1.1 MASYARAKAT
JAHILIAH
a) Konsep
masyarakat jahiliah
Perkataan “jahiliah” diambil daripada kata dasar ja ha la dan kata terbitan jahlun atau
jahalatun yang membawa maksud bodoh dan sesat. (al-Quran, surah Jum’ah (62): 2). Ciri-ciri masyarakat jahiliah seperti
berdasarkan dalam al-Quran ialah tidak mempunyai nabi dan kitab sebagai
petunjuk, tidak mempunyai peradaban atau tamadun, tidak berakhlak, angkuh dan
bongkak serta tidak boleh membaca dan menulis. Kamus Bahasa Arab menyebutkan
zaman jahiliah sebagai zaman sebelum Islam iaitu sebelum turunnya al-Quran.
Zaman ini merujuk kepada zaman selepas keruntuhan kerajaan Saba’ iaitu
kira-kira 300 tahun sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW pada tahun 610 M. Zaman jahiliah dikatakan berakhir apabila
turunnya wahyu kepada Nabi Muhammad SAW. Dalam tempoh kira-kira tiga abad itu
masyarakat Arab telah mengalami keruntuhan, bukan sahaja dari segi
agama(akidah) dan akhlak tetapi juga dari segi politik, ekonomi, pendidikan dan
ilmu pengetahuan. Kehidupan masyarakat Arab jahiliah sebelum kedatangan Islam
adalah dianggap tidak bertamadun kerana jahil dari segi akidah, akhlak yang
buruk, mengamalkan asabiyah dan sistem perundangan yang tidak berpaksikan
syariah. Namun demikian terdapat ciri-ciri positif masyarakat tersebut seperti maju dalam
perdagangan/pertukangan, mahir dalam
kesusasteraan, sistem pemerintahan yang berasaskan kabilah dan sifat mulia
seperti menghormati tetamu.
b) Ciri-ciri masyarakat arab jahiliah /
tidak bertamadun (?)
i. Akidah yang terpesong
Zaman jahiliah dianggap zaman
yang mengalami keruntuhan dari segi akidah dan dalam beragama sehingga
dikatakan hilang pedoman dan jahil dalam agama. Ini kerana pada zaman jahiliah
nilai kepercayaan dan moral mereka amat rendah kerana tiada nabi yang diutuskan
untuk memberi petunjuk dan tidak ada satu kepercayaan agama pun yang dapat
membawa kepada kesejahteraan manusia di dunia dan akhirat. Terdapat agama
menyembah berhala, Majusi, Nasrani, Hanif, dan Yahudi yang telah memesongkan
akidah daripada mengesakan Allah. Selain itu mereka turut mengamalkan
kepercayaan anismisme seperti memuja fenomena alam seperti bulan, matahari,
bintang, pokok, roh dan objek-objek yang lain. Dengan kata lain agama dan
kepercayaan masyarakat jahiliah dipenuhi unsur-unsur mitos dan tahyul yang
menyesatkan.
ii. Akhlak yang buruk
Mereka banyak mengamalkan
nilai-nilai buruk dalam kehidupan seharian. Nilai-nilai buruk yang agak ketara
ialah suka berperang, pendendam, minum arak, berjudi, berzina, merompak,
mengamalkan semangat assabiyah dan membunuh anak perempuan. Keruntuhan akhlak,
tingkah laku yang kasar, tidak mengikut peraturan dan sentiasa menurut hawa
nafsu menyebabkan tindakan mereka adalah sentiasa dilepas tanpa kawalan.
Golongan bangsawan menikmati kehidupan mewah dengan melibatkan kegiatan
perjudian, pelacuran dan pembunuhan. Tuntasnya moral dan akhlak mereka sangat
buruk sehingga tidak ada batas kesopanan dan kesusilaan terhadap nilai-nilai
kemanusiaan
iii. Sistem pemerintahan yang
berasaskan kabilah
Masyarakat jahiliah mengamalkan
politik yang berasaskan kabilah yang membawa kepada perebutan kuasa yang hebat.
