Tajuk : 1.8 Perhubungan
Luar
1.8.1 Diplomatik
1.8.2 Naungan
1.8.3 Perjanjian
Hasil
Pembelajaran : a) Bentuk
hubungan diplomatik pada zaman Nabi Muhammad
dan
Khalifah al-Rasyidin
b) Bentuk
hubungan naungan melalui pembayaran jizyah pada zaman Khalifah al-Rasyidin dan Khalifah Umayyah
c) Bentuk hubungan luar secara
perjanjian pada zaman Khalifah Abbasiyah
dan Khalifah Uthmaniyah
1. Hubungan diplomatik
pada zaman Nabi Muhammad SAW
Sejurus menubuhkan negara Islam Madinah, Nabi Muhammad SAW berusaha menjalinkan hubungan
dengan negara-negara lain melalui penghantaran utusan diplomatik dan dakwah,
baik dalam atau luar Semenanjung Tanah Arab.
i. Hubungan diplomatik terawal
yang dijalinkan oleh Nabi Muhammad SAW sebenarnya telah berlaku sejak baginda
di Makkah lagi. Umpamanya, baginda pernah mengarahkan agar orang-orang islam
berhijrah ke Habsyah kerana baginda mendapati Raja Najasyi merupakan pemerinta
yang adil. Baginda merealisasikan hasrat tersebut dengan menghantar Ja’afar bin
Abi Talib mengetuai utusan dan ternyata orang-orang Islam telah dilindungi
daripada Quraisy Makkah pada masa tersebut.
ii. Kesan daripada peristiwa
hijrah, baginda kini menjadi pemimpin tertinggi negara islam. Sehubungan dengan
itu, baginda telah menghantar utusan-utusan sama ada dalam dan luar Semenanjung
Tanah Arab yang secara tidak langsung dapat memperkenalkan dan menyearkan agama
islam di negara-negara berkenaan. Selain itu, baginda juga telah mengirim
utusan-utusan ke negara seperti Bahrain, Oman, Yaman, Mesir, Ghassan, Byzantine
dan Parsi bagi menjayakan misi dakwah dan politik.
iii. Nabi Muhammad SAW telah
mengutus surat kepada raja-raja dan ketua-ketua negara asing untuk menyeru
mereka memeluk islam. Surat-surat ini dibawa oleh wakil-wakil baginda ke
negar-negara yang bersikap pro islam ataupun anti islam. Antara utusan yang
dihantar ialah Amru bin Umayyah al-Damri ke Habsyah, Dihyah bin Khalifah
al-Kalbi ke Byzantine, Abdullah bin Hudhafah al-Sahmi menemui Kisra (Maharaja
Parsi) dan Hatib bin Abi Balta’ah menemui pemimpin Mesir, iaitu al-Muqawqis.
Menurut sejarah, para utusan yang dihantar telah diberi layanan yang baik oleh
ketua-ketua negara dan raja-raja berkenaan. Ini membuktikan utusan yang
dihantar menggunakan cara-cara diplomasi yang sangat halus dan berkesan. Tujuan
Nabi Muhammad SAW menghantar utusan ke luar juga adalah untuk menunjukkan
bahawa orang Islam pada ketika itu sudah
mempunyai kedudukan yang kukuh dan dihormati.
iv. Kemuncak kepada wujudnya
hubungan diplomatik ialah pada tahun 9 H , iaitu selepas kejayaan Nabi Muhammad
SAW membuka kota Makkah. Tahun ini dikenali sebagai Tahun Perutusan (Am
al-Wufud) kerana ramai dalam kalangan suku Arab yang datang atau menghantar
utusan kepada baginda untuk memeluk islam atau menyatakan taat setia mereka
kepada kerajaan islam pimpinan baginda.
