Tajuk : 1.3 Sistem
pemerintahan
Masa/Kawasan
Kajian : Nabi
Muhammad SAW (abad ke-7M)
Hasil
Pembelajaran :
a) menghuraikan kandungan, prinsip dan peranan Piagam Madinah
b) memerihalkan struktur pemerintahan di Madinah
a) menghuraikan kandungan, prinsip dan peranan Piagam Madinah
b) memerihalkan struktur pemerintahan di Madinah
a. Menghuraikan kandungan, prinsip dan
peranan Piagam Madinah
Konsep
Piagam Madinah
Piagam
Madinah merupakan sebuah perlembagaan bertulis yang telah dirangka oleh Nabi
Muhammad SAW pada tahun 622 M, berpandukan wahyu Allah. Piagam Madinah menjadi asas pemerintahan
kerajaan Islam Madinah yang terdiri daripada masyarakat Islam dan masyarakat
bukan Islam. Piagam ini mencatatkan
tentang peraturan, tanggungjawab ketua negara dan rakyatnya, serta dirangka
berasaskan persetujuan orang Islam
(Muhajirin dan Ansar) dan orang bukan Islam (Yahudi dan suku Arab yang lain).
Piagam Madinah mengandungi 47 fasal.
Daripada 47 fasal itu, 23 fasal membincangkan hubungan dalam kalangan
orang Islam dan tanggungjawab sesama mereka.
Sementara 24 fasal lagi adalah tentang tanggungjawab orang bukan Islam
termasuk orang Yahudi terhadap negara Islam Madinah.
Walau
bagaimanapun, kandungan Piagam Madinah boleh dirumuskan kepada enam
aspek penting yang merangkumi bidang politik, sosial dan ekonomi, iaitu
dalam aspek pentadbiran , agama, sosial, perundangan, pertahanan, dan
kedudukan kaum Yahudi. Piagam Madinah berbeza dari tulisan-tulisan dan
peraturan pemerintah sebelum ini kerana perlembagaan ini ditulis oleh pemimpin
iaitu Nabi Muhammaad SAW untuk diguna pakai oleh rakyat Madinah. Piagam ini
merupakan undang-undang tertinggi negara, selain itu al-Quran dan al-Sunnah
menjadi tatacara pemerintahan di negara kota itu.
1. Kandungan
Piagam Madinah :
1.1
Terdiri
daripada 47 fasal yang member garis panduan tentang prinsip umum dasar pentadbiran
masyarakat dan negara Islam yang penduduknya adalah terdiri daripada pelbagai
kaum.
1.2
Kandungan
sahifah secara umumnya mengandungi 2 dasar utama iaitu bahagian pertama
mengandungi 23 fasa yang menyentuh tentang hubungan umat Islam dengan kaum Yahudi
dan tanggungjawab sesama sendiri sebagai satu ummah. Bahagian yang kedua pula
menyentuh tentang pembabitan kaum Yahudi dan tanggungjawab mereka dalam negara
Islam Madinah.
1.3
Terbahagi
kepada 5 perincian iaitu ;
a) Fasa 1
merupakan pengenalan kepada piagam ini dan mengakui tentang keesaan Allah dan
kerasulan Nabi Muhammad sebagai pesuruh Allah
b) Fasa 2
hingga 11 menerangkan tentang kedudukan kaum-kaum dalam negara Islam
Madinah sebagai satu ummah
c) Fasa 12
hingga 23 menerangkan kewajipan umat Islam dari segi tanggungjawab sesama
sendiri dan perkara-perkara yang patut dilakukan dan tidak dilakukan
d) Fasa 24
hingga 38 merupakan fasa yang menyebut tentang kedudukan kaum Yahudi dalam
negara Islam Madinah
e) Fasa 39
hingga 47 menyebut tentang kota Madinah sebagai sebuah negara yang suci dan
berdaulat yang harus dipertahankan oleh setiap penduduknya waima berperang.
2. Prinsip Piagam Madinah
- Simbol kesatuan ummah dan kedaulatan negara
- Semua penduduk mempunyai kebebasan bergerak dan tinggal di Madinah
- Hak dan tanggungjawab ummah dari segi ketahanan dan mempertahankan negara
- Dasar hubungan baik dan saling bantu-membantu antara semua warganegara
- Tanggungjawab individu dan pemerintah dalam menegakkan keadilan sosial.