Suasana pentadbiran menjadi gawat dan tidak tenteram. Berlaku diskriminasi
puak, memuja kuasa, bersifat agresif, pendendam dan ingin menguasai puak-puak
lain. Perebutan kuasa sering berlaku bagi mendapatkan kuasa mentadbir. Di
samping itu ketua-ketua suku terpaksa membentuk majlis ketua-ketua suku iaitu Mala’
tetapi golongan berpengaruh berjaya mempengaruhi keputusan dan menjaga kepentingan kaum yang lebih kuat
dan menindas kaum yang lemah.
iv. Ilmu pengetahuan yang rendah
Sangat sedikit orang-orang yang
tahu membaca dan menulis dan tiada tradisi penyebaran ilmu dan pendidikan dalam
kalangan masyarakat Arab jahiliah. Majoriti masyarakatnya hidup dalam buta
huruf dan tidak diwarisi kepada generasi baru. Buktinya mengikut al-Baladhuri,
hanya 17 orang sahaja yang tahu membaca dan menulis. Kemahiran bersyair dan
bersajak hanya digunakan untuk meluahkan perasaan melalui kata-kata yang
terhasil melalui pemikiran yang sepontan. Daya hafalan dan keupayaan berkhutbah adalah kurang kualiti
ilmiahnya.. Faktor sikap saling membenci dan sering bertelagah dan juga
berperang menyebabkan ruang untuk menimba ilmu pengetahuan menjadi tertutup.
v. Penipuan dalam ekonomi
Menjadi kebiasaan masyarakat
jahiliah melakukan penipuan dalam sukatan dan timbangan. Mereka juga
mengamalkan riba serta mengenakan kadar bayaran balik yang tinggi kepada
peminjam.
vi. Keangkuhan dan kesombongan
Justeru mengamalkan hidup secara
berkabilah, semangat assabiyyah menyuburkan ciri-ciri jahiliah. Tingkah laku
mereka kasar dan sombong terhadap puak lain. Peperangan mudah berlaku walaupun
disebabkan oleh perkara-perkara kecil. Peperangan dilakukan untuk menguji
kekuatan dan mengejar kemashyuran.
vii. Kedudukan wanita
Di dalam masyarakat Arab
jahiliah, mereka malu sekiranya mendapat anak perempuan. Golongan wanita
dipandang hina dan berada pada hierarki yang amat rendah dalam masyarakat.
Keadaan ini menyebabkan timbulnya amalan membunuh anak-anak perempuan sebaik
sahaja dilahirkan. Sesetengahnya ditanam hidup-hidup dan yang dewasa dijadikan
alat untuk memuaskan nafsu lelaki.
Ciri-ciri
positif masyarakat Arab jahiliah
viii. Maju dalam kegiatan perdagangan
Masyarakat
jahiliah khususnya Hadari menjalankan perdagangan antara Yaman ke Syam. Dalam
perjalanan mereka berkumpul di Makkah yang terdapat 3 buah pasar, Ukaz,
Zulmajaz dan Zulmajinman. Mereka juga mengadakan hubungan dagang dengan
orang-orang Cina, India dan Nusantara. Mereka mengambil barangan dari pelabuhan
Yaman dan dibawa ke Syam untuk dijual kepada pedagang Eropah.
iv. Mahir dalam kesusasteraan
Dalam
kesusasteraan, masyarakat Arab jahiliah pandai bersyair, bersajak dan
berkhutbah. Antaranya Imru al-Qais, Zuhair dan Tarafah yang telah menghasilkan
karya-karya bermutu yang disebut “al-Mu’allaqat-al-Sab”
yang pernah digantung di Ka’abah. Karya-karya adalah berbentuk sajak cinta,
ratapan, pujaan, sindir cerca yang tujuan berseronok. Semua karya ini dikatakan
mengandungi kata-kata yang tidak bersopan
x. Menghormati tetamu walaupun musuh
Walaupun orang-orang Arab
jahiliah digambarkan dengan penuh kejahilan dan kesesatan, namun mereka tetap
memiliki sifat-sifat positif dan mulia. Mereka amat menghormati tetamu yang
datang berkunjung ke tempatnya. Mereka akan melayan tetamu dengan memberikan
jamuan yang hebat. Adakalanya mereka sanggup berhutang semata-mata ingin
menghormati tetamu yang datang walaupun tetamu itu adalah musuhnya. Di samping
itu orang-orang Arab amat berpegang
teguh kepada janji yang telah dilafazkan. Mereka akan menunaikan janji walaupun
melibatkan soal keselamatan dan nyawa. Orang-orang Arab Jahiliah juga memiliki
sifat-sifat positif yang lain, antaranya menghormati dan mentaati pemimpin.