Kesimpulannya baginda telah mengadakan hubungan luar dengan negara lain
bukan sahaja untuk menyebarkan agama Islam malah yang penting negara yang
berdaulat diiktiraf oleh negara-negara lain. Hubungan boleh diwujudkan dengan
menggunakan kaedah diplomatik.
2. Hubungan diplomatik
pada zaman Khalifah al-Rasyidin
i. Dasar-dasar Nabi Muhammad SAW ini diteruskan oleh para sahabat pada zaman Kulafah
al-Rasyidin dan responnya
melalui hubungan diplomatik ada yang menganut agama islam,
sanggup membayarjizyah dan
ada juga yang mengamalkan sikap anti islam sebagaimana Byzentine dan Parsi hingga
memaksa negara islam menggunakan senjata untuk memmpertahankan kedaulatannya
ii. Khalifah Abu Bakar al-Siddiq berjaya mempertahankan kerajaan islam di
Madinah daripada ancaman kuasa-kuasa tersebut, iaitu kerajaan Parsi disebelah timur dan kerajaan Rom Timur atau
Byzantine di sebelah barat yang kerap kali mengancam kerajaan islam di Madinah.
Ketika kewafatan rasulullah beliau menghantar Usamah bin Zaid ke Syam untuk
melindungi umat islam daripada ancaman Rom.
iii. Perlantikan Khalid bin al-Walid untuk
mengetuai 40 ribu tentera oleh Kalifah Abu Bakar al-Siddiq. Beliau berjaya memimpin angkatan tersebut dalam
peperang an Ajnadi pada tahun 13 Hijrah (634 Masihi)menewaskan tentera Byzantine dan menguasai
kawasan timur dan Utara Palestin.kerajaan islam Madinah terus menyebarkan sayap perhubungan dengan
negara-negara luar sama ada secara diplomatik atau penguasaan
keatas negara-negara yang enggan menjalinkan kerjasama.
iv. Khalifah Umar bin Al-Khattab menjalinkan hubungan perdamaian dengan
kerajaan Baitulmuqaddis ekoran kebimbangan penduduk Baitulmuqaddis
terhadap gereja agung mereka akan
dimusnahkan oleh orang islam. Petempuran tentera islam dalam Perang Yarmuk menyaksikantentera islam yang berjumlah 40 000 orang berjaya menumpaskan tentera Byzantine yang
berjumlah 120 000. Kejayaan ini mengakhiri pemerintahan Byzantine di
selatan Asia Kecil.
v. Semasa pemerintahan Khalifah
Umar, empayar islam berkembang
dengan pesat. Bliau menawan
Mesopotamia dan sebahagian
kawasan Parsi daripada Empayar Parsi sekaligus berjaya menamatkan hayat Empayar Parsi.
Beliau juga menawan Mesir,
Palestin, Syam, Afrika Utara, dan Armenia daripada Byzantine (Rom
Timur).
3. Hubungan luar - Naungan melalui
bayaran jizyah semasa zaman Khulafa’ al-Rasyidin dan Khalifah Bani Umaiyah.
Jizyah ialah ufti yang dibayar oleh Negara bukan Islam
kepada Negara Islam. Boleh dianggap sebagai cukai politik dan dikenakan ke atas
golongan pembayar jizyah yang digelar sebagai Zimmi. Perlu dibayar secara
tahunan mengikut kadar yang berpatutan sesuai dengan kedudukan dan kemampuan
individu tersebut. Orang bukan Islam
atau Zimmi yang dikenakan jizyah ialah individu yang sihat, waras, tidak cacat,
sudah mencapai akil baligh, orang lelaki yang merdeka dan orang yang tidak
menderita penyakit berpanjangan. Orang miskin dan orang tua dikecualikan. Pembayaran jizyah membolehkan mereka diberi hak yang sama
seperti orang Islam dan dapat berlindung di bawah pemerintahan kerajaan Islam.
