :
- Membebaskan
pengikutnya dari kewajipan sembahyang dan zakat.
- Menghalalkan penzinaan. ( ajarannya cepat popular )
Sajjah bt. al-Harith b. Suwaid b.
Aqfan (
Bani Tamim di Yamamah )
Ajarannya :
- Mengakui
sebagai nabi wanita.
Musailamah al- Khazzab ( Bani
Hanipah di Yamamah )
- Mula
aktif sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w.
- Mempunyai
kekuatan tentera seramai 40,000 orang.
- Semakin
kuat setelah bergabung dengan pengikut-pengikut Sajjah al- Harith.
ii.
Golongan murtad :
- Golongan
yang terus keluar daripada Islam.
- Banyak
terdapat di Bahrain, Oman, Hadramaut, Mahrah, dan Yaman.
- Mereka
menyokong nabi palsu untuk menentang kerajaan Islam
iii.
Golongan yang enggan membayar zakat
:
- Muncul
di Yaman, Yamamah, dan Oman.
- Dipelopori
oleh Malek bin Nuwairah.
- Juga
menyokong nabi palsu yang bernama Sajjah al- Harith. Termasuk kaum Absy
dan kaum Zubayn di luar kota Madinah yang mengaku patuh keepada Islam
tetapi enggan membayar zakat.
Sebab-sebab berlakunya Gerakan Al-Riddah
:
a.
Keimanan yang Lemah :
Penyebaran Islam secara meluas
berlaku pada 6 H dan ketika penaklukan Makkah pada 8 H.
Nabi Muhammad pula wafat pada 10 H . Kebanyyakan masyarakat Arab yang baru
memeluk Islam masih lagi belum memahami ajaran Islam secara mendalam terutama
yang tinggal jauh dari Hijaz. Mereka ini mudah keluar daripada Islam. Ada yang
masih menanggap ajaran Islam mengongkong mereka daripada keseronokkan kehidupan
jahilliyah. Kewafatan Nabi memberi kesempatan mereka terus keluar daripasa
Islam secara terang-terangan.
b.
Kepentingan Tertentu :
Golongan ini memeluk Islam kerana
inginkan harta-harta rampasan, sanjungan dan kedudukan serta
ingin menghindarkan diri dari serangan tentera Islam.
c.
Semangat Assabiah :
Masih mempunyai semangat
assabiah yang mendalam terhadap kabilah masing-masing.Walaupun telah diperangi
oleh Nabi tetapi mereka kembali ke amalan assabiah yanh menjadi tradisi hidup
selepas Nabi wafat.
d.
Golongan Nasrani dan Yahudi.
Golongan ini merupakan
punca yang menyebabkan berlaku kejadian murtad di kalangan umat Islam.
Kedua-duanya sentiasa menjalankan propaganda dan dakyah untuk menyesatkan umat
Islam daripada ajaran sebenar.
e.
Keinginan Menjadi Nabi.
Terdapat juga orang Arab
yang ingin menjadi nabi daripada kaum mereka sendiri dan tidak mahu mengikut
nabi orang Quraisy. Nabi-nabi palsu muncul kerana golongan ini ingin menjadi
nabi kerana terpengaruh dengan kejayaan Nabi Muhammad S.A.W seperti menguasai
masyarakat Arab, mempunyai ramai pengikut yang berjuang bermatian-matian
untuknya dan berjaya menyatupadukan Arab dari pelbagai suku. Sokongan kepada
nabi-nabi palsu disebabkan permusuhan mereka terhadap kaum Quraisy yang
terkenal sebagai kabilah yang mulia di Tanah Arab.
f.
Salah mentafsir ayat al-Quran
tentang zakat.
Golongan ini mengaku masih
menganut Islam tetapi tidak mahu membayar zakat kerana menyalah tafsirkan ayat
al-Quran ( Surah at-Taubah ayat 103 ) Menurut golongan ini tujuan
utama membayar zakat untuk membersihkan dan menghapuskan kesalahan yang pernah
mereka lakukan. Apabila nabi wafat mereka beranggapan tugas membayar zakat
telah berakhir kerana hanya Nabi Muhammad sahaja yang layak melaksanakan proses
membersihkan kesalahan dosa mereka. Pada mereka semasa Abu Bakar ia bukanlah
nabi dan tidak layak memingkul tugas tersebut. Golongan ini tidak ikhlas dalam
usaha membayar zakat kerana menggangap zakat sebagai suatu ufti yang dikutip oleh
Nabi Muhammad semasa hayatnya.Selepas Nabi wafat, mereka tidak perlu membayar
zakat.
Langkah Abu Bakar Al-Siddiq
Mengatasi Gerakan Ar- Riddah :
- Mengadakan
mesyuarat dalam Majlis Syura.
- Para
sahabat kurang setuju dengan keputusan memerangi golongan ar-riddah
menurut mereka golongan ini harus diberi peluang untuk pulang ke pangkal
jalan kerana masih ada yang bersembahyang walaupun enggan membayar zakat.
- Khalifah
Abu Bakar tetap berkeras memerangi seluruh golongan ar-riddah walau pun
secara bersendirian.
- Pasukan-pasukan
tentera dihantar ke Ghassan – Pemimpin Usama bin Zaid, berjaya menumpaskan
golongan ini.