C) Sistem agama dan kepercayaan
masyarakat jahiliah.
i) Agama menyembah berhala
Agama menyembah berhala merupakan agama yang mempunyai
pengikut terbesar di Semenanjung Tanah Arab. Berhala tersebut diperbuat
daripada batu, kayu dan kadang-kala dari buah tamar (kurma). Tiap-tiap kabilah
mempunyai patung berhala masing-masing. Antara berhala yang terkenal
termasuklah al-Latta, al-Uzza, al-Manat dan al-Hubal. Sebahagian penduduk Tanah
Arab tidak menganggap berhala Tuhan tetapi hanya sebagai perantaraan.
Kepercayaan mereka bercampur-aduk antara percaya kepada Allah dan percaya
kepada berhala. Mereka ini dikenali sebagai golongan Musyirikin, iaitu orang
yang menyekutukan Allah.
ii) Agama
Majusi
Agama ini tidak diamalkan secara meluas oleh
orang-orang Arab Jahiliah. Ia dibawa masuk selepas Parsi berjaya mengalahkan
Habsyah di Yaman pada akhir abad ke-6 Masihi. Penganut agama ini menjadikan api
sebagai objek ketuhanan mereka. Di antara penganut agama ini yang terkenal
ialah Zararah dan anaknya Hajib. Mereka berasal dari Bani Tamin yang
sememangnya mempunyai hubungan dengan Parsi. Agama ini terbahagi kepada 3
mazhab iaitu Kayumarthiyah, Zarwaniyah dan Zaradushtiyah.
iii) Agama
Yahudi
Agama ini adalah berdasarkan kepada ajaran yang dibawa
oleh Nabi Musa a.s. berpandukan kepada kitab Taurat . Agama ini tersebar luas
terutamanya di kawasan-kawasan Oasis di Barat Laut Semenanjung Tanah Arab,
iaitu Tai'ma Khaiba, Padak dan Yathrib. Orang-orang Yahudi berasal dari
Palestin. Mereka berhijrah ke Semenanjung Tanah Arab sejak abad pertama Masihi.
Mereka telah menjadi kaya-raya dan berjaya menarik perhatian orang-orang Arab
untuk menganut agama Yahudi. Orang-orang Yahudi menganggap diri mereka sebagai
bangsa pilihan dan mereka menganggap al-Uzar sebagai anak tuhan. Di antara
tokoh terkenal yang menganut agama ini ialah Yusof Zu Nuwas.
iv) Agama
Nasrani
Agama Nasrani adalah agama yang berdasarkan kepada
ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa a.s. berpandukan kitab Injil pada tahun 1
Masihi. Ia dibawa ke Semenanjung Tanah Arab oleh golongan pendakwah,
pedagang-pedagang atau paksaan oleh tentera Rom atau Habsyah atas tanah jajahan
mereka. Agama ini dapat sambutan dari penduduk Mekah dan Yathrib. Di antara
tokoh terkenal yang menganut agama ini termasuklah Warraqah bin Naufal dan
Uthman bin Huwairith. Agama ini mempunyai 2 mazhab iaitu Mazhab Nestorian yang
berkembang di kawasan Hirah dan Mazhab Jacobite yang dianuti oleh penduduk
Ghassan dan kabilah-kabilah lain di sempadan Syria / Syam. Pusat agama Kristian
yang utama di Semenanjung Tanah Arab ialah Najran. Bandar Najran terus menjadi
bandar Nasrani hingga ke zaman Khalifah Umar. Malah terdapat pusat latihan
paderi Nasrani di Wadi al-Qura, iaitu kawasan pedalaman Timur Hijaz.
v) Agama Hanif
Agama ini adalah berdasarkan kepada ajaran Nabi
Ibrahim dan Nabi Ismail. Penganut agama ini mempercayai konsep keesaan Allah
ataupun monoteisme. Di antara mereka yang menganut agama ini termasuklah Zaid
b'Amr, Umaiyah Bin Abi Salt, juga kedua-dua ibu bapa nabi sendiri. Walau
bagaimanapun, agama ini telah diselewengkan oleh golongan-golongan tertentu
seperti juga agama Yahudi dan Nasrani, misalnya mereka menyembelih binatang
korban dan darahnya dipercikkan di sekeliling kaabah.