Jizyah yang dikenakan terbahagi kepada dua kategori iaitu, secara baik-jizyah
dibayar atas kerelaan serta persetujuan antara orang bukan Islam dengan
pemerintah Islam dan secara paksaan-pemerintah Islam akan menentukan kadar
jizyah yang perlu diberi apabila berlakunya hubungan antara mereka dengan
pemerintah Islam
a. Zaman
Khulafa’al-Rasyidin
·
Pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin, jizyah menjadi lebih
signifikan kerana dasar peluasan kuasa yang dilaksanakan oleh khalifah. Melalui
pembayaran jizyah, hubungan diplomatik dan naungan antara Madinah dan kerajaan
lain dapat dibentuk. Sebagai contoh, Khalifah Abu Bakar al-Siddiq telah
memberi pilihan kepada kerajaan Iraq dan Syria sama ada ingin diserang,
membayar jizyah atau memeluk Islam. Iraq dan Syria bersetuju membayar 19 ribu
dirham setahun sebagai jizyah.
·
Melalui jizyah juga, telah banyak kerajaan yang menjadi
wilayah naunan kerajaan Madinah. Contohnya,pada zaman Khalifah Abu Bakar
al-Siddiq, kerajaan al-Anbar dan ‘Ain al-Tamartelah menjadi naunan kerajaan
Madinah setelah panglima Khalid al-Walid berjaya menawan kedua-dua kerajaan
tersebut.
·
Kerajaan-kerajaan tersebut telah melakukan pembayaran
jizyah kepada Madinah dan menjadikan mereka berada di bawah naungan kerajaan
Islam Madinah. Melalui pembayaran jizyah dan naungan pengaruh serta
kedudukan kerajaan Madinah semakin kukuh sekali gus membantu Islam untuk
tersebar dengan meluas.
·
Bertanggungjawab dalam urusan urusan pembayaran jizyah
oleh wilayah-wilayah taklukan Islam. Sebagai contoh, gabenor-gabenor bagi
wilayah taklukan Islam seperti Baitulmuqqadis, Babylon dan Byzantine
bertanggungjawab untuk menguruskan hal ehwal pembayaran jizyah oleh wilayah
tersebut. Lebih banyak kerajaan yang menjadi wilayah naungan kerajaan Islam
Madinah pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Khattab berikuan dasar perluasan
yang dilaksanakan oleh khalifah. Kebanyakan kerajaan-kerajaan wilayah ini
membayar jizyah kepada pemerintah Islam dengan tujuan untuk mendapatkan
perlindungan. Antara wilayah tersebut ialah Tripoli, Nabawan, dan Qairawan.
·
Semasa Khalifah Uthman bin Affan, wilayah-wilayah
tersebut masih kekal sebagai negeri naungan kerajaan Islam Madinah dan hasil
pungutan jizyah menambahkan lagi hasil pendapatan negara. Namun, akibat
daripada perpecahan dan perang saudara yang tercetus semasa pemerintahan
Khalifah Ali bin Abi Talib, banyak negeri yang asalnya wilayah naungan Islam
tidak membayar jizyah dan membebaskan diri daripada menjadi wilayah naungan
kerajaan Islam Madinah.
b. Zaman
Khalifah Bani Umaiyah
·
Para khalifah Bani Umaiyah masih lagi mengamalkan sistem
jizyah tetapi konsep dan sistem pelaksanaannya berbeza antara khalifah-khalifah
Bani Umaiyah mengikut falsafah masing-masing. Namun, melalui pembayaran jizyah,
negeri-negeri tersebut menjadi negeri naungan kerajaan Islamyang berpusat di
Damsyik.
·
Pada zaman Khalifah Abdul Malik bin Marwan, jizyah
dikenakan ke atas golongan Mawali, iaitu orang bukan Islam berketurunan Arab,
namun jizyah ini ditentang oleh puak Syiah kerana dianggap sebagai penindasan.