- Membentuk
11 pasukan tentera diketuai oleh panglima-panglima Islam antaranya Khalid
bin Walid menumpaskan Tulaihah al-Khuwalid, Ikrimah bin Abu Jahal
menumpaskan Musailamah al Khazzab, Amru al-As menumpaskan suku Qudha’ah
dan suku Wadi’ah, Al-Muhajir bin Abi Umaiyyah menumpaskan Aswad
al-Ansi di Yaman.
- Setiap
pasukan tentera ini dibekalkan ‘ alMansyurat’ ( Pengumuman kepada
ketua-ketua golongan ar-riddah supaya mereka pulang ke pangkal jalan,
sekiranya mereka enggan barulah mereka diperangi.)
- Setiap pasukan tenteranya – Abu Bakar menyerahkan ‘al-Adhu’ ( Surat janji ) kepada panglima sebagai amanat dalam displin ketenteraan.
c) Mengumpul
dan menulis kandungan al-Quran.
Kesan
daripada peperangan memerangi golongan al-Riddah, ramai dalam kalangan sahabat
yang huffaz al-Quran telah meninggal dunia. Keadaan ini menyebabkan timbulnya
kebimbangan dalam kalangan umat Islam kemungkinan akan terhapusnya al-Quran.
Selain itu mereka juga bimbang berlakunya penyelewengan terhadap kandungan
al-Quran. Disebabkan keadaan tersebut, Khalifah Abu Bakar telah menubuhkan satu
pasukan yang diketuai oleh Zaid bin Thabit untuk mengumpul dan menulis semula
kandungan al-Quran sebagaimana yang telah diwahyukan oleh Allah kepada Nabi
Muhammad SAW sehingga kewafatan baginda. Naskhah al-Quran yang telah ditulis
semula itu kemudiannya disimpan di rumah
Khalifah Abu Bakar. Usaha untuk menjilidkan al-Quran ini kemudiannya diteruskan oleh Khalifah Umar
al-Khatab dan Khalifah Uthman bin Affan.
d) Khalifah Abu Bakar juga cuba untuk mengelakkan
perpecahan dalam kalangan umat Islam apabila menamakan bakal pengganti
beliau sebelum meninggal dunia. Ini kerana keadaan umat Islam yang telah
kembali bersatu di bawah daulah Islamiyyah perlu dikekalkan di bawah
pemerintahan seorang khalifah yang berwibawa dan warak. Justeru selepas
mengadakan perundingan dengan beberapa orang sahabat, diantaranya Abdul Rahman
bin Auf dan Uthman bin Affan, beliau telah menamakan Umar al-Khattab sebagai
pengganti beliau. Cadangan beliau tidak
mendapat tentangan daripada para sahabat dan baginda telah mengarahkan agar
keputusan tersebut dicatatkan oleh Uthman bin Affan dan menjadi wasiat apabila
baginda meninggal dunia kelak.
Kesimpulannya, Saidina Abu
Bakar As-Siddiq boleh diumpamakan sebagai seorang yang amat penting dalam hidup
Nabi Muhammad SAW. Abu Bakar juga dikatakan amanah dan setia terhadap Nabi
Muhammad SAW. Abu Bakar As-Siddiq merupakan seorang yang sanggup berjihad dan
mengorbankan nyawa serta harta demi memperoleh keredaan Allah. Sepanjang
pemerintahan baginda selama dua tahun berjaya memperkukuhkan perpaduan umat
Islam dan seterusnya menjadi asas kepada perkembangan masyarakat Islam pada
zaman Khulafa al-Rasyidin.
2. Khalifah Umar al-Khattab (634-644 M)
Pengenalan
•
Khalifah
Umar bin Al-Khattab merupakan khalifah Islam yang kedua selepas Khalifah Abu
Bakar ra. Perlantikannya merupakan wasiat daripada Khalifah Abu Bakar. Di
lahirkan pada tahun 583 M daripada Bani Adi iaitu salah satu bani dalam kabilah
Quraisy yang dipandang mulia, megah, dan
berkedudukan tinggi.
•
Ketika
Khalifah Abu Bakar sedang sakit dan merasa ajalnya akan tiba, beliau memanggil
sahabat dan meninjau fikiran mereka untuk mencari tokoh Islam bagi
dilantik menggantikan pentadbiran khalifah. Abu Bakar mencadangkan nama Umar
untuk dicalonkan memegang jawatan itu. Cadangan tersebut mendapat persetujuan
dari kalangan sahabat dan orang-orang ramai. Umar dilantik memegang jawatan
sebagai khalifah kedua menggantikan Abu Bakar pada hari Selasa, 22 Jamadilakhir
tahun 13 Hijrah, bersamaan dengan 23 Ogos 634 Masihi.
•
Seorang
yang bersifat berani dan tidak gentar dalam menegakkan kebenaran agama Islam
juga seorang yang tegas dan adil. Ditakuti oleh orang ramai kerana
keberaniannya taat pada ajaran Allah SWT. Seorang yang berpandangan jauh,
berfikiran terbuka dan sedia untuk menerima pendapat orang lain
a) Sumbangan Khalifah Umar dalam aspek
politik
i. Membentuk
Majlis Syura
•
Majlis
perundangan negara tertinggi yang menentukan polisi
negara yang berkaitan dengan pemerintahan dan hubungan luar . Berperanan untuk
membincangkan masalah politik, sosial
dan keselamatan. Terbahagi kepada
Majlis Syura Tertinggi dan Majlis Syura Am.