- Undang-undang Islam dilaksanakan dalam perundangan negara
- Kebebasan beragama dijamin kepada semua warganegara
- Tanggungjawab terhadap orang bukan Islam (kafir zimmi) / mendapat layanan yang sama
- Kewajipan semua pihak terhadap perdamaian dan mengelakkan permusuhan
3. Faktor-faktor yang mendorong penggubalan
Piagam Madinah
a. Menghadapi
permasalahan
masyarakat di negara kota
Madinah yang terdiri daripada pelbagai bangsa iaitu bangsa Arab (golongan
muhajirin dan Ansar) dan Yahudi
b. Sebagai
peraturan
dan panduan yang harus dipatuhi
oleh setiap lapisan penduduk yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Mewujudkan
perjanjian, undang-undang sebagai sebuah negara yang berdaulat.
c. Menyatu
padukan masyarakat
yang terdiri daripada pelbagai kaum. Fasa 1 dan 2 Piagam Madinah.
d. Memperkukuhkan
ukhwah Islamiyah
di antara umat Islam melalui persaudaraan antara golongan Muhajirin dan Ansar.
e. Mewujudkan
pendamaian dan keamanan.
Tanggungjawab bersama bagi mempertahankan negara Madinah daripada ancaman luar
serta menjamin kebebasan beragama masyarakat Madinah terpelihara selagi tidak
menggugat kesucian agama Islam sebagai agama rasmi.
4. Kepentingan Piagam Madinah dalam membentuk
sebuah pemerintahan Islam di Madinah
- Menonjolkan
kepemimpinan Nabi Muhammad SAW sebagai seorang pemerintah
yang unggul dan berwibawa bukan sahaja dalam soal agama tetapi juga ketua
negara yang menjalankan pemerintahan secara adil dan bermusyawarah dalam
menyelesaikan sesuatu isu dan masalah.
- Mewujudkan rasa
tanggungjawab dalam kalangan penduduk Madinah untuk mempertahankan kota
tersebut daripada ancaman musuh. Dengan semangat tersebut, akan
mengukuhkan perpaduan dan mengelakkan sebarang permusuhan antara anggota
masyarakat Madinah termasuk kaum
Yahudi.
- Mengeratkan
ukhwah dalam kalangan umat Islam Madinah yang terdiri daripada
golongan Muhajirin dan Ansarin. Persaudaraan Islam dapat mewujudkan
masyarakat Islam yang bersatu padu, cintakan keamanan serta kerjasama
antara anggota masyarakat yang berlandaskan akidah dan keimanan kepada
Allah SWT.
- Penekanan kepada konsep musyawarah dalam pemerintahan dan menjalankan pentadbiran. Melalui Sahifah Madinah pemerintahan dapat dijalankan dengan adil dan semua penduduk diberikan hak untuk bersuara mewakili kaum masing-masing dan menyuarakan pandangan terhadap pemimpin.
- Mewujudkan keadilan dan persamaan dalam kalangan masyarakat Madinah tanpa mengira keturunan, bangsa dan kedudukan seperti antara golongan pemerintah dengan golongan diperintah. Setiap anggota masyarakat akan dilayan sama rata yang berdasarkan ketakwaan kepada Allah dan kepatuhan kepada Sahifah Madinah.
- Masyarakat Yahudi
dijamin dari segi kedudukan dan hak dalam masyarakat apabila
diberi kebebasan untuk mengamalkan agama, adat dan budaya mereka.
Keselamatan kaum Yahudi dijamin melalui Sahifah Madinah selagi mereka
mematuhi piagam tersebut.
- Melalui
Sahifah Madinah, kebebasan menganut
dan mengamalkan agama diberi kan bukan sahaja kepada kaum Yahudi malah
kepada kaum-kaum lain. Kebebasan
ini diberikan kerana Islam menghormati kebebasan beragama, iaitu tiada
paksaan dalam kepercayaan setiap individu serta dapat menghindari
permusuhan antara anggota masyarakat.
- Sahifah
Madinah juga berperanan membentuk
sebuah kerajaan Islam yang kuat dan berupaya menangani ancaman musuh
secara fizikal. Melalui pemerintahan Nabi Muhammad SAW sistem pentadbiran
adalah teratur dan sistematik melalui penubuhan Majlis Syura yang
berperanan dalam menggubal dasar
pemerintahan negara yang berteraskan al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad
SAW. Melalui asas yang kukuh dalam politik Islam telah membawa kepada
kemunculan kerajaan Islam yang kuat dan disegani oleh pihak musuh.
- Perkembangan
ekonomi berlandaskan syariat Islam
dalam kalangan penduduk Madinah.