·
Pungutan jizyah juga pada masa itu bertujuan untuk
membiayai perbelanjaan kerajaan naungan Islam, iaitu Byzantine yang telah
berjanji untuk melindungi keselamatan kerajaan Bani Umaiyah di samping untuk
menambah pendapatan negara.
·
Bayaran oleh kerajaan naungan digunakan untuk meluaskan
syiar Islam dan menambah pendapatan Negara. Khalifah al-Walid bin Abdul
Malik melakukan penaklukan dan menjadikan wilayah yang ditakluk sebagai naungan
kerajaan Islam Bani Umaiyah dan dalam masa yang sama mengembangkan syiar Islam.
·
Pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz, jumlah
pembayaran jizyah oleh wilayah-wilayah naungan Islam berkurangan. Hal ini
diakibatkan oleh dasar dan konsep yang diamalkan oleh Umar bin Abdul Aziz dalam
hal pungutan jizyah.
·
Khalifah Umar bin Abdul Aziz menggunakan sistem yang
diperkenalkan oleh Khlifah Umar al-Khattab dan tidak menjalankan peluasan kuasa
sekali gus menyebabkantiada kerajaan-kerajaan baharu yang menjadi naungan
pemerintahan beliau.
·
Khalifah Umar bin Abdul Aziz turut menggalakkan perkahwinan
campur antara golongan bukan Arab dengan golongan Arab.
·
Apabila Khalifah Yazid bin Abdul Malik memerintah, beliau
mengamalkan semula sistem jizyah para khalifah terdahulu dan menaikkan kadar
bayaran jizyah sebanyak 20% yang menyebabkan tercetusnya pemberontakan oleh
golongan petani.
Kesimpulannya,
cukai jizyah yang dibayar oleh golongan Zimmi digunakan untuk
pembangunan dan menjamin keselamatan serta kesejahteraan mereka. Layanan dan hak yang sama diberikan kepada orang bukan
Islam dan orang Islam. Syiar Islam dapat dikukuhkan, banyak kerajaan yang
menjadi wilayah naungan Islam
4. Hubungan luar kerajaan Abbasiyah dengan kerajaan-kerajaan
lain.
i. Hubungan Kerajaan
Umaiyah di Andalusia
Hubungan kerajaan Abbasiyah dengan kerajaan Umawiyah sentiasa tegang
disebabkan permusuhan. Hal ini menyebabkan Abdul Rahman bin Mu’awiah cuba
melarikan diri daripada kerajaan Abbasiyah. Beliau Berjaya menubuhkan kerajaan
Umawiyah di Andalusia dan menjadikan Qurtubah dan Cordova sebagai ibu negeri.
Kerajaan abbasiyah berjaya mengepung sebahagian kawasan Andalusia dan berjaya
menewaskan kerajaan Umawiyah. Khalifah Abu
Ja’afar Al-Mansur membuat revolusi untuk menjatuhkan Al-Ala Bin Mughias
Al-Jazami di kota Bajah pada tahun 763 M. Abdul Rahman berusaha untuk memisahkan
syam daripada jajahan Abbasiyah. Oleh itu, Abdul Rahman telah menulis kepada
pengikutnya di syam untuk melantik anaknya Sulaiman sebagai pemerintah
Andalusia selepas kematiannya.
ii. Hubungan Kerajaan
Karolonji
Kerajaan yang kuat terletak di laut anriatik iaitu di selatan Perancis pada
zaman sekarang. Pemimpin kerajaan ini ialah Raja Perancis yang bernama Raja
Charlemagne dan telah menjalin hubungan diplomatik dengan kerajaan Abbasiyah.
Kedua-dua kerajaan ini bertukar-tukar duta masing-masing khususnya pada zaman
khlaifah Harun Al-Rashid. Pemerintahan kerajaan Raja Charlemagne. Beliau
menjalin hubungan baik dengan negara islam seperti sering bertukar-tukar
hadiah.