•
Beliau
telah membentuk Majlis Syura yang merupakan lembaga atau majlis perunding yang
tertinggi. Ianya terbahagi kepada dua iaitu Majlis Syura Tertinggi dan majlis
Syura Am. Anggota Majlis Syura Tertinggi ialah terdiri daripada Uthman b.
Affan, Ali b. Abi Talib, Zaid b. Tsabit, Abdul Rahman b. Auf, Saad b. Abi Waqas
dan Muaz b. Jabal. Semua pekara yang melibatkan masalah politik, keselamatan
dan sosial negara akan dibincangkan bersama-sama dalam majlis tersebut. Majlis
Syura ini juga bertanggungjawab menentukan polisi negara dalam soal
pemerintahan dalaman dan hubungan luar.
•
Melalui
amalan sistem syura, Khalifah Umar dapat mengetahui apa-apa permasalahan yang
berlaku kepada dalam semua segi. Beliau juga membuka peluang dan kebebasan yang
seluas-luasnya kepada semua orang untuk mengemukakan fikiran dan pendapat
mereka demi kebaikan dan keadilan Islam, Sehingga beliau menggangap semua
manusia yang tidak mahu memberikan pendapat adalah manusia yang tidak
berfaedah.
ii. Pentadbiran wilayah
•
Membahagikan
wilayah Islam kepada beberapa bahagian yang diketuai oleh Gabenor
•
Pegawai
yang dilantik akan diperiksa harta dan keperibadian untuk mengelakkan salah
guna kuasa. Setiap
tahun setiap pegawai akan datang ke Makkah untuk mengemukakan laporan
•
Khalifah
Umar al-Khattab berjaya menyusun pentadbiran yang berkesan dan teratur. Beliau
pengasas sistem politik Islam, pelaksana undang-undang syariah dalam negara dan
berjaya membentuk sebuah negara Islam yang baru. Di bidang keselamatan dalam
negeri, beliau menubuhkan pasukan polis. Bagi mengukuhkan sistem pertahanan,
beliau membina penempatan tentera serta pelabuhan bagi pembinaan kapal laut.
Pahlawan yang berjaya menundukkan Parsi dan Rom ini turut mengasaskan
bandar-bandar baru bagi mengembangkan kebudayaan Islam.
iii. Pentadbiran tanah
•
Tanah
yang dikuasai tentera Islam dibahagikan kepada dua jenis iaitu tanah dhimmah
(bertuan) dan tanah sawafi (tidak bertuan)
•
Perluasan
kuasa Islam menuntut kepada Khalifah Umar untuk melakukan pembaharuan terhadap
sistem tanah. Di Mesir, Syria, dan Iraq misalnya, segala tanah-tanah awam
adalah menjadi milik kerajaan tempatan dan segala hasil dari tanah tersebut
akan digunakan untuk membiayai kemudahan-kemudahan awam negara itu juga.
Khalifah Umar menetapkan tanah-tanah yang dimiliki oleh penduduknya tidak akan
dirampas tetapi ianya akan dikenakan cukai.
•
Tentera
atau umat Islam dari negara lain tidak dibenarkan mengambil tanah dari negara
jajahan kecuali melalui pembelian. Ini berbeza dengan amalan-amalan sebelumnya
dimana tanah-tanah akan dibahagikan kepada tentera yang menyertai peperangan.
iv. Mengasaskan al-Diwan
•
Buku
catatan untuk mendaftar nama tentera, ahli keluarga serta jumlah sara hidup
masing-masing
•
Bayaran
sara hidup akan dibayar berdasarkan jasa seseorang terhadap Islam terutamanya
dalam proses perluasan wilayah
v. Perluasan wilayah
•
Penaklukan
merupakan antara polisi negara
•
Antara
wilayah yang dikuasai ialah Syam, Mesir dan Afrika Utara
•
Perkembangan
Islam yang semakin luas dengan pembukaan negara-negara Islam yang baru telah
memerlukan kepada pentadbir bagi menguruskan sesebuah negara. Dengan perluasan
kuasa ini, Khalifah Umar telah membahagikan kerajaan Islam yang semakin luas
kepada beberapa wilayah demi menjaga kelicinan pentadbiran Islam. Umar
meletakkan beberapa orang pegawai untuk menjalankan pentadbiran. Mereka yang
dilantik hendaklah datang ke Mekah pada tiap-tiap tahun selepas menunaikan haji
untuk membuat laporan. Khalifah Umar dikatakan berkebolehan dalam memilih
pegawai-pegawai yang cekap bagi melicinkan pentadbiran, sebagai contohnya
Muawiyah b. Abu Sufian, Amru b. al-Ash, Mughirah b. Syu’bah dan Zaid b. Sumyah.
Sebelum seorang Gabenor itu dilantik, mereka haruslah mengisytiharkan harta
mereka bagi mengelakkan dari menerima rasuah. Inilah syarat yang dikenakan oleh
Khalifah Umar Al-Khattab bagi menjamin keadilan dan kesucian Islam.
b. Sumbangan Khalifah Umar dalam aspek ekonomi
vi. Penubuhan Baitulmal
•
Badan
yang menguruskan harta kerajaan
•
Penyediaan
buku kira-kira untuk mengetahui pengaliran keluar masuk wang negara
•
Sumber-sumber
kewangan negara ialah zakat, ghanimah, jizyah, kharaj dan usyur
vii. Memajukan pertanian dan sistem pencukaian
•
Meningkatkan
hasil pertanian dengan membina terusan. Contohnya empangan Abu Musa dan Terusan
Amir al-Mukminin di Mesir
•
Mengubah
sistem pungutan cukai yang berdasarkan kesuburan tanah dan jenis tanaman.