vi)
Kepercayaan animisme
Kepercayaan ini wujud bersama dengan kewujudan
manusia. Ia berpunca dari sifat kagum manusia terhadap sesuatu objek yang
ditemuinya. Mereka percaya wujudnya satu kuasa yang boleh menolong atau memberi
mudarat kepada mereka. Oleh itu, mereka menyembah apa sahaja yang dianggap
ganjil termasuklah bulan, matahari, pokok, batu, gua dan sebagainya.
vii)
Kepercayaan adat
Kepercayaan adat dianggap sebagai unsur-unsur karut
dan tahyul. Antara kepercayaan yang diamalkan ialah menilik nasib. Apabila
memulakan sesuatu kerja baru, mereka akan melihat keadaan sekeliling bagi
menjangka nasib. Biasanya, mereka akan melihat arah burung terbang. Jika burung
terbang ke kiri bermaksud tidak selamat dan sebaliknya.
d) Struktur masyarakat jahiliah
i. Struktur masyarakat jahiliah di
Semenanjung Tanah Arab terbahagi kepada dua iaitu masyarakat Badwi dan Hadari.
Mereka mendiami kawasan pedalaman atau perkhemahan. Tempat mereka tinggal tidak
tetap dan sentiasa berpindah randah kerana mereka sentisa mencari air dan
kawasan yang subur. Masyarakat Hadari
pula merujuk kepada golongan Arab Selatan atau masyarakat bandar. Kehidupan
mereka lebih maju daripada Arab Utara dan lebih matang serta cerdik akalnya.
Mereka menjalankan aktiviti ekonomi seperti pertanian, pertukangan dan
perdagangan.
ii. Struktur masyarakat Badwi adalah diketuai oleh Syeikh
Kabilah, pengikut – penternak, petani, pemburu, wanita dan hamba. Masyarakat
Badwi mengamalkan pelbagai agama dan kuat dipengaruhi oleh kepercayaan karut
dan tahyul. Masyarakat Badwi tinggal di
bahagian tengah Semenajung Tanah Arab dan mempunyai semangat asabiyah yang
kuat. Tidak bercampur dan berhubung dengan masyarakat asing. Setiap individu dalam kabilah
mestilah sanggup menolong, menuntut bela dan berkorban untuk anggota dalam
kabilahnya waima dengan jalan berperang. Ini kerana mereka beranggapan bahawa
setiap individu dalam kabilah mempunyai pertalian darah dan mempertahankan
kabilah merupakan kewajipan bersama.
iii. Masyarakat Arab Hadari dapat
dibahagikan kepada lima golongan iaitu golongan bangsawan yang terdiri daripada
ahli perniagaan dan pemerintah tempatan, golongan agamawan iaitu ahli kitab dan
pendeta, masyarakat biasa – peniaga, pedagang, penyair dan petukang, golongan
wanita serta hamba yang berada di lapisan paling bawah sekali. Kehidupan mereka
lebih maju dari segi material dan tinggal di bandar-bandar seperti Makkah,
Madinah dan Taif. Mereka mendirikan petempatan kekal dan hidup mewah. Golongan
ini mempunyai hubungan dengan masyarakat luar melalui aktiviti perdagangan,
sistem politik dan sosial.
iv. Masyarakat jahiliah mengamalkan sistem berkabilah, iaitu satu unit sosial yang mengawal
sistem pentadbiran masyarakat. Sistem ini adalah berlandaskan kepada pertalian
darah dan keturunan yang diistilahkan sebagai semangat asabiyah. Semangat ini
kemudiannya melahirkan perasaan taksub kepada kabilah dan bermegah dengan
kabilah masing-masing serta memandang hina terhadap kabilah yang lain. Unit
yang paling asas dalam sistem kabilah ialah seseorang individu yang terikat
dengan kabilah masing-masing. Seterusnya diikuti dengan unit keluarga (a’ilah)
yang terdiri daripada ibubapa dan anak-anak yang tinggal dalam satu khemah.
Daripada beberapa buah khemah pula akan membentuk satu kumpulan (hayy)
dan daripada beberapa hayy akan membentuk satu kaum. Wakil
daripada beberapa kaum kemudiannya membentuk kabilah yang akan melantik seorang
syeikh untuk mengetuai kabilah mereka. Di antara tugas-tugas syeikh kabilah
ialah mempengerusikan majlis kabilah, menyelesaikan masalah dalam kabilah,
membuat perjanjian dengan kabilah-kabilah lain, melayan tetamu dan memberi
perlindungan. Justeru itu, syeikh amat dihormati dan ditaati dalam kabilahnya.