Kerjasama antara Sharlaman dengan khalifah Harun
Al-Rashid dibuat dengan 2 tujuan. Iaitu memudahkan jalan untuk
memerangi kerajaan Umawiyah bagi berdiri di Andalusia sesuatupun disebabkan
kerajaan Umawiyah memiliki kekuatan yang cukup besar dan secara politik,
Sharlaman memperoleh beberapa faedah dari Baghdad terutmanya dalam keilmuan.
Hal ini kerana Eropah dan orang kristian pada ketika itu dalam zaman kegelapan
ilmu.
iii. Hubungan Kerajaan
Byzantine
Merupakan musuh tradisi karajaan islam sejak zaman berzaman. Permusuhan
terhadap islam bertambah hebat sejak islam tersebar di Negara-negara dibawa
jajahan Byzentine seperti Syam, Mesir dan Maghribi. Sejak era pertama kerajaan
Abbasiyah lagi, telah berlaku pertempuran antara kerajaan Abbasiyah dengan
kerajaan Byzentine di sempadan utara Syam. Kerajaan Byzentine juga berusaha
untuk menggagalkan pembentukan kerajaan Abbasiyah pada awal penubuhannya dengan
mengutuskan bala tentera berkuda untuk memerangi Islam. Keadaan yang berlaku memaksa khalifah Abu al-Abbas
mengutuskan gabenornya di syam bagi mematahkan serangan tersebut.
Namun,hasratnya menemui kegagalan kerana beliau meninggalkan dunia terlebih
awal. Apa bila al-Mansur dilantik menjadi khalifah, beliau telah berusaha untuk
menguasai kembali kawasan yang dirampas oleh kerajaan Byzentine. Usaha ini
telah menyebabkan beribu-ribu nyawa terkorban.
Beliau juga telah membina kekuatan di beberapa kawasan utama. Kawasan ini
telah dibahagikan kepada 2 kawasan, iaitu: Kubu al-Jazariah, iaitu kawasan yang
dikhaskan untuk mempertahankan kepulauan Furat dan utara Iraq. Antara kawasan
yang terpentingdi dalam kawasan ini ialah Maltiah,Masisah dan Kubu syam yang
terletak di barat kubu al-Jazariah. Kubu ini berfungsi untuk
mempertahankan Syam.
Kesimpulannya, pemerintah Abbasiyah sibuk dengan kekacauan dalam negari dan
ketidakstabilan politik menyebabkan Byzentine mengambil peluang dan menduduki
kembali wilayah-wilayah meraka yang pernah diduduki oleh kekeuasaan Abbasiyah
mulai dari masa pemerintahan khalifah al-Mansur hingga Khalifah
al-Mutawakkil.
5. Hubungan luar –
Perjanjian yang melibatkan kerajaan
Uthmaniyyah antara abad ke-17 - 19.
Kerajaan Uthmaniyah memerintah dari tahun 1281 hingga 1924 M. Pada
tahun1453 M, pemerintahannya berpusat di Istanbul. Kerajaan ini
ditubuhkan selepas tentera Mongol berjaya menakluk kerajaan Abbasiyah di
Baghdad. Kerajaan Uthmaniyah diasaskan oleh Uthman bin Ertughrul. Selepas pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih, kerajaan
ke-17 M hingga abad ke-19 M. Kerajaan Uthmaniyah mula menghadapi beberapa
tekanan kuasa-kuasa Barat termasuk menandatangani beberapa perjanjian bagi
manamatkan konflik yang timbul.
i. Perjanjian
Radsin
Telah ditandatangani oleh Sultan Muhammad IV pada tahun 1681 M dengan Rusia
setelah kalah dengan teruk dalam peperangan. Melalui perjanjian ini, kerajaan
Uthmaniyah terpaksa menyerahkan Ukraine kepada Rusia dan membuka perniagaan
Cossack di Laut Hitam. Ini bermakna orang
Turki telah kehilangan kuasa mereka di Laut Hitam setelah berjaya menguasai
laluan tersebut untuk beberapa abad.
ii. Perjanjian
Karlowitz
Sewaktu pemerintahan Sultan Ahmad III (1703 M), baginda terpaksa
menghadapi masalah dari luar dan juga dalam negeri. Di luar Negara,
baginda terdedah kepada serangan tentera kristian di bawah pimpinan Tsar Peter
yang sebelum ini berperang dengan Kerajaan Uthmaniyah pada zaman Sultan Mustafa
II.