•
Peraturan
yang tidak adil dan membebankan petani dimansuhkan
•
Banyak
pembaharuan yang dilakukan oleh Umar bagi mengagihkan pendapatan kepada rakyat
dan juga negara mengikut kehendak Islam. Kadar dan sistem cukai telah diubah.
Cukai yang dikenakan mengikut jenis tanaman yang ditanam. Syarat-syarat yang
menyusahkan rakyat dan tidak adil akan dihapuskan. Beliau juga sering
bertanyakan kepada golongan-golongan Dzimmi (orang bukan Islam) untuk
mengetahui samada cukai yang dikenakan membebankan mereka. Inilah langkah yang
dilakukan oleh Umar sebelum pekara ini diperbaharui. Kesemua ini menyebabkan
pungutan cukai menjadi cekap dan perbendaharan negara bertambah.
•
Beliau
juga turut memajukan sistem pertanian dengan membuka tanah-tanah baru dan juga
mengadakan projek pengairan, yang mana ianya telah dilaksanakan di Mesir dan
Iraq bagi menambahkan lagi hasil pertanian.
•
Khalifah
Umar telah mengadakan cukai tanah dan juga jizyah kepada golongan ini. Cukai
ini adalah berpatutan kerana rendah kadarnya dan tidak menyusahkan mereka.
Pernah suatu kali khalifah Umar memanggil 10 orang Dzimmi dari Kufah dan 10
orang Dzimmi dari Basyrah supaya mereka bersumpah, bahawa cukai yang dikenakan
keatas mereka tidak membebankan. Taraf dan hak awam di berikan sama rata
seperti apa yang dinikmati oleh orang Islam. Golongan Dzimmi yang masih
menentang Islam akan dibuang atau dihalau keluar negara. Harta mereka tidak
akan dirampas, malah harta mereka yang tidak dapat dipindahkan seperti ladang
akan dibayar ganti rugi oleh kerajaan Islam.
•
Khalifah
Umar telah mewujudkan terusan bagi memajukan sistem pertanian yang mana terusan
tersebut seperti Terusan Amirul Mukminin yang menghubungkan Sungai Nil dengan
Laut Merah sepanjang 69 batu dari bandar Fustat. Di Iraq pula beliau telah
membina Empangan Abu Musa yang menyambungkan Sungai Dujlah (Tigres) dengan
bandar Basrah. Tanah juga telah dikajiselidik bagi menempatkan tanaman-tanaman
yang bermutu. Rakyat juga digalakan untuk membuka tanah-tanah baru bagi
memperbanyakkan hasil pertanian. Tanah yang tidak dikerjakan akan ditarik balik
sekiranya tidak terdapat hasil pertanian di dalamnya. Begitu juga beliau juga
telah mengadakan sistem cukai bagi menambahkan pendapatan negara.
c. Sumbangan dalam aspek sosial
viii. Memperkembangkan pelajaran al-Quran
•
Menyedia
dan menghantar guru-guru al-Quran dengan ganjaran gaji yang lumayan
•
Al-Quran
diajar sebagai mata pelajaran di masjid-masjid
•
Golongan
yang menghafaz al-Quran akan diberi ganjaran
•
Pelbagai
langkah telah dilakukan oleh Khalifah Umar untuk mengembangkan pelajaran
al-Quran. Beliau menyediakan guru-guru bagi mengajar pelbagai ilmu berhubung
dengan keilmuan dan dihantar ke serata tempat bagi yang memerlukan serta diberi
gaji yang lumayan. Sekolah-sekolah ditubuhkan di masjid-masjid bagi diajar
pelajaran Islam di seluruh wilayah Islam. Umat Islam diwajibkan menghafal
surah-surah tertentu didalam al-Quran bagi menghuraikan prinsip-prinsip utama
ajaran Islam seperti surah al-Baqarah, an-Nisa, al-Maidah dan sebagainya.
Golongan ini akan diberikan pelbagai ganjaran sebagai satu usaha untuk
menggalakkan menghafal kandungan al-Quran.
ix. Meningkatkan taraf dan kedudukan golongan hamba
•
Secara
amnya kedudukan hamba adalah sama seperti tuannya
•
Golongan
hamba terdiri daripada mereka yang menentang Islam
•
Golongan
hamba pada masa itu diberikan hak kepentingan sosial dan taraf yang baik. Hamba
tidak lagi dihina dan ditindas, mereka boleh hidup bebas seperti orang-orang
biasa, kecualilah bagi orang-orang yang benar menentang Islam dalam peperangan.