Seseorang individu atau anggota kabilah hendaklah patuh kepada syeikh dan
bertanggungjawab terhadap kepentingan kabilahnya.
v. Kedudukan wanita adalah sangat rendah dan
hina. Mereka merasa amat malu sekiranya mendapat anak perempuan, anak tersebut akan dibunuh sebaik dilahirkan.
Terdapat juga yang ditanam hidup-hidup kerana dianggap menjatuhkan maruah
keluarga. Kaum wanita biasanya dijadikan alat memuaskan nafsu lelaki.
vi. Kedudukan yang terakhir ialah hamba
yang merupakan komoditi yang boleh di jual beli. Hamba biasanya terdiri
daripada terdiri daripada tawanan perang mahupun keturunan. Hamba tidak boleh
memiliki harta dan setiap tindakannya tertakluk kepada pemiliknya.
e) Perubahan – perubahan
dalam masyarakat arab jahiliah selepas kedatangan Islam
i. Agama dan kepercayaan
Zaman Jahiliah Agama dan kepercayaan mereka dipenuhi
dengan tahyul. Agama penyembahan berhala paling dominan kerana sebahagian besar
masyarakat Jahiliyah menganut agama ini. Terdapat agama langit iaitu Nasrani
dan Yahudi tetapi telah diselewengkan oleh paderi mereka untuk kepentingan diri
sendiri. Selain itu, terdapat agama Majusi iaitu pengaruh daripada Parsi.
Antara kepercayaan yang diamalkan adalah tilik nasib, sangka baik dan sangka
buruk, animisme dan sihir. Zaman Islam Kepercayaan kepada Allah Yang Maha Esa
iaitu mentauhidkan Allah dan mengakui kerasulan Nabi Muhammad SAW sebagai nabi
yang terakhir. Melakukan perkara-perkara yang yang disuruh dan meninggalkan
perkara-perkara yang dilarang.Mengamalkan prinsip-prinsip rukun Iman dan rukun
Islam
ii. Akhlak
Zaman Jahiliah Mengamalkan moral dan akhlak yang
sangat buruk dan tiada batas kesopanan dan kemanusiaan. Suka melakukan
perbuatan seperti zina, minum arak, bunuh anak perempuan. Namun begitu
masyarakat Arab jahiliyah juga mempunyai amalan baik seperti menghormati
tetamu, taat kepada ketua dan tidak mungkir janji. Zaman Islam Kedatangan Islam
telah mengubah akhlak masyarakat Arab kepada perkara-perkara yang baik dan
mengamalkan akhlak Islam seperti hormat menghormati, bekerjasama, bertolak
ansur dan lain-lain dan melarang perbuatan seperti zina dan minum arak.
iii. Politik
Zaman Jahiliah Kebanyakan kerajaan yang wujud pada
zaman Arab Jahiliyah adalah tidak bersatu dan tidak sistematik kecuali Makkah.
Di Makkah struktur politiknya agak jelas, seperti terdapat Darul Nadwah yang
merupakan jabatan pentadbiran yang dipimpin oleh syeikh. Hal ini kerana
kebanyakan wilayah-wilayah Arab sering dijajah dan diganggu gugat oleh kuasa
asing seperti Rom dan Parsi di wilayah di sebelah utara. Masyarakat arab
Jahiliyah mengamalkan sistem berkabilah dan setiap kabilah diketuai oleh
seorang syeikh kabilah. Semangat assabiyah dalam kalangan masyarakat Arab
Jahiliyah sering mencetuskan peperangan antara suku walaupun berpunca daripada
masalah kecil. Zaman Islam Mengamalkan sistem pemerintahan sistem pemerintahan
yang teratur dengan berlandaskan al Quran dan Hadis. Dengan adanya Piagam
madinah ia menjadi teras bagi pembinaan sebuah negara Islam madinah Dari segi
politik kemasyarakatan, Islam menekankan konsep ummah tanpa merujuk kepada kaum
dan kelas.