Melalui Sahifah Madinah, telah membuka ruang kepada setiap anggota
masyarakat untuk menjana ekonomi masing-masing sama ada dalam bidang
pertanian mahupun perniagaan. Contohnya tanah yang terbiar akan ditebus
guna demi menjalankan kegiatan ekonomi khususnya pertanian. Hasilnya wujud
kemakmuran ekonomi di negara Madinah ketika itu. Kekayaan negara akan
dibahagikan sama rata antara anggota masyarakat untuk mengelakkan
penindasan golongan kaya ke atas golongan miskin selain perlu memiliki
sikap tolong menolong antara satu sama lain.
Kesimpulan
Piagam Madinah terbukti piagam
bertulis pertama di dunia dan merupakan undang-undang terbaik yang mesti
diikuti oleh mana-mana negara.
Rasulullah dengan bijaknya telah membuktikan kesempurnaan piagam ini dan
seterusnya membuktikan kepada dunia bahawa peraturan Islam berlandaskan
al-Quran memberi kebaikan dan kesempurnaan kepada manusia tanpa mengira agama
dan bangsa. Piagam
Madinah merupakan piagam bertulis pertama di dunia. Dengan tergubalnya Piagam
Madinah, lahirnya sebuah negara Islam pertama di dunia di Madinah, yang menjadi
induk kepada Empayar Islam selepasnya sehingga kejatuhan kerajaan Uthmaniyah.
b) Memerihalkan struktur pemerintahan di Madinah
Pengenalan
Pemerintahan Islam yang diwujudkan
pada 622M di Madinah adalah bersifat negara kota. Nabi Muhammad SAW yang juga
merupakan seorang Nabi dan Rasul telah meletakkan asas pemerintahan mengikut
pengurusan dan pentadbiran Islam yang sebenar sebagaimana yang dikehendaki oleh
Allah SWT. Melalui penggubalan Piagam Madinah, dapat menjadi teras peraturan
hidup masyarakat Madinah yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan keturunan.
Dasar pemerintahan yang dijalankan oleh Rasulullah SAW telah menjadi panduan
kepada masyarakat Islam untuk memperoleh kesejahteraan dan keharmonian dalam
kehidupan kerana mencakupi aspek akidah, syariah dan akhlak.
1. Usaha-usaha yang dilakukan oleh Nabi
Muhammad SAW selepas baginda berjaya menubuhkan
negara Islam Madinah
- Mengimarahkan
masjid
- Menjadikan
al-Quran dan hadis sebagai asas pemerintahan
- Menguat
kuasakan Sahifah Madinah
- Memperkukuhkan
persaudaraan Islam
- Membendung
kegiatan golongan Munafik
- Menangani
ancaman kaum Yahudi
- Menjalankan
pentadbiran berdasarkan syura
- Melaksanakan
perundangan mengikut syariah Islam
- Mewujudkan
hubungan diplomatik dengan negara-negara luar
- Melaksanakan
sistem ekonomi Islam yang berasaskan kepada konsep rubbubiyah, tazkiyah
dan sebagainya
- Memperkasakan
sistem ekonomi Islam melalui kegiatan pertanian dan perdagangan
2. Sistem
Pemerintahan negara Islam Madinah pada zaman Nabi Muhammad SAW
(a)
|
Pentadbiran
|
· Nabi sebagai ketua kerajaan yang memerintah sesuai
dengan Al-Quran. Membentuk sistem
pentadbiran Islam berasaskan kepada perkara-perkara berikut:
|
|
· Menghapuskan semangat assabiyah dan menggantikannya
dengan semangat ummah mengikut akidah Islam.
|
|
· Menjadikan Islam sebagai landasan undang-undang dan
peraturan dalam hidup bermasyarakat berasaskan Al-Quran dan Sunnah.
|
|
· Menjadikan kaedah musyawarah sebagai kaedah yang
berkesan dalam pentadbiran.
|
|
· Memperkenalkan
peraturan bertulis iaitu Piagam Madinah
|
|
· Mewujudkan hubungan diplomatik dengan Habsyah, Mesir,
Byzantine dan Parsi.
|
|
(b)
|
Pembentukan Ummah
|
· Nabi
Muhammad s.a.w. telah mengambil langkah awal dengan menyatupadukan umat Islam
dan bukan Islam di Madinah melalui konsep pembentukan ummah
|
|
· Penyatuan antara golongan Ansar dan Muhajirin telah
berjaya mengatasi masalah perbezaan dari segi sosial dan ekonomi. Orang Aus dan Khazraj yang bersengketa
sekian lama bermusuhan, disatukan setelah mereka memeluk agama Islam. Setelah itu, tiada lagi perkara menuntut
bela dan hutang darah seperti mana yang terdapat dalam amalan assabiyah.