Umar menetapkan bahawa hamba perempuan yang menjadi ibu tidak boleh dijual
sewenang-wenangnya seperti hamba-hamba lain. Begitu juga dengan hamba yang
berkeluarga tidak boleh dipisahkan dari keluarga mereka. Taraf golongan hamba
disamakan dengan tuannya dalam hal tertentu, pegawai yang tidak menghormati dan
menjaga hal kebajikan hamba akan dikenakan tindakan. Sebagai contoh, Umar
pernah melucutkan jawatan seorang pegawainya yang tidak menziarahi pekerjanya yang
sakit.
x. Mengasaskan takwim hijrah
Beliau menjadikan
tarikh hijrah Rasulullah ke Madinah pada 622M sebagai permulaan pengiraan kalendar bagi umat Islam
Kesimpulan
Melalui kajian ini, bolehlah disimpulkan bahawa Umar al-Khattab telah memberi banyak sumbangan dalam pentadbiran sama ada dari segi ekonomi, politik mahupun sosial. Dapat juga kita simpulkan bahawa Saidina Umar al-Khattab merupakan seorang pemimpin yang tegas dan berani dalam sejarah hidupnya. Pengislaman beliau telah membantu umat Islam menjadi lebih kuat dalam memperjuangkan Islam pada ketika itu. Beliau telah menjadi pencinta agung Rasulullah SAW sehingga secara terang-terangan melakukan hijrah dihadapan orang Quraisy tanpa perasaan takut. Ketegasannya dalam melaksanakan hukuman-hukuman mengikut syariat Islam tanpa mengira pangkat mahupun darjat menunjukkan beliau tegas dalam tugasannya sebagai khalifah pada zaman tersebut iaitu Zaman Khulafa’ ar-Rasyiddin. Oleh itu, sifatnya yang adil, tegas dan berani dapatlah kiranya kita contohi agar hidup kita sentiasa mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
Melalui kajian ini, bolehlah disimpulkan bahawa Umar al-Khattab telah memberi banyak sumbangan dalam pentadbiran sama ada dari segi ekonomi, politik mahupun sosial. Dapat juga kita simpulkan bahawa Saidina Umar al-Khattab merupakan seorang pemimpin yang tegas dan berani dalam sejarah hidupnya. Pengislaman beliau telah membantu umat Islam menjadi lebih kuat dalam memperjuangkan Islam pada ketika itu. Beliau telah menjadi pencinta agung Rasulullah SAW sehingga secara terang-terangan melakukan hijrah dihadapan orang Quraisy tanpa perasaan takut. Ketegasannya dalam melaksanakan hukuman-hukuman mengikut syariat Islam tanpa mengira pangkat mahupun darjat menunjukkan beliau tegas dalam tugasannya sebagai khalifah pada zaman tersebut iaitu Zaman Khulafa’ ar-Rasyiddin. Oleh itu, sifatnya yang adil, tegas dan berani dapatlah kiranya kita contohi agar hidup kita sentiasa mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
3. Khalifah Umar Abdul
Aziz (683-720 M)
Pengenalan
- Khalifah Umar bin
Abd Aziz dilantik menjadi khalifah ke-8 dalam pemerintahan Bani Umayyah.
Beliau dilahirkan di Madinah pada 683H dalam keluarga yang berada dan
hidup dalam kemewahan. Bapanya, Abd
Aziz bin Marwan dari keturunan Umayyah pernah dilantik sebagai Gabenor
Mesir manakala ibunya adalah daripada keturunan Umar bin al Khattab. Sejak kecil Umar bin Abdul Aziz merupakan
seorang yang berakhlak terpuji dan penghafaz al-Quran. Beliau juga mendalami ilmu
hadis, syair Arab dan sastera semasa di Madinah. Beliau juga terkenal
sebagai seorang yang warak , zuhud dan patuh kepada ajaran Islam dan
justeru itu beliau dianggap sebagai khalifah al-Rasyidin ke-5 oleh
para sejarawan Islam.
- Beliau dilantik
sebagai khalifah atas cadangan Raja’ bin Haiwah, seorang ulama yang juga
penasihat kepada Khalifah Sulaiman. Sebelum Khalifah Sulaiman meninggal dunia,
belaiu telah menyampaikan wasiat melalui Raja’ agar melantik Umar bin
Abdul Aziz sebagai penggantinya. Atas kebijaksanaan Raja’, wasiat itu
berjaya ditunaikan dalam satu mesyuarat yang melibatkan ahli-ahli keluarga
Bani Umayyah. Sehubungan itu, Khalifah Umar bin Abd Aziz secara rasmi
dilantik sebagai khalifah pada 717M.
- Ciri-ciri
kepemimpinan Khalifah Umar bin Abd
Aziz :-
a) Dasar pemerintahan adalah berlandaskan
al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW
b) Seorang yang zuhud dan tidak mengutamakan
kemewahan duniawi
c) Mementingkan kesejahteraan rakyat dan
penyebaran Islam secara berdakwah
d) Tidak memberi
keutamaan kepada ekspedisi ketenteraan
e) Sangat
mementingkan keadilan tanpa membezakan orang
Arab atau orang bukan Arab
Pembaharuan dan
Sumbangan Khalifah Umar bin Abd Aziz dalam Pemerintahan
Politik
i) Sebaik
sahaja Umar dilantik menjadi khalifah, beliau terus memecat gabenor-gabenor yang
tidak adil dan berlaku kejam terhadap rakyat. Beliau juga bersikap
lembut dalam politik dibandingkan dengan khalifah sebelumnya yang menggunakan
kekerasan terhadap lawan politik mereka.
ii) Beliau juga melaksanakan dasar penarikan
tentera dari medan peperangan serta memberhentikan kegiatan peperangan
dan penaklukan yang sebelumnya dilaksanakan oleh khalifah-khalifah terdahulu.