Peperangan ini berakhir dengan termeterainya Perjanjian
Karlowitz. Kesan daripada perjanjian tersebut, sebahagian besar daripada
wilayah Kerajaan Uthmaniyah di Hungary dan kawasan Laut Hitam, temasuk Azou diserahkan semula
kepada Habsburg dan Poland.
iii. Perjanjian
Passarowit
Turki telah kehilangan Timsuar, Belgrade, sebahagian besar Serbia dan
Romania. Manakala, Venice pula menduduki kawasan pantai Dalmatia. Pada abad
ke-18 M merupakan tempoh yang paling buruk yang pernah berlaku dalam sejarah Kerajaan Uthmaniyah. Serangan demi serangan yang dilancarkan oleh Venice dan
Austria akhirnya telah berjaya mengalahkan tentera kerajaan Uthmaniyah pada
tahun 1716 M.
iv. Perjanjian
Jassy
Termeterai antara Kerajaan Uthmaniyah dengan Rusia sewaktu pemerintahan
Sultan Salim III. Ini kerana keadaan Kerajaan Uthmaniyah semakin parah apabila
wujud jalinan kerjasama antara Rusia dan Austria yang berusaha mewujudkan
semula Kerajaan Greek-Byzantine. Ini terbukti
apabila perikatan ini berjaya merampas Moldovia dan Wallachia daripada kerajaan
Uthmaniyah.Kemudian termeterailah perjanjian tersebut yang menyerahkan kembali
Wilayah seperti Moldovia dan Wallachia diserahkan semula kepada Kerajaan
Uthmaniyah manakala Sungai Dnister diisytiharkan sebagai kawasan sempadan.
v. Perjanjian
San Stefeno
Pada tahun 1876 M, kerajaan Uthmaniyah diperintah oleh Sultan’Abd al-Hamid
II. Setahun selepas itu, Rusia telah mengistiharkan perang ke atas kerajaan
Uthmaniyah. Konflik ini diselesaikan melalui pada tahun 1878 M. Namun,
perjanjian ini hanya menguntungkan Rusia sedangkan kerajaan Uthmaniyah semakin
mengecil ekoran pembebasan wilayah kekuasaanya yang kini berpindah milik kepada
Rusia.
Kehilangan kuasa dan kerugian besar yang dialami oleh
kerajaan Uthmaniyah ini telah membawa kepada kebangkitan golongan Turki Muda
yang menuntut agar kuasa sultan dihadkan sebaliknya mengamalkan prinsip
demokrasi.
Kesimpulannya, hubungan boleh diwujudkan melalui perjanjian persahabatan.
Kaedah sebeginilah yang digunakan oleh kerajaan-kerajaan Islam tatkala
menjalinkan hubungan luar dengan negara-negara lain. Melalui
perjanjian-perjanjianyang termeterai, kerajaan Uthmaniyah bukan sahaja telah
kehilangan wilayah, bahkan yang paling teruk ia telah menyumbang kepada
kejatuhan kerajaan ini ekoran kemunculan gerakan Turki Muda.
Keengganan Sultan Abd Hamid II melayan permintaan perjuangan Gerakan Turki Muda
yang mendapat sokongan tentera telah menyebabkan baginda digulingkan.
Bermulanya era pemerintahan sekular di bawah kekuasaan Mustafa Kamal Attatartuk
di Turki Uthmaniyyah.
No comments:
Post a Comment