iv. Ekonomi
Zaman Jahiliah Mengamalkan eksploitasi perdagangan
satu hala dengan mengenakan tekanan terhadap kaum Badwi. Aktiviti ekonomi
banyak yang bertentangan dengan syariat Islamiah seperti menjual berhala,
amalan riba, menipu dan menjadikan aktiviti merompak sebagai sumber ekonomi
mereka. Selepas keruntuhan empangan Maarib ekonomi masyarakt jahiliyah sangat
meruncing. Kegiatan pertanian merosot kerana mereka tiada pengetahuan untuk
membangunkan semula empangan tersebut. Zaman Islam Memperkenal dasar ekonomi
mengikut syariat Islam sebagai contoh menghapuskan riba, menggalakkan
perdagangan tanpa penipuan dan penindasan. Nabi Muhammad s.a.w menggalakkan
umat Islam menceburi bidang pertanian dan perniagaan. Hal ini menyebabkan ekonomi
umat Islam meningkat maju sehingga dapat mengatasi kegiatan monopoli orang
Yahudi dalam ekonomi.
v. Ilmu Pengetahuan
Zaman Jahiliah Majoriti masyarakat Arab Jahiliyah buta
huruf, hanya 17 orang sahaja yang celik huruf. Mewarisi pengetahuan tentang ilmu
bintang, ilmu tilik dan ilmu keturunan. Pemerolehan ilmu adalah terhad dan
menyebabkan perkembangan ilmu pengetahuan hanya bersifat hafalan dari satu
generasi ke satu generasi. Zaman Islam Terdapat pembahagian ilmu seperti
Al-Quran dan ilmu tafsir. Terdapat ilmu pengetahuan berkaitan dengan Islam
dengan wujudnya cabang-cabang ilmu seperti fiqah, tauhid, sirah dan hadis.
Masjid dijadikan sebagai tempat mengembangkan ilmu pengetahuan, sebagai contoh
masjid Nabawi di Madinah.
vi. Kesusasteraan
Zaman Jahiliah Masyarakat Arab Jahiliyah mempunyai
kemahitran dalam bersyair dan berkhutbah. Terdapat hasil-hasil karya mereka
berbentuk sastera kreatif tetapi kandungan isi adalah berbeza dengan zaman
Islam seperti memuja kecantikan wanita, keseronokan minum arak dan sebagainya.
Zaman Islam Kebanyakan hasil sastera Islam adalah bertunjangkan kitab al Quran
dan hadis Nabi Muhammad dengan mentauhidkan Allah yang esa. Hasil-hasil karya
bebas dari unsur pemujaan dan berbentuk kesucian dan kebesaran Allah s.w.t.
vii. Kelas masyarakat
Zaman Jahiliah Iaitu mengamalkan sistem perhambaan,
semangat assabiyah, mementingkan kedudukan dalam masyarakat, wanita dan hamba
dianggap paling hina. Zaman Islam Mengamalkan perpaduan ummah, menganjurkan
persamaan taraf dan semua manusia dianggap sama taraf di sisi Allah kecuali
mereka yang bertakwa.
viii. Maruah wanita
Zaman Jahiliah Kedudukan wanita sangat rendah dalam
masyarakat, fungsi wanita hanyalah sebagai pemuas hawa nafsu lelaki dan
kegemaran mereka hanyalah menghiasi diri agar dikehendaki oleh lelaki.
Menganggap amalan membunuh bayi perempuan sebagai amalan yang mulia, contohnya,
Bani Tamim Zaman Islam Memuliakan kedudukan wanita, maruah dan kebajikan wanita
perlu dipelihara dan dijaga. Wanita juga boleh mewarisi harta mengikut hukum
dan syariat yang digariskan Islam.
viii. Peperangan
Zaman
Jahiliah Mengamalkan bentuk peperangan yang malampaui batas seperti dalam
perang Al Basus. Mengamalkan sifat balas dendam dan suka berperang walaupun
melibatkan perkara perkara yang kecil Zaman Islam Peperangan adalah merupakan
satu bentuk jihad bertujuan mempertahankan agama, maruah diri, bangsa dan
Negara Mementingkan konsep persaudaraan berbanding peperangan, sebagai contoh
Islam telah berjaya menamatkan permusuhan dalam kalangan golongan Ansar iaitu
suku Aus dan Khazraj melalui Perjanjian Aqabah.
thank you.
ReplyDeletesangat lengkap👍👍👍
ReplyDeleteBjj
ReplyDeleteSangat lengkap
ReplyDelete