|
|
· Pembentukan ummah di antara golongan Ansar dan
Muhajirin telah berjaya menghapuskan perbezaan antara dua golongan sebaliknya
dapat mengukuhkan ikatan persaudaraan dan saling membantu antara satu sama
lain.
|
|
(c)
|
Piagam Madinah
|
· Piagam
Madinah yang diperkenalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dilaksanakan kepada
penduduk Madinah di mana undang-undang ini merupakan peraturan undang-undang
yang tertinggi di Madinah.
|
|
· Piagam
Madinah menekankan pengiktirafan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Ketua Negara
Madinah yang perlu dipatuhi dan dihormati.
Baginda mempunyai kuasa memutuskan dasar-dasar negara
Islam dan menyelesaikan masalah-masalah yang timbul.
|
|
· Piagam Madinah telah membentuk perpaduan ummah antara
orang Islam dan orang bukan Islam.
Orang Islam dan bukan Islam dapat hidup secara aman, damai dan bebas
menjalankan aktiviti masing-masing.
|
|
· Piagam Madinah menjadikan kota Madinah aman dan selamat
kerana keselamatan penduduk adalah terjamin dan mereka bertanggungjawab
mempertahankan negara Madinah daripada serangan musuh luar.
|
|
(d)
|
Pengasas Dasar Ekonomi Islam
|
· Dasar ekonomi Islam menggantikan ekonomi jahiliah.
|
|
· Larangan riba, menipu timbangan, mewajibkan zakat dan
menggalakkan umat Islam mencari rezeki yang halal dan menjauhi yang haram.
|
|
· Dalam bidang pertanian, mengusahakan tanah terbiar,
menebus tanah yang tergadai daripada orang Yahudi.
|
|
· Dalam bidang perdagangan, menyekat kegiatan kaum
Quraisy yang memonopoli perdagangan antara Makkah, Madinah dan Syam.
|
|
· Memecahkan
monopoli perniagaan Yahudi di Madinah.
|
|
(e)
|
Pertahanan Madinah
|
· Sebanyak
74 ekspedisi ketenteraan berlaku pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. semasa
memerintah Madinah. Pembentukan
angkatan tentera Islam adalah bertujuan untuk mempertahankan kesucian agama
Islam daripada ancaman terutamanya kaum Musyrikin Makkah.
|
|
· Ekspedisi ketenteraan pada zaman Nabi terbahagi kepada
dua iaitu ekspedisi yang disertai oleh Nabi dipanggil Ghazwah dan ekspedisi
yang tidak disertai oleh Nabi dikenali sebagai Sariyah. Nabi Muhammad s.a.w. telah menyertai
sebanyak 27 kali ekspedisi ketenteraan.
|
|
· Pembentukan angkatan tentera Islam membolehkan umat
Islam Madinah menghadapi serangan orang Musyrikin Makkah dalam beberapa siri
peperangan seperti Perang Badar, Uhud, dan Khandak.
|
|
· Nabi Muhammad s.a.w. telah menjadi pemimpin tentera
Islam yang terbaik kerana baginda telah menjadi ketua dan memimpin angkatan
tentera Islam dan beberapa ekspedisi perang.
|
|
(f)
|
Syura
|
· Baginda berjaya memperkenalkan sistem Syura dalam semua
bidang terutamanya bidang politik dan ekonomi.
|
|
· Baginda mengamalkan prinsip musyawarah semasa melakukan
pengadilan terhadap tawanan Yahudi Bani Quraizah semasa perang. Baginda tidak menunjukkan permusuhan dengan
kaum Yahudi sebaliknya mengadakan perundingan dan memulangkan harta benda
yang ditawan daripada pihak musuh semasa perang.
|
|
· Baginda juga menjalankan musyawarah semasa mewujudkan
persaudaraan antara golongan Ansar dan Muhajirin serta juga mendamaikan
permusuhan antara suku Aus dan Khazraj penduduk asal Madinah.
|
|
· Nabi Muhammad s.a.w. juga mengadakan musyawarah dengan
para sahabat semasa menghadapi tentera Musyrikin Makkah walaupun umat Islam
dapat menghadapi serangan semasa Perang Khandak.
|
|
(g)
|
Pembinaan
Masjid
|
Langkah awal sewaktu baginda
sampai di Madinah, Nabi Muhammad s.a.w. telah mendirikan sebuah masjid yang
dikenali sebagai Masjid Al-Nabawi yang menjadi tempat beribadat dan
penyebaran Islam.
|
|
Selain
fungsi masjid sebagai pusat ibadat, masjid juga digunakan untuk menyebarkan
pendidikan dan ilmu pengetahuan Islam.