Tujuannya adalah untuk mewujudkan keamanan dan tidak menjadikan peperangan
sebagai asas dalam pembinaan negara.
Bagi Umar, perluasan wilayah tidak semestinya dengan kekuatan tentera, tetapi
juga dapat dilaksanakan dengan cara yang berhemah dan bijak. Beliau juga menyampaikan
dakwah dengan menulis surat kepada
raja-raja dan mengajak mereka memeluk Islam. Islam telah tersebar lebih luas
pada zamannya.
iii) Langkah berbaik-baik dengan pihak musuh
sama ada dari luar mahupun di dalam negara. Beliau menjalankan dasar berbaik-baik
secara berdialog dan berdebat dengan pihak musuh. Misalnya beliau pernah
berdebat dengan puak Khawarij pimpinan Syawdhab yang mana akhirnya mereka
menghentikan penentangan terhadap Umar apabila terpukau dengan hujah-hujah
khalifah.
iv) Menarik minat orang bukan Islam untuk
memeluk agama Islam melalui dasar persamaan taraf dan kedudukan di
dalam negara Islam. Selain itu, Umar juga meyampaikan dakwah Islam dengan
menghantar surat kepada raja-raja dan pemimpin kafir untuk memeluk Islam. Sikap
dan peribadi Umar juga telah menarik orang bukan Islam untuk memeluk Islam.
Pemerintahan Umar bin Abdul Aziz membawa banyak perubahan kepada Islam. Sikap
beliau yang sangat berhati-hati dan mengutamakan kebajikan rakyat telah
menaikkan taraf kehidupan rakyat di zamannya.
v) Bersikap adil kepada semua rakyat tanpa
mengira bangsa, agama dan keturunan. Dalam menyelesaikan perkara
perselisihan, Umar menekankan para hakim harus bertindak berdasarkan al Quran,
as-Sunnah, ijmak dan ijtihad. Seorang hakim harus memenuhi lima syarat;
memiliki pengetahuan tentang apa yang terjadi pada masa lalu; menjauhi sifat
tamak; bersifat penyantun; bekerjasama dengan para cendekiawan dan bebas
daripada pengaruh penguasa.
vi) Selain itu sumbangan Khalifah Umar yang
lain ialah menghapuskan kebiasaan mencela nama Ali bin Abi Talib dan
keturunannya dalam khutbah setiap solat jumaat. Beliau menggantikan dengan
pembacaan firman Allah yang bermaksud: ” sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku
adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat dan Allah melarang
daripada perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran
kepadamu agar dapat kamu mengambil pengajaran. ” (Surah An Nahl: 90)
Ekonomi
vii) Memansuhkan cukai jizyah ke atas
orang bukan Islam yang menganut ajaran Islam. Walaupun dikecualikan daripada
jizyah namun mereka tetap dikenakan cukai-cukai lain termasuk kharaj, usyur dan
zakat.
viii) Mengenakan cukai yang berpatutan kepada
pembayar-pembayar cukai, terutama kepada golongan zimmi. Beliau juga
melaksanakan peraturan mengenai timbangan dan sukatan, memperbaiki tanah pertanian, pengairan , pembangunan
jalanraya serta menyediakan tempat penginapan bagi musafir
Sosial
ix) Beliau mengamalkan cara hidup yang sederhana
seperti semua barang kemas dan berharga
yang dimiliki oleh beliau telah diserahkan kepada baitulmal. Beliau juga memerdekakan hamba milik keluarga
diraja. Kemewahan di istana telah ditinggalkan sebaliknya beliau menjalani
kehidupan dengan begitu sederhana dan zuhud. Selain itu. Khalifah Umar juga
mengeluarkan arahan-arahan yang lebih menekankan pembaharuan moral dan agama
daripada hal ehwal pentadbiran semata-mata. Beliau banyak membandingkan sosial
dan moral rakyat di zamannya dengan zaman nabi Muhammad SAW serta menghuraikan
sistem pentadbiran dan kewangan yang diperlukan untuk menghidupkan semula dalam
masyarakat.
x) Menggalakkan
asimilasi perkahwinan antara orang Arab
dengan orang bukan Arab (mawali)
bagi mengembangkan tali persaudaraan dalam kalangan umat Islam. Beliau
cuba mewujudkan sebuah masyarakat baru dalam negara berlandaskan akidah Islam
dan tidak berdasarkan bangsa dan keturunan. Keadaan ini juga dapat mewujudkan
persamaan hak dan tanggungjawab bagi setiap orang Islam sama ada berketurunan
Arab atau sebaliknya terhadap kepentingan agama dan negara
k) Bersikap adil kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan
keturunan. Dalam menyelesaikan perkara perselisihan, Umar menekankan
para hakim harus bertindak berdasarkan al Quran, as-Sunnah, ijmak dan ijtihad.
Seorang hakim harus memenuhi lima syarat; memiliki pengetahuan tentang apa yang
terjadi pada masa lalu; menjauhi sifat tamak; bersifat penyantun; bekerjasama
dengan para cendekiawan dan bebas daripada pengaruh penguasa.
l) Menghantar guru-guru agama ke seluruh negara khususnya untuk mengajar
al-Quran. Beliau menekankan agar masyarakat ketika itu lebih memahami
agama Islam melalui tafsiran kandungan al-Quran yang tepat terutama kaum Barbar
di Afrika Utara yang baru memeluk Islam
m) Dasar kebebasan beragama dan beribadat mengikut kepercayaan
masing-masing. Namun mereka tidak dibenarkan mendirikan rumah-rumah ibadat yang
baru. Mereka dikehendaki menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara.
Umar memberikan kebebasan kepada rakyat dari semua golongan untuk meyatakan pendirian,
asal tidak mengganggu ketenteraman awam.
n) Mengambil langkah mengumpulkan hadis-hadis Rasulullah yang
telah diriwayatkan oleh sahabat-sahabat baginda. Umar mengarahkan
gabenor-gabenor wilayah dan ulama-ulama terkenal untuk mengumpulkan hadis-hadis
di mana sahaja dapat ditemui. Beliau khuatir hadis-hadis akan lenyap dan muncul
hadis palsu. Pada waktu itu, hadis-hadis masih tersimpan dalam hafalan para
sahabat dan perawi-perawi.
o) Perubahan penting yang dicapai Umar bin Abdul Aziz ialah kecenderungan
dan sikap rakyatnya. Contohnya, ketika zaman khalifah Walid, mereka
berbual-bual mengenai banggunan dan seni bina, kerana itulah kecenderungan
Walid. Khalifah Sulaiman pula minat kepada wanita dan majlis makan yang besar
dan ia telah menjadi keasyikan pada rakyat di zamannya. Tetapi dalam
pemerintahan Umar, rakyatnya sering berbual tentang solat, munajat dan ibadat.
Ini menunjukkan berkesannya cara pemerintahan Umar terhadap rakyatnya.
Kesimpulan
Kesimpulan
Usaha Umar bin Abd Aziz bagi
menegakkan sebuah masyarakat dan negara Islam sebagaimana yang digariskan oleh
al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW telah berakhir dengan kewafatannya pada
720M. Selepas melaksanakan amanah Allah selama dua tahun setengah, beliau telah
berjaya mengubah sikap dan pendirian masyarakat Islam dan bukan Islam terhadap
kewujudan daulah Islamiah sebagaimana yang pernah dilaksanakan oleh
pemerintahan Rasulullah dan Khulafa’ al-Rasyidin. Masyarakat Islam pada era
pemerintahan Khalifah Umar mendapat kemakmuran sehingga tiada seorang pun yang
bertaraf miskin dan layak menerima zakat.
(d) Khalifah Harun al-Rasyid (786-803M)
Pengenalan
- Harun
Al-Rasyid lahir di Rayy pada tahun 766 dan wafat pada tanggal 809 M, di
Thus, Khurasan. Harun Al-Rasyid adalah kalifah kelima daripada kekhalifahan Abbasiyah dan memerintah antara tahun
786 hingga 809 M selama 23 tahun. Ayahnya bernama Muhammad Al-Mahdi,
khalifah yang ketiga dan kakaknya, Musa Al-Hadi adalah kalifah yang
ketiga.Ibunya Jurasyiyah dijuluki Khayzuran berasal dari Yaman. Meskipun
berasal dari Bani Abbasiyah, Harun Al-Rasyid lebih dikenali dengan keluarga Barmaki dari Persia
(Iran).
- Pada
masa mudanya, Harun banyak belajar dari Yahya ibn Khalid Al-Barmak. Era
pemerintahan Harun, dikenal sebagai
masa keemasan Islam (The Golden Age of Islam), di
mana saat itu Baghdad menjadi salah satu pusat ilmu pengetahuan dunia.
Pada masa pemerintahannya
beliau berjaya mewujudkan
keamanan, kedamaian serta kesejahteraan rakyat.
Sumbangan Khalifah Harun al-Rasyid
- Dalam
menjalankan pemerintahan, Khalifah Harun ar-Rasyid sendiri begitu cekap
dalam menguruskan pentadbiran negara. Beliau juga mempunyai
pengalaman yang cukup luas dalam mentadbir Kota Baghdad selama 23 tahun.
Beliau telah dapat membanteras segala kekacauan dan pemberontakan di dalam
negaranya dengan pelbagai rintangan dan dugaan. Akhirnya, beliau telah
berjaya dalam peperaangan tersebut kerana usaha yang dilakukan berhasil
antara usaha beliau ialah dengan menyusun semula pasukan tenteranya agar
menjadi sebuah pasukan tentera yang berdisiplin dan teratur. Beliau begitu
mengambil berat terhadap kredibiliti tentera-tenteranya dan juga memberi
perlindungan serta keselamatan untuk kesejahteraan rakyatnya.
- Kemajuan intelektual yang
dicapai oleh Khalifah Harun al-Rasyid juga adalah salah satu sumbangan
yang besar diberikan oleh baginda. Terdapat buku-buku yang berupa
terjemahan ilmu dari luar ataupun disusun oleh intelektual Islam tergolong
dalam kemajuan intelektual. Beliau dianggap sebagai penaung bagi semua kegiatan
ilmu pengetahuan kerana beliau sering kali menganjurkan majlis forum,
syarahan dan perbahasan, yang mana akan dihadiri oleh orang ramai dan
golongan intelektual di masjid. Pada majlis seperti inilah, beliau dapat
mengenali lebih ramai ilmuan yang datang untuk menuntut ilmu daripadanya.