Masjid ini juga berfungsi mengajar, membimbing dan memberi nasihat
kepada saudara-saudara baru
|
|
3.
|
Struktur
pemerintahan Madinah pada zaman Nabi Muhammad SAW
a) Kerajaan Islam Madinah telah ditubuhkan
oleh Nabi Muhammad SAW sebagai ketua negara
yang juga
merupakan seorang Nabi dan Rasul. Baginda telah membuat beberapa dasar penting
antaranya membentuk Sistem Pentadbiran Islam berasaskan kepada empat perkara
iaitu:
1. Menghapuskan
semangat assabiyyah dan menggantikan dengan semangat ummah mengikut akidah
Islam.
2. Menjadikan
Islam sebagai landasan undang-undang dan peraturan dalam hidup bermasyarakat.
3. Menjadikan
kaedah bermusyawarah sebagai kaedah berkesan dalam pentadbiran.
4. Memperkenalkan
peraturan bertulis iaitu Piagam Madinah.
b) Pemerintahan di Madinah bersifat negara
kota. Baginda telah meletakkan asas pemerintahan mengikut pengurusan dan
pentadbiran Islam yang bersandarkan kepada al-Quran sebagai panduan. Di
samping itu, baginda juga dilantik sebagai hakim untuk membicarakan sebarang
pertikaian atau perbalahan yang melibatkan kaum-kaum di Madinah
c) Bagi melicinkan pentadbiran negara, Nabi
Muhammad SAW telah menggubal Piagam Madinah. Piagam atau perlembagaan
tersebut mengandungi 47 fasal yang terkandung
perkara-perkara yang berkaitan dengan orang Islam dan bukan Islam yang
tinggal di Madinah. Piagam tersebut menjadi teras peraturan hidup masyarakat
berbilang kaum yang diasaskan oleh
Rasulullah.
d) Dalam mentadbir negara, baginda telah
menubuhkan Majlis Syura yang berperanan dalam menggubal dasar pemerintahan
negara yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah . Majlis tersebut dianggotai
oleh sebilangan sahabat terkanan yang memiliki kepakaran dalam bidang
tertentu.
e) Di bawah kepemimpinan baginda,
pentadbiran dibantu oleh Abu Bakar al Siddiq dan Umar bin al-Khattab sebagai
Menteri Kanan. Terdapat seorang Hakim Mahkamah yang diketuai oleh Abdullah
bin Naufal. Selain itu baginda juga dibantu oleh 11 ahli Majlis Perwakilan,
di antaranya Hamzah bin Abdul Mutalib, Ali bin Abu Talib dan Uthman bin Affan
serta Jaafar bin Abu Talib. Selain itu terdapat 3 pegawai eksekutif tertinggi
iaitu Abu Ubaidah al Jarrah sebagai Bendahari, Harith bin Auf al-Marj sebagai
Setiausaha Negara dan Zaid bin Thabit sebagai Jurubahasa. Seterusnya
Setiausaha-Setiausaha dalam pelbagai portfolio antaranya Dalam Negeri, Luar
Negeri, Kesihatan, Pertahanan, Ekonomi dan sebagainya. Akhir sekali baginda
melantik 14 Gabenor Wilayah untuk menjalankan pentadbiran di setiap wilayah,
antaranya Yaman, Najran, Tihamah, Bahrain, Oman dan sebagainya.
f) Baginda juga telah membentuk satu dasar
diplomatik dengan menjalin hubungan dengan negara-negara lain. Antaranya
seperti Habsyah, Byzatine dan Parsi. Dasar pentadbiran baginda menjadikan
negara Islam Madinah semakin dihormati dan disegani oleh negara-negara lain.
|
Kesimpulan
|
|
Sistem
pemerintahan Islam Madinah yang diasaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w merupakan
sistem pemerintahan yang terbaik di dunia.
|
|
Nabi
Muhammad SAW telah berjaya mengasaskan sistem pemerintahan Islam di Madinah
selain dapat menyebarkan Islam ke seluruh dunia.
|
Soalan-soalan STPM
1. Bincangkan
usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW selepas baginda berjaya
menubuhkan negara Islam di
Madinah. (STPM 2013)
2. Jelaskan
prinsip-prinsip daripada Piagam Madinah yang menjadi dasar pemerintahan Nabi
Muhammad SAW di Madinah. (STPM 2016 U)