Sebagai seorang khalifah, beliau seharusnya mampu melaksanakan kewajipan
dalam menyebarkan ilmu pengetahuan kepada semua masyarakat dalam
negaranya.
- Pertumbuhan ekonomi yang pesat juga telah
banyak dibuat oleh Khalifah Harun al-Rasyid. Malah, beliau sendiri telah
menjadi simbol kemegahan Islam di Timur dan Barat. Terdapat banyak kota
seperti Baghdad, Basrah, Masyul, Damsyik dan Aleppo muncul sebagai kota
yang terkenal. Banyak perubahan yang dilakukan oleh beliau dalam membangunkan
ekonomi dengan melakukan aktiviti perdagangan, perniagaan dan membawa
pedagang-pedagang asing untuk berniaga di Kota Baghdad. Disebabkan usaha
inilah, ramai pedagang-pedagang asing yang datang membawa barangan mereka
untuk diniagakan di Kota Baghdad. Bahkan, bukan sahaja pedagang-pedagang
asing yang datang berniaga, penduduk di Kota Bahgdad sendiri melakukan
aktiviti perniagaan sesama mereka.
- Beliau
juga mengadakan hubungan yang baik dengan kuasa-kuasa asing,
antaranya kerajaan Byzantium, Peranchis dan keluarga al-Barmaki.
Perhubungan ini bertujuan untuk pendamaian antara kedua-dua belah pihak
melalui pembayaran ufti antara Kota Bahgdad dengan kerajaan Byzantium.
Hubungan yang baik dengan Kristian- Peranchis adalah kerana mereka
sama-sama mempunyai musuh yang sama iaitu kerajaan Bani Umayyah. Kedua-dua
buah kerajaan ini sentiasa bertukar duta dan kemudiannya diikuti oleh
pemimpin mereka iaitu Khalifah Harun al-Rasyid sendiri dan Charlemange.
Malah, kerajaan Perancis begitu menghormati dan meniru dasar pentadbiran
kerajaan Abbasiyah bertujuan untuk kebaikan negara mereka sendiri.
Manakala keluarga al- Barmaki pula sangat terpengaruh dalam pentadbiran
mereka. Mereka memegang banyak jawatan yang penting seperti wazir
hinggalah kepada gabenor daerah. Disebabkan itu, hubungan antara kerajaan
Abbasiyah tidak begitu baik dengan keluarga al-Barmaki.
- Satu
lagi sumbangan Khalifah al-Rasyid yang sangat besar kepada kerajaan
Abbasiyah ialah dengan penubuhan Baitul Hikmah. Sikap prihatin beliau
dalam bidang ilmu pengetahuan mendorong beliau untuk menubuhkan institusi
itu sebagai satu tempat penyebaran ilmu pengetahuan. Semua kegiatan
keilmuan ini merupakan satu usaha yang cemerlang dilakukan oleh beliau
ketika mentadbir kerajaan Abbasiyah. Baitul Hikmah ini juga menggabungkan
pelbagai fungsi antaranya ialah sebagai tempat penyimpanan buku-buku,
pengumpulan buku, perpustakaan, pusat akademik dan balai penterjemahan. Ia
juga merupakan lambang pendidikan yang terpenting dan telah dapat
menandingi kemasyhuran Perpustakaan Iskandariah. Kerana tanggungjawab
beliau sebagai seorang khalifah, beliau begitu gigih dalam
memperkembangkan ilmu pengetahuan.
Kesimpulan
Sebagai
kesimpulannya,
Khalifah Harun al-Rasyid merupakan seoranhg khalifah yang begitu gigih berusaha
untuk keamanan dan kemakmuran Kota Baghdad. Beliau telah berjaya mencipta
kejayaan demi kejayaan dan yang paling disebut-sebut ialah sebagai Zaman Keemasan Islam. Jasa dan sumbangan
beliau yang tidak terbilang ini, terutama dalam bidang ilmu pengetahuan serta perubahan-perubahan
yang telah dilakukan menggambarkan bahawa beliau seorang khalifah yang amat
prihatin dengan keamanan negara yang
tiada tolok bandingnya. Beliau juga disifatkan sebagai seorang pemerintah yang
paling berwibawa dalam pelbagai aspek terutamanya dalam aspek pentadbiran.
Peranan beliau yang paling besar ialah sebagai penaung kepada semua kegiatan
ilmu pengetahuan. Baitul Hikmah merupakan hasil usahanya yang paling bermakna
kerana ianya merupakan kombinasi perpustakaan, pusat akademik dan balai
penterjemahan.
Soalan-Soalan
STPM
1.
Analisiskan pembaharuan dari aspek politik yang
dilaksanakan oleh Umar Abdul Aziz setelah dilantik sebagai khalifah kerajaan
Bani Umayyah. (STPM 2014)
2.
Bincangkan pelaksanaan syura dalam pemilihan Khalifah al-Rasyidin (STPM 2014 U)
3.
Bincangkan pembaharuan politik dan ekonomi yang
dilaksanakan oleh Khalifah Umar al-Khattab r.a semasa pemerintahannya. (STPM 2015)
4.
Bincangkan sumbangan Khalifah Abu Bakar dalam membenteras
golongan ar-Riddah. (STPM 2015 U)
No comments:
Post a